Bersama Tun Salleh Abas
Jumaat lepas bersamaan 16 November, aku telah menghadiri Forum 'Judiciary Crisis - How to Stop the Rot?' di Hotel Federal, Bukit Bintang untuk menjual buku di samping mendengar panelis membicarakan isu yang sangat penting ini. Hampir seribu manusia membanjiri 'Grand Ballroom' hotel ini sehingga berlaku sedikit salah faham apabila pihak hotel tidak membenarkan hadirin memasuki dewan setelah semua kerusi diduduki (pihak penganjur, IKD memohon hanya untuk 700 orang). Setelah perbincangan, semua hadirin yang lewat dibenarkan masuk juga. Jka minggu sebelumnya arus 'Gelombang Kuning' dan yang sealiran berada di jalan raya,kini hotel berbintang menjadi persinggahan pula.
Hadirin melimpah ruah
L-R; aku, Penny, Yusmadi, Tun, Khai Loon, Yee Ling..duduk Pai Chee
No comments:
Post a Comment