Sunday, November 25, 2007

Detik terindah minggu ini

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Semalam di bilik hotel tatkala mendengar pengulas memberitahu yang Mew Choo telah layak ke perlawanan akhir ketika sedang khusyuk menonton aksi Chong Wei, aku merasa cukup gembira dan sedikit terkejut seperti mana aku merasai detik yang sama 10 November lepas. Perasaan gembira dikongsi bersama Chuan Boon sambil berdoa agar Mew Choo dapat mencipta sejarah memenangi Terbuka China yang merupakan salah satu kejohanan Super Series yang menawarkan hadiah lumayan di samping memenangi gelaran pertama beliau. Selain itu untuk mengalahkan pemain-pemain wanita China yang sangat digeruni bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, apatah lagi bermain di negara mereka sendiri.

Semasa aku dalam perjalanan pulang ke KL, aku menerima sms dari rakan aku, Aran yang memberitahu Mew Choo telah muncul juara dan lantas aku tergamam seketika dan bergembira sendirian sebelum berkongsi cerita indah bersama Chuan Boon dan Pak Chong. Malangnya Lee Chong Wei gagal melengkapkan cerita indah ini apabila tewas kepada Bao Chunlai yang ingin membalas dendam kekalahan mudah beliau kepada Chong wei di Terbuka Perancis. Syabas Wong Mew Choo!!! Aku gembira dengan kemenangan kamu! Teruskan kejayaan ini, ingatlah bahawa pingat emas Olimpik Beijing tidak mustahil untuk digenggam.

Arsenal kukuh di atas

Satu lagi detik indah pastinya melihat pasukan Manchester United yang digelar oleh rakan-rakan dan juga aku secara berjenaka sebagai 'Syaitan dan Iblis' yang tidak harus disokong tumpas kepada Bolton 1-0. Manakala itu pasukan Arsenal yang cuba ditohmah sebagai 'Arsengal' oleh rakan-rakan yang 'dengki' dengan kehebatannya mendiamkan mereka-mereka yang sengal menyokong 'Liverfools','Chelshit' dan 'MU (Malayan Union yang ditentang rakyat Malaya). Hidup Arsenal! Jangan marah kawan-kawan, haha.

1 comment:

Anonymous said...

fdcuyqssl http://www.free-mass-traffic.net/free-mass-traffic/free-mass-traffic-review Free Mass Traffic