Saturday, November 17, 2007

Pelancaran buku 'The Unmaking of Malaysia'

Photobucket - Video and Image Hosting
Buku-buku terbitan SIRD yang turut dijual

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar kenangan, L-R;Pai Chee, Ako,aku,penulis,Natasha,Jalik,bos

Photobucket - Video and Image Hosting
Ucap utama, hehe

Photobucket - Video and Image Hosting
kehadiran media yang mengejutkan, terima kasih Tun Musa

Photobucket - Video and Image Hosting
Ucapan Tun yang bermesej dalam walau tetap berhati2

Bertempat di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara rabu lalu telah diadakan "Majlis pelancaran rasmi buku bertajuk 'The Unmaking of Malaysia'" karangan Ahmad Mustapha Hassan yang pernah bekerja di bawah dua bekas PM kita iaitu Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir. Tun Musa Hitam yang juga rakan karib kepada penulis sudi melancarkan buku ini walaupun mempunyai jadual yang padat dan beliau hanya berbuat demikian disebabkan penulis merupakan sahabat karib beliau.

Bagi kami pihak penganjur amat berterima kasih kepada penulis dan dua anaknya iaitu Natasha dan Ako yang juga pelakon kerana bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan bos, Pak Chong, Pai Chee, Jalil dan Chuan Boon yang turut sama bekerja keras dan terima kasih kepada semua media yang turun membuat liputan antaranya Utusan, BH, Star, NST, The Edge, Off The Edge, Makkal Osai, Nanyang, Guan Ming, Sinchew, Bernama, Mkini, Channelnews Asia, UMNO Tv dan beberapa media lain lagi.

Buku ini telah berada di pasaran beberapa bulan lalu dan telah diharamkan di kedai buku Borders kerana terkandung kritikan terhadap pemilik francais Borders di Malaysia, Vincent Tan. Namun begitu ia boleh dibeli di semua kedai buku utama dan di laman web Gerakbudaya dengan harga RM38.00. Dapatkan naskhah anda sekarang!

No comments: