30,000 penyokong Hindraf berhimpun di KLCC
Why I will not walk this Sunday and why the walk must not proceed
HINDRAF rally turned ugly?
Hindraf Rally... (Ethnic) Minority Report
Kira-kira 30,000 orang menyertai perhimpunan di Menara Berkembar Kuala Lumpur selepas usaha mereka untuk menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British dihalang oleh tembakan gas pemedih mata dan semburan meriam air kimia.
Mereka cuba berhimpun di luar bangunan suruhanjaya tersebut awal pagi tadi tetapi mereka dihalang oleh anggota polis anti-rusuhan dan terpaksa berundur kira-kira dua kilometer dari tempat tersebut.
Orang ramai berkumpul di beberapa tempat di bandaraya. Kira-kira 10,000 orang berhimpun di Jalan Ampang, dekat Hotel Maya dengan 5,000 lagi berkumpul di Jalan P Ramlee berhampiran KLCC. Seramai 10,000 lagi berhimpun di persimbangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang. Kira-kira 5,000 lagi tersangkut di di Jalan Ampang dan Jalan Lingkaran Tengah.
Pada jam 10 pagi, orang ramai di sepanjang Jalan Ampang, dekat Hotel Maya mendengar ucapan pemimpin Hindraf termasuk P Uttayakumar. Turut berucap ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan pemimpin DAP, Ronnie Liu.
Pada jam 10.30 pagi, pemimpin Hindraf selesai berucap. Bagaimanapun, ribuan orang terus berada di sekitar kawasan KLCC.
Bagaimanapun, pada jam 11 pagi, orang ramai bergerak dari KLCC ke kawasan berhampiran Suruhanjaya Tinggi British. Anggota polis anti-rusuhan berkawal di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, di persimpangan berhampiran Ampang Park.
Pada jam 1 tengahari, selepas mengadakan rundingan dengan polis, ketua Hindraf, P Uttayakumar memberi ucapan ringkas dan menggesa orang ramai supaya bersurai secara aman. Mereka dilihat berjalan balik ke arah Jalan Sultan Ismail.
'Ini keterlaluan'
Pemimpin Hindraf, A Sivanesan mengecam tindakan polis yang menurutnya, telah menjadi Kuala Lumpur sebagai 'zon perang'.
Menurutnya, keadaan sudah tidak terkawal lagi dan beliau menyalahkan pihak polis. Beliau turut mendakwa bahawa polis memukul wanita dan kanak-kanak dan menyifatkan tindakan itu sebagai sudah melampau.
"Ia tidak akan menghalang kita untuk menyerahkan memorandum tersebut dan kita akan mencari jalan untuk melakukannya," katanya kepada Malaysiakini.
Peguam Haris Ibrahim, yang mengetui pasukan pemantau 10 ahli Majlis Peguam, terkejut dengan tindakan polis tersebut.
Beliau berkata, pihaknya tidak senang dengan cara polis menangani orang ramai.
Manakala Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran turut kesal dengan tindakan polis hari ini.
"Lebih 50 tahun masyarakat India dipinggirkan di negara ini. Dan kini kita mahu hak yang sama yang dinikmati oleh masyarakat lalin," katanya kepada AFP.
"Mereka tidak ada hak untuk menghalang kita untuk berhimpun hari ini. Ini adalah kehendak rakyat," tambahya.
Petisyen pada Ratu Elizabeth II
Perhimpunan hari ini diadakan untuk menyokong saman yang difailkan oleh Barisan Bertindak Hak Hindu (Bersih) terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia sebagai buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.
Saman itu juga bertujuan mendapatkan pengisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Reid 1957 gagal mengambilkira hak masyarakat India apabila memberi kemerdekaan, mengakibatkan mereka didiskriminasi dan dipinggirkan hingga hari ini.
Mereka menuntut pampasan AS$2 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.
Selepas memfailkan saman tersebut, Hindraf mengadakan majlis penerangan dil seluruh negara untuk menjelaskan kes tersebut kepada masyarakat India di peringkat akar umbi.
Hindraf turut terbabit dalam usaha menghalang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini dan mendapat sokongan besar daripada masyarakat India.
Memorandum yang mahu diserahkan hari ini adalah untuk menggesa Ratu Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili Hindraf dalam kes tersebut.
2 comments:
I saw some very determined Malaysians out there this morning.
Translate them into votes and we might just see the last of Samy.
Was the use of water cannons and tear gas warranted?
It was unnecessary and most excessive, in my view.
Looking forward to saying ‘Sorry, I was wrong’ tomorrow.
Posted by Haris Ibrahim
http://harismibrahim.wordpress.com/2007/11/25/an-observation-of-the-hindraf-rally/
Now the struggle is displayed on the mainstream media.. even international.. so go to the masses... explain to them.. there is a lot of them don't know about this and only swallow the "BN" version thru mainstream media... previously Indian gave solid support to BN.. now turn them to go against BN... this way, even when they cheat in the election.... they still cannot win... those phantoms will turn to be BA's votes...
Post a Comment