Saturday, November 10, 2007

Polis Raja Di Malaysia?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Amaran keras yang diberikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur tidak akan mematahkan semangat aku dan rakan-rakan untuk bersama-sama rakyat turun ke Dataran Merdeka menuntut reformasi pilihan raya di Malaysia. Aku juga akan memakai baju kuning kerana ia adalah hak aku untuk memakai apa sahaja warna pakaian yang aku suka. Jika itu pun tidak boleh, sah Malaysia yang ditunjangi kerajaan BN makin mengarut nampak gayanya.

Menurut laporan, hampir 4,000 anggota polis akan dikerah ke tempat-tempat strategik untuk membantu rakyat dalam perarakan (ye ke?) atau mengganyang rakyat yang tak bersalah. Harap-harap pihak polis tidak bermain kasar dan aku merayu kepada semua peserta perhimpunan untuk menahan diri daripada bertindak terhadap sebarang provokasi yang akan dilakukan oleh dalang-dalang keji yang terdiri daripada ahli PEKIDA, Mat Rempit dan juga SB. Buktikan kita adalah rakyat yang cintakan negara dan kedamaian dan lebih patriotik berbanding mereka yang penakut dan enggan keluar daripada kepompong selesa mereka.

Jika Dataran ditutup, sila ke 4 tempat berikut untuk menunggu arahan; Sogo, Central Market, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Selamat Maju Jaya! Malaysia Boleh! Barisan Nasional bacul!

Untuk maklumat terkini, sila layari laman web rasmi Bersih di sini dan juga di sini.

No comments: