Thursday, November 08, 2007

1 Hari Lagi : Perhimpunan Rakyat Aman BERSIH

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
10November 2007 (Sabtu)
3 petang
http://10nov.himpunan.info/

Jangan takut, jangan gentar
Ya Jalur Gemilang, Tidak Bendera parti

Musa minta orang ramai jangan sertai perhimpunan - Malaysiakini

Amaran Ketua Polis KL, Zulhasnan Najib Baharuddin;

“Do not attend the gathering. Do not go near Dataran Merdeka this Saturday... we will take harsh action (against offenders),” he said.

Zulhasnan said there would be road closures near the venue and the erection of numerous police road blocks leading to the venue in order to stop would-be protestors from proceeding, including those on buses.

He also warned that those from other states who plan to make it to the capital for the event not come to Kuala Lumpur.

Cuti-cuti KL sabtu ini

Tindakan polis tidak memberi permit untuk Perhimpunan Rakyat Aman Bersih esok seperti sudah dijangka. Aku tidak pasti adakah ianya keputusan pihak polis sepenuhnya atau wujud campurtangan dari pihak kerajaan. Nak memaki bukan cara aku, tapi aku sangat pelik dan marah dengan pihak berkuasa dan juga parti yang berkuasa. Tidakkah mereka sedar bahawa ini adalah hak rakyat yang termaktub di dalam perlembagaan dan jika ianya melanggar undang-undang sekalipun di bawah Akta Polis, mengapa setiap kali ke mahkamah pihak polis sentiasa kalah seperti yang terbukti di dalam kes Malek Hussein dan banyak lagi. Kekalabuan wujud di sini dan diharap mereka yang mahir di dalam undang-undang dan Perlembagaan dapat menjelaskannya.

Satu lagi tidakkah mereka (parti berkuasa) tahu bahawa jika 100,000 rakyat berhimpun sekalipun, belum tentu mereka akan kalah di dalam pilihanraya kerana jika hak berhimpun tidak dicabuli, sesiapa pun boleh mengumpul jumlah yang sama. Jika kita lihat, puak pro dan anti kerajaan atau sesuatu isu bebas berhimpun secara aman di negara seperti Thailand, Taiwan, Turki, Indonesia, Ukraine dan banyak lagi untuk mengemukakan sesuatu isu dan pandangan. Semuaya itu bukanlah dalam kategori negara maju seperti Amerika dan Great Britain.

Angka juga bukan soalnya kerana yang penting adalah mesej untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil didengari semua secara serius kerana selama ini pilihanraya berlangsung dengan suasana yang kotor dan tidak adil. Apa yang kita minta adalah unsur-unsur pilihanraya yang cacat dan tidak adil diperbaiki seperti undi pos yang tidak telus, daftar pemilih yang meragukan, pengundian berkali-kali dan ketiadaan akses kepada media. Soal menang atau kalah itu adalah keputusan rakyat dan apa yang terjadi sehingga sekarang adalah keputusan rakyat yang dibuat adalah dalam keadaan padang yang tidak sama rata. Jika setelah padang rata pihak pembangkang masih kalah, barulah kita boleh menghormati kerajaan yang dipilih rakyat. Sekarang ini janganlah harap.

Parti BN menang 92% kerusi parlimen tetapi sekadar mendapat lebih 60% undi popular sahaja. Apakah maknanya ini? Sudah tentulah persempadanan semula yang tidak adil dan bertujuan politik. Hal ini boleh dibaca di buku-buku dan laporan-laporan yang telah banyak diterbitkan, sila hubungi aku jika ingin meminjam. Hal ini juga akan menjadi tuntutan Bersih untuk jangka masa panjang. Sila klik di sini untuk menonton klip video ucapan Khairy yang menghentam Bersih dan pembangkang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku berada di PWTC semasa Khairy memberi ucapan ini dan berasa amat sedih dengan sikap bodoh sombong Khairy yang mencabar pembangkang bertanding sebagai anak jantan di dalam gelanggang pilihan raya. Siapa yang bukan anak jantan kat sini? Pembangkang ke UMNO yang bacul? Pembangkang bertanding di dalam pilihanraya selama ini pun bukanlah bermakna mereka percaya 100% sistem yang ada, tetapi di dalam kecacatan itu pun mereka boleh menang beberapa kerusi dan membentuk kerajaan negeri. Bayangkan jika sistem itu lebih bersih dan adil, itulah ketakutan UMNO dan juak-juaknya. Memang seratus peratus bacul!

No comments: