Saturday, November 24, 2007

Penangan lengan Nadal

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Aku berkesempatan ke Stadium Malawati di Shah Alam selasa lalu untuk menyaksikan di depan mata apa yang dikatakan pertembungan 'Clash of Titans' di antara Rafael Nadal dan Richard Gasquet. Sudah lama aku mengidam untuk menonton aksi tenis bertaraf dunia di depan mata dan syukur penantian itu berakhir jua. Memperkatakan tentang aksi kelas dunia, rakyat Malaysia sering berpeluang menyaksikannya pada acara sukan lain seperti holi, badminton, sepak takraw,wushu, kriket, golf, bola sepak, skuasy serta sukan automotif seperti Formula 1 dan Moto GP tetapi tidak pada sukan tenis.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan dan juga LTAM kerana mengambil inisiatif ini. Malangnya tiket yang mahal serta kekurangan daya penarik mungkin menyebabkan stadium tidak sepenuhnya diisi seperti mana perlawanan 'Clash of Times' di antara pemain nombor 1 dunia sekarang, Federer dan bekas, Pete Sampras yang mana tiket telah habis dijual dua minggu sebelumnya. Keputusan untuk menangguhkan pembelian tiket menyebabkan aku tidak berpeluang menyertai 12,000 penonton di Shah Alam malam kelmarin. Walaupun begitu aksi Nadal yang digilai ramai wanita kerana otot lengannya dan Gasquet yang bersahaja tetapi mantap tetap menarik dengan rali yang panjang dari dan pukulan kuat dari 'baseline' yang menjadi asas permainan di zaman pasca-Sampras. Harga tiket bernilai RM83 dirasakan amat wajar dengan aksi kelas dunia yang jarang-jarang dapat ditonton di depan mata.

Bercerita tentang tenis, aku amat sedih dengan perkembangan sukan ini di Malaysia kerana kita masih gagal menghasilkan pemain berkelas dunia selepas berakhirnya zaman Adam Malek dan V Selvam yang masih bermain sehingga kini, malah muncul juara Terbuka Selangor baru-baru ini menewaskan pemain terbaik negara waktu ini, Siew Yi Ming. Apa maknanya ini? Kita sangat ketandusan bakat yang boleh menaikkan nama negara di pentas dunia. Harus diingat sukan tenis merupakan salah satu sukan yang mendapat rating tinggi di televisyen berbanding sukan-sukan raket lain seperti badminton,skuash dan ping pong di samping menawarkan jumlah wang kemenangan yang amat lumayan. Jadi aku amat berharap MSN dan LTAM dapat merangka sesuatu supaya imej negara dapat dinaikkan melalui tenis seperti mana yang berjaya diraih oleh Thailand, Indonesia, China, Filipina dan Korea Selatan.

Aku dan tenis

Semasa aku bersekolah asrama dahulu, sukan tenis hanya dimainkan oleh mereka yang digelar 'poyo' oleh member-member. Namun begitu aku tetap bermain tenis sekali sekala bersama member-member yang tidak 'poyo'(hehe) dan kemuncaknya ketika aku di tingkatan 5, hampir setiap hari aku bermain tenis tatkala di minggu peperiksaan SPM dan pencapaian terhebat yang pernah diraih adalah menewaskan Litat, rakan sekelas dan sedorm 6-0, 6-0...jangan marah Litat, hehe.

No comments: