'Gelombang Kuning' di Korat
Hari yang ditunggu tiba dan perasaan berdebar dapat kurasakan. Setelah menunggu giliran agak lama untuk ditemuramah di pejabat Samsung, Plaza Sentral, aku mendapat khabar gembira apabila kesemua 4 penemuramah memutuskan untuk memasukkan aku ke dalam 'kontinjen' Malaysia ke Korat. Antara soalan yang ditanya adalah tentang Famemas dan pengetahuan tentang sukan di Malaysia dan juga Sukan Sea selain daripada demonstrasi sorakan 'Malaysia Boleh'. Syukur aku lulus dengan cemerlang. Aku mula mendapat tahu tentang Famemas yang kini diiktiraf oleh MOM sebagai kelab penyokong rasmi Malaysia pada tahun 2002 apabila mereka menganjurkan pertandingan yang sama untuk memilih penyokong Malaysia ke Busan. Malangnya pada ketika itu diletakkan syarat pembelian barangan Samsung untuk menyertainya. Mujur tahun ini syarat ini ditiadakan, terima kasih Samsung!
Aku akan berlepas ke Korat pada 8 Disember dan pulang ke tanah air pada 15 Disember. Sepanjang aku di sana, aku dan 49 kontinjen Famemas yang lain tidak perlu mengeluarkan sesen pun kecuali jika ingin berbelanja yang bukan-bukan dan berfoya-foya dengan makanan seandainya makanan yang disediakan tidak cukup mengenyangkan. Namun begitu kami wajib membayar wang komitmen sebanyak RM200 yang tidak akan dipulangkan seandainya ahli kontinjen tidak dapat menerbangkan diri ke sana nanti.
Apapun doakan kejayaan atlit Malaysia di Korat dan aku berharap rakyat Malaysia dapat mengikuti dengan penuh minat perkembangan atlit kita di RTM1 (walau liputan sangat mengecewakan dan tak pernah berubah sejak aku mula mengikuti Sukan Sea pada tahun 1989). Yang pasti 'Gelombang Kuning' Malaysia (bukan 'Gelombang Kuning' Bersih) akan berkumandang di sana dan aku seperti dahulu sangat percaya sukan merupakan elemen penting yang boleh menyatukan perbezaan politik rakyat Malaysia. Hidup Bersih! Hidup Famemas! Hidup Malaysia!
'Gelombang Kuning' di Monorel Sentral
Gelombang Kuning: Polis pecahkan belon, rampas risalah Bersih
Gelombang Kuning: Polis pecahkan belon, rampas risalah Bersih
Setelah tamat sessi temuduga, aku terus menghubungi Faisal untuk bertanya sama ada pelancaran 'Gelombang Kuning' pada hari yang sama di Stesen Monorel KL Sentral akan berjalan atau tidak setelah melihat kelibat polis yang agak ramai berkeliaran di stesen KL Sentral dan sekitar monorel. Faisal menjawab ya ketika mana sedang asyik meniup belon di ibu pejabat PKR. Aku terus ke monorel dan mendapati tiada kelibat kuning di situ lantas aku memasuki stesen Sentral semula untuk membelek-belek majalah dahulu.
20 minit kemudian aku kembali semula ke Monorel dan ketika ini anggota polis sedang menyoal siasat peserta yang berada di situ. Menggelabah betul polis di Malaysia, pelacur di belakang yang berlambak tu tak pulak dikecohkan, entahlah apa nak jadi dengan negara ni aku pun tak tau. Tujuan murni untuk menyebarkan mesej Bersih kepada orang ramai dianggap menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam. Melihat Faisal sedang disoal siasat, aku mengambil keputusan untuk makan di mamak berdekatan sahaja sambil menyaksikan drama lakonan anggota polis yang turut sama disaksikan orang ramai. Maaf Faisal aku terpaksa tidak masuk campur tangan, hehe.
No comments:
Post a Comment