Monday, February 28, 2005

Jom saksi malam saksi

Konsert Budaya : Malam Saksi 14 April (13 Mac 05)

KUALA LUMPUR, 23 Februari - Angkatan Karyawan Reformasi (AKAR), sebuah kumpulan yang terdiri daripada seniman-seniman independen akan menganjurkan satu malam kebudayaan alternatif yang bernama Konsert Budaya : Malam Saksi 14 April bulan depan.

Program yang diadakan dengan sokongan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat itu akan didakan pada pukul 8.30 malam 13 Mac 2005, bertempat di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pengarah program tersebut, saudara Zunar berkata malam kebudayaan bertemakan “Malam Saksi 14 April” itu bertujuan mengenengahkan satu bentuk seni yang tidak begitu mendapat tempat dan jarang dipersembahkan dalam program-program budaya biasa.

Ia bukan sekadar sebuah hiburan kosong, tetapi keseluruhan persembahan pada malam tersebut mengandungi mesej-mesej tertentu seperti nasihat, kritikan, unsur satira dan perjuangan.

“Ia akan diisi dengan lagu-lagu perjuangan yang biasa disebut dengan lagu folk begitu juga dengan puisi, sajak serta seloka yang mengandungi unsur-unsur kritikan. Manakala teater satira yang pernah popular satu ketika dulu, Tok Ampoo akan kembali dipersembahkan dengan episod baru” kata Zunar.

Mengikut buku program yang disediakan, sasterawan negara, Shahnon Ahmad akan menyampaikan sajak terbaru beliau, manakala penyajak dan aktivis teater terkemuka, Dinsman akan menyampaikan sajak-sajak popularnya termasuk “Macam Orang Gila". Turut menyampaikan persembahan ialah penyajak bersuara lantang, Shukri Abdullah; penyair muda, Hasmi Hashim dan penyajak/pembawa seloka veteran, Pak Salleh Bakar.

Manakala penyanyi utama kumpulan Blues Gang, Ito yang terkenal dengan lagu “Apo Nak di Kato” akan menyampaikan beberapa lagu-lagu “blues dan folk” secara akustik pada malam tersebut. Turut menyampaikan persembahan ialah kumpulan penyanyi terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Bangsar Utama (UBU) dan penulis, Bakar Hashim.

Pengarah filem dan aktivis pelajar, Hishamuddin Rais akan mempersembahkan semula teater satira yang popular sekitar tahun 2000, Teater Tok Ampoo dengan olahan baru sesuai dengan suasana masayarakat dan isu-isu semasa hari ini.

Seorang lagi pengarah filem kontroversi, Nasir Jani yang pernah mengarah filem “Kembara Seniman Jalanan", akan menghasil dan akan mempertontonkan klip video khas mengenai perjuangan dan pengorbanan para aktivis reformasi untuk tempoh khusus sepanjang tahun 1998 hingga 2004.

Persembahan akan diserikan dengan penampilan pengacara terkemuka, Tengku Elida Boestaman.

Menurut Zunar, tetamu khas pada malam tersebut ialah mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar telah mengesahkan kehadirannya dan beliau dijangka akan berbicara mengenai reformasi dan kebudayaan pada malam tersebut, beliau juga akan menyanyikan beberapa buah lagu yang digelar lagu-lagu dari penjara” tambah kartunis itu.

Selain itu, menurut Zunar malam tersebut juga bertujuan mengumpul dan menghargai sumbangan aktivis-aktivis reformasi terutama yang pernah ditahan sama ada dalam lokap, penjara atau tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memperjuangkan reformasi sepanjang tempoh enam tahun lalu.

“Semua yang pernah kena tahan (OKT) akan diberi tiket percuma untuk menghadiri program kebudayaan ini serta menghadiri sesi khas dengan Anwar pada malam sama. Mereka perlu mendaftar di sekretariat yang telah ditentukan untuk tujuan itu,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Zunar menyeru orang ramai terutamanya penggemar seni alternatif supaya memberi sokongan untuk menjayakan malam seni yang julung kali diadakan itu dengan membeli tiket dengan menghubungi nombor di bawah.

Tiket-tiket berharga RM 50 untuk tempat duduk depan, RM 25 dan RM 10 untuk tempat duduk belakang boleh didapati dengan menghubungi talian di bawah, mulai 23 Febuari, 2005 di :

Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia,
Wisma Anwar Ibrahim, Seremban
(Marvin 012-665-7329)

Galeri Pejuang,
Cherok To’ Kun, Bukit Mertajam
(Rezal Huzairi 016-459-9484)

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu,
1090-1, Jln Sentul, Kuala Lumpur
(Jasmine Ng 012-234-5615)

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
75A Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park,
40000 Shah Alam
(Hasrul 03-5513-8477 / 03-5513-3416)

Fauzi, Selangor : 012-373-3457

Cikgu Bard, Negeri Sembilan : 016-324-2564

Tan Omar Abdullah, KL : 019-205-9701

Sahrudin : 016-695-5671

Sabarudin : 012-224-5822

Cheah : 019-336-0685

Ramli : 012-334-3337

p/s : Tolong sebarkan, sesiapa yang mahu menjadi agen tiket sila hubungi :
Fauzi o12-373-3457

Bagi semua mereka yang pernah ditahan sebagai tahanan reformasi sepanjang tempoh kebangkitan reformasi tersebut diminta dengan segera menghubungi Sdr. Hasrul B. Muhaini di seketeriat penganjur, ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat,

75A Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park,
40000 Shah Alam

Tel: 03-5513-3416 / 5513-8477, Faks: 03-5512-9646

Mereka yang pernah ditahan juga boleh terus menghubungi Badrul Hisham Shaharin, Pengarah Publisiti program ini di talian 016-324-2564 ataupun menghantar sms ke talian tersebut dengan memberikan maklumat seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan tarikh / peristiwa tangkapan.

Semua OKT Reformasi ini akan diberikan kad jemputan untuk menghadiri konsert tersebut sebagai VIP dan selepas itu akan dilayan untuk “supper” oleh Sdr. Anwar Ibrahim selepas konsert tersebut.

* * *

Anjuran : Angkatan Karyawan Reformasi (AKAR)

Tarikh : 13 Mac 2005

Masa : 8.00 malam – 12 malam

Tempat : Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Hulu Kelang

Tiket : RM 50, RM 30 & RM 10 (terhad kepada 900 penonton sahaja)
Aktres filem Taegukgi bunuh diri




Aku mula mengenali dan meminati aktres bernama Lee Eun Ju ini setelah menonton filem 'Bungee Jumping of Their Own' dan 'Lover's Concerto' dua tiga tahun yang lepas. Aku amat terkejut apabila membaca berita ini di akhbar Kosmo edisi beberapa hari yang lepas yang baru aku baca sebentar tadi.

Kematian beliau amat menyedihkan sesedih melihat dua filem lakonan beliau tersebut yang juga diakhiri dengan kematian watak yang dilakonkan. Aku amat berharap agar tiga aktres Korea yang aku sangat gemari iaitu Jeon Ji Hyun, Song Hye Kyo dan Son Ye Jin tidak akan mengambil langkah yang sama walau apa jua pun masalah yang menimpa. Mereka bertiga diibaratkan sebagai teman wanita imaginasi diriku dan apa jua malang yang menimpa akan memberi sedikit sebanyak kesan kepadaku.

Walaupun aku menghormati keputusan yang diambil oleh beliau untuk membunuh diri. Aku berpandangan adalah lebih baik untuk kita menghadapi masalah dan cuba menyelesaikannya.

Rest in peace !

Lee Eun Joo
In Memory of Lee Eun Joo
Actress Lee Eun-ju Commits Suicide
Rising Korean Actress Dies in Likely Suicide
Friends, Colleagues Come to Cherish Memory of Lee Eun-ju
“Tae Guk Gi” Starlet Lee Eun-ju Commits Suicide at Age 24

Sunday, February 27, 2005

Sepet lahir atas lafaz kejujuran

Oleh Sultan Muzaffar

Sudah agak lama saya tidak memberikan ulasan filem sehingga mendapat teguran dari seorang guru filem mengenainya. Mungkin kerana dibuai fantasi Akademi Fantasia lalu saya melupakannya.

Saya berpeluang sekali lagi untuk menonton sebuah filem Malaysia bertajuk Sepet. Ini kali keempat saya menontonnya dan reaksi spontan saya masih sama sewaktu kali pertama saya menontonnya dalam versi rough-cut. Cuma tontonan kali ini lebih berbeza kerana skrin yang lebih besar dan tidak dilupakan potongan lapan adegan oleh Lembaga Penapisan Filem. Sekurang-kurangnya saya "acknowledge" kerja mereka. Sepatutnya saya mengeji tindakan mereka yang melepaskan Constantine untuk tayangan umum.

Walaupun berpeluang menonton versi tanpa suntingan, saya masih seperti sekarang. Tiada perubahan besar yang berlaku kesan dari adegan-adegan tersebut. Masih rajin memberi ulasan tentang Akademi Fantasia walaupun dalam salah satu dialog digambarkan Melayu itu sememangnya malas.

Sepet berkisar tentang Jason (Ah Loong) seorang penjual vcd haram yang lahir dalam sebuah keluarga Cina, meminati puisi dan telah jatuh cinta pandang pertama dengan Orked gadis dari keluarga kelas pertengahan yang terdidik dengan sempurna, fasih berbahasa Inggeris, gemar pelakon Takeshi Kaneshiro dan meminati filem Wong Kar-Wai dan John Woo. Secara tidak langung meraikan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia tanpa rasa prejudis terhadap bangsa lain.

Kisah cinta, hubungan mesra dan kasih saying yang dipaparkan dalam filem ini jauh melangkaui dari hubungan sepasang kekasih. Ia turut memaparkan kemesraan sebuah keluarga, layanan seorang majikan terhadap pembantu rumahnya yang tidak dilayan seperti seorang pembantu rumah, hubungan suami isteri dan hubungan persahabatan. Perhatikan sahaja, opening title filem ini yang mana berakhir dengan separuh dari nama Yasmin Ahmad iaitu Ahmad. Jelas sekali filem ini didedikasikan untuk keluarga beliau.

Sepet menggunakan empat bahasa (Melayu, Inggeris, Hokkien dan Kantonis yang dicampur adukkan menjelaskan realiti cara rakyat Malaysia berbicara) dan mampu memikat minat orang Melayu untuk menonton malah kaum Cina dan India juga sudah pasti terpikat untuk mengikuti kisah filem ini.

Uniknya Sepet apabila saya seakan-akan melihat sebuah realiti hidup di hadapan mata saya sendiri. Tanpa dialog yang meleret-leret, Sepet terus mencipta momentum sehingga ke penamat filem tersebut.

Anda tidak akan menemui dialog seperti;

Orked : Jason, u can call me at home, tapi…(long pause)

Jason : (sambil merapatkan tubuhnya ke arah Orked) Tapi apa Orked ?

Lupakan, anda tidak akan menjumpai dialog atau adegan sedemikian di dalam Sepet. Dialognya padat dan informatif. Setiap patah dialog yang dilafazkan ada kaitannya dengan cerita keseluruhan.

Dialog-dialog bijaksana banyak dalam filem ini, bercerita tentang sejarah Perancis dan Algeria, bagaimana filem Melayu yang hebat satu ketika dahulu, sifat Cina yang penipu dan Melayu yang pemalas (dipotong sedikit), Melayu yang celup Mat Salleh, kepentingan keluarga pada seseorang dan senarai akan berterusan tanpa henti…

Lakonan

Tanpa perlu mengurangkan umur Rosyam Noor, Yusry atau Erra Fazira, pelakon yang membawakan watak Jason dan Orked merupakan taruhan terbaik pengarah.

Pelakon remaja yang pertama kali tampil di layar perak merupakan seorang yang masih segar, masih suci dan senang untuk dibentuk selain seorang Pengarah Seni yang takutkan bossnya. Kg Choo Seong mampu membawakan watak seorang jejaka yang pemalu, masih tercari-cari identitinya, keliru, resah dan sengsara jelas terpapar pada wajahnya.

Sharifah Amani umpamanya lahir dari darah seni seorang pelakon ternama dan pelukis telah memberikan lakonan yang cukup sifatnya. Penampilan bersahaja beliau serta ekspresi wajahnya yang mampu menimbulkan elemen ceria, sedih, gembira, resah, menangis bertukar satu-persatu dalam setiap adegan.

Keluarga Pak Atan dan Yam, orang gajinya lengkap sebagai sebuah keluarga Melayu yang penuh dengan nilai keMelayuannya serta digabung- jalin dengan rasa kasih saying dan kemesraan. Keluarga Jason yang bising tatkala sedang menjamu selera serta kebengkengan bapanya menceritakan yang bukan sahaja Melayu punya masalah, kaum Cina juga punya masalah yang sama.

Kebijaksaan Yasmin

Yasmin Ahmad, Pengarah filem ini tahu bercerita secara tersurat dan tersirat melalui medium seluloid. Walaupun menurutnya, beliau tidak belajar apa itu bahasa filem tetapi saya dapat melihat ia ditampilkan secara penuh bijaksana oleh beliau.

Filem ini disingkap pembukaannya dengan hubungan ibu dan anak dan diakhiri juga dengan hubungan ibu dan anak. Sudah cukup jelas yang filem ini keseluruhannya bercerita tentang itu.

Penonjolan watak salah seorang kawan kepada Jason dan Keong yang handphonenya sering berbunyi sudah cukup merimaskan saya. Tanpa satu dialog pun, saya sudah membencinya. Kehebatan beliau mencipta watak yang mampu mempengaruhi emosi penonton sudah cukup kuat. Begitulah juga sekiranya dalam kita sibuk menghayati filem yang sedang kita tonton, berbunyi handphone atau pun penonton di sebelah sibuk mengulas
filem tersebut seperti krew ERA yang membuat bising di dalam panggung.

Begitu juga adegan yang membabitkan isu-isu sensitif seperti biasiswa. Kerana kebijaksanaan pengarah, adegan tersebut terlepas pandang oleh Lembaga Penapisan Filem. Isunya jelas, Jason yang memperoleh 7A hanya menjadi penjual vcd haram manakala Orked yang mendapat 5A berjaya mendapatkan biasiswa. Kita harus menilai kemampuan penonton Melayu untuk sedar dan nampak perkara tersebut.Perkara seremeh budi bahasa
pun harus diingatkan saban hari melalui lagu budi bahasa oleh Siti Nurhaliza.

Adegan yang ditampilkan dari babak ke babak merupakan satu untaian jiwa jujur yang bercerita dan semakin mendekatkan kita dengan realiti. Kekuatan setiap babak dan skrip yang ringkas menjadi tunjang utama kehebatan filem ini. Babak seperti anak patung dalam keadaan statik dan kemudian menari, shot pil tongkat ali, orang buta bermain keyboard di tepi jalan merupakan babak-babak ringkas yang memberikan kesan yang besar kepada filem ini. Adakalanya tanpa dialog dan hanya kesan visual telah memberikan seribu makna untuk ditelah oleh penonton.

Penggunaan shot kamera yang cantik serta penggunaan muzik latar yang bersesuaian memberikan mood yang indah pada filem ini. Ketenangan air di latar pertemuan Jason dan Orked di tepi tasik begitu indah. Penggunaan shot perspektif mengundang bencana di penghujung filem ini (menurut perujuk filem saya, Pak Hassan Mutalib).

Lagu temanya saya kira merupakan sebuah lagu Cina dan saya menyukai lagu tersebut. Yam yang gemarkan lagu Siam menjadi lagu tema sewaktu adegan mesra Pak Atan dan Mak Inom.

Harapan

Penamat filem ini meluahkan harapan bukan sahaja harapan Orked tetapi juga harapan pengarahnya. Orked mengharapkan agar dapat mendengar suara Jason. Sesiapa sahaja yang berharap, tentu berharap harapan itu berpihak kepada kita.

Sebagai manusia, kita hanya ingin mendengar apa yang ingin kita dengar. Itu harapan kita. Harapan Orked, mahu mendengar ungkapan cinta yang lahir dari rasa Jason. Harapan saya mahu melihat perubahan yang besar pada dunia perfileman Melayu, dan Malaysia amnya.

Penamat filem ini kini menjadi milik anda. Itulah bukti filem ini merupakan sebuah filem yang baik.

Sepet lahir atas nama kejujuran. Rasailah Sepet sebagaimana anda merasai cinta. Sepet sebuah filem yang berlapis-lapis. Tonton lapisan pertama untuk merasai cinta, hayati lapisan kedua untuk menjelajah pemasalahan bangsa Malaysia dan selam ke lapisan ketiga untuk menzahirkan harapan dan rasa cinta dunia perfileman Malaysia.

Filem ini boleh berbangga dengan ceritanya yang bersesuaian dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang gemilang, dialog yang unik yang lahir dari kejujuran dan pemaparan realiti yang berkesan, lakonan yang mantap dan meyakinkan terutama watak utama dan reka sinematografi yang mengkagumkan serta cantik.

Rating : A
Arahan : A
Lakonan : A
Skrip : A
Muzik : A

Thursday, February 24, 2005

Selangor menang lagi!

Selangor 4 Pahang 1

Laman web FAM
Laman web Kelab Penyokong Selangor

Kepada para penyokong setia Merah Kuning, menyanyikan lagu 'Selangor menang lagi' yang akan berkumandang sebaik sahaja perlawanan yang dimenangi tamat merupakan satu detik indah. Disusuli pula oleh lagu Merah Kuning lambang kebanggan, Selangor merancang kejayaan, gemuruh sorakan menggegarkan......

Tatkala zaman kehebatan pasukan Selangor di era 90 an dan 95-97, kunjungan ke Shah Alam pada setiap hujung minggu merupakan satu detik yang amat ditunggu-tunggu. Namun selepas itu, kemeriahan dan keriangan yang seperti itu sukar untuk dirasai walaupun Selangor menjuarai Piala FA pada tahun 2001 dan Piala Malaysia pada tahun 2002.

Tetapi aku sudah dapat merasakan detik-detik indah itu akan dan sudah muncul ketika ini walaupun Liga Malaysia baru berada di awal musim. Sehingga waktu ini, aku hanya berkesempatan mengunjungi stadium ketika Selangor membenam pasukan TNB Kelantan 6-1 hampir dua minggu yang lepas.

Aku dan rakan-rakan setia Merah Kuning pada awalnya bersikap agak pesimis walaupun ada sedikit optimis terhadap barisan baru Merah Kuning kerana hampir saban tahun cakap-cakap akan kehebatan pasukan akan sentiasa berkumandang dari pihak pengurusan. Seperti yang boleh dijangka, hasilnya sentiasa tiada dan tidak memuaskan hati peminat setia yang lantaran itu menjauhi stadium yang semakin usang dek kurang penjagaan (tipikal Malaysia)

Namun kali ini aku dapat merasakan terdapat banyak perubahan terutama dari aspek taktikal yang mana aku sukar untuk menerangkan kerana kekurangan ilmu untuk menjelaskannya melalui tulisan (rakan fanatik bola aku Aran dirasakan lebih arif). Apa yang pasti barisan serangan dan sayap kanan yang diterajui oleh Elie Abboy dilihat membuahkan hasil yang memberangsangkan setakat ini dimana gol minimum yang perlu untuk setiap perlawanan setakat ini adalah 4 gol. Apa yang perlu dipertingkatkan adalah di barisan pertahanan yang dirasakan agak kurang berkesan seperti mana pasukan kesayangan aku di EPL, Arsenal.

Kemenangan besar ke atas juara bertahan Liga Super, Pahang menguatkan keyakinan peminat Merah Kuning ke atas skuad kendalian Dollah Salleh ini. Sangat rugi rasanya tidak dapat bersama hampir 30 000 ribu penyokong Selangor di Shah Alam malam tadi kerana komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan. Namun doaku dari jauh mengatasi segala-galanya dan goal update yang diberikan Aran membuatkan keresahanku berkurangan.

Satu lagi aspek yang menarik adalah kunjungan penyokong Selangor rakyat Indonesia ke stadium yang mana ia sangat berkait dengan kehadiran Bambang Pramungkas dan Elie Abboy. Apapun, selamat maju jaya kepada pasukan Merah Kuning dan diharap dapat mengekalkan tahap konsistensi sepanjang musim dan jangan hangat-hangat tayi ayam. Namun begitu tiada gunanya jika pemain tempatan di dalam skuad Selangor tidak menunjukkan sebarang peningkatan kerana apa yang lebih penting adalah prestasi skuad negara kita, Malaysia di arena antarabangsa yang perlu dipertingkatkan dan segalanya berada di bahu Bertalan Bicskei dan anak buahnya di Sukan Sea Manila 2005 hujung tahun ini.

Majulah Sukan untuk negara Malaysia yang tercinta!

Monday, February 21, 2005

Mari menonton filem Sepet!



Jangan lupa! mulai tanggal 24 Februari iaitu khamis ini, filem kedua arahan Yasmin Ahmad ini akan menemui penonton di beberapa pawagam terpilih. Jangan lepaskan peluang ini untuk menonton sendiri hasil karya yang aku sangat 'cinta' dan 'sayang' ini.

Laman rasmi Sepet
Cinema Online
GSC
TGV

Saturday, February 19, 2005

Tonton 'Agenda' di Astro esok

Mesej from Zan Azlee

Just thought all of you might be interested...

An episode of a talkshow called 'Agenda' on ASTRO 92 will be be discussing the issue of our local film industry this Sunday (20th Feb 2005) at 10pm. Among the panelists include Yasmin Ahmad, Noor Azam Shairi and a rep from FINAS. So make sure to catch it!

Thursday, February 17, 2005

Interview with my idol

PROFESSOR EMERITUS Datuk Dr Khoo Kay Kim adalah individu yang aku minati sejak aku mula membaca tulisan beliau di kolumnya di akhbar mingguan, Berita Minggu mengenai isu dunia sukan semasa aku masih bersekolah rendah.

Sejak detik itu, aku mula menjadikan beliau sebagai idola dan aku akan berusaha untuk mengikuti dan membaca segala tulisan beliau baik di dalam isu politik, sejarah, budaya, bahasa, sukan dan apa saja. Sehingga kini aku masih beranggapan bahawa beliau adalah antara individu yang patut dkagumi dan diraikan buah pemikirannya oleh rakyat Malaysia seluruhnya.

Klik di sini untuk membaca temuramah bersama beliau di akhbar The Sun Weekend
Kyoto enters into force

Global Warming Accord Takes Effect Minus US, Australia

The Kyoto Protocol, an international agreement adopted in December 1997 in Japan, enters into force on February 16, 2005. The Protocol sets binding targets for developed countries to reduce greenhouse gas emissions on average 5.2 percent below 1990 levels, in order to address global warming.

Klik di sini, di sini dan di sini untuk maklumat lanjut

Saturday, February 05, 2005

Siti menang lagi!



Siti pertahan anugerah MTVAA - Berita Harian
Siti Nurhaliza Artis Pilihan Malaysia kali ke-5- Utusan Malaysia

Seperti yang dijangka, Cik Siti kita menang lagi buat kali keempat berturut-turut sebagai Artis Pilihan Malaysia di MTV Asia Awards 2005 (bukan kelima wahai Utusan dan Kosmo) dan selepas ini entah apa pula kutukan dan kejian yang akan dilemparkan oleh mereka-mereka yang anti Siti terhadap pencapaian ulung ini. MTV Asia Awards telah disiarkan pada pukul 10 malam, Khamis di saluran 71 Astro dan diikuti dengan MTV Asia Aid pada pukul 11 malam. Tahun ini tiada penyampaian anugerah kepada para pemenang seperti sebelumnya kerana penganjur telah mengubah program berikutan tragedi Tsunami yang melanda baru-baru ini.

Sebagai seorang peminat Siti Nurhaliza yang setia sejak dari mula pembabitannya di bidang nyanyian iaitu ketika aku masih di tingkatan tiga, tahun 1996. Aku berbangga dengan pencapaian Cik Siti dan ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan ini dan diharap personaliti Cik Siti tetap seperti dahulu. Usah dipedulikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan untuk menjatuhkan Cik Siti kerana mereka ini adalah golongan Melayu lama yang tidak mahu berubah sikap.

Walaupun di dalam beberapa keadaan aku tidak bersetuju dan menggemari tingkah lakunya, namun aku tetap akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kerana pada anggapanku peratusan sisi negatifnya amatlah kecil. Itu yang aku tahu secara dasarnya, hal-hal yang terlalu peribadi tidak mahu ku tahu kerana itu adalah hak privasinya yang tidak perlu diketahui oleh orang lain kecuali Tuhan yang tahu dengan sendirinya. Begitulah juga hal privasi manusia-manusia lain termasuklah aku, Wan Norazlin, pramugara MAS dan lain-lain yang sepatutnya tidak perlu dijadikan masalah masyarakat selagi mana ia tidak membawa kemudaratan yang besar.

Tahniah sekali lagi Siti Nurhaliza dan teruskan berusaha untuk menguasai pasaran global! Malaysia Boleh!

From MTV Asia Awards 2005 official website

SINGAPORE/HONG KONG - In January this year, the MTV Asia Awards 2005 was repositioned into MTV Asia Aid, a global benefit in support of the recovery efforts taking place in Asia. This was a vital part of MTV Network's wider global response to the aftermath of the tsunami.

In conjunction with MTV Asia Aid, winners for the MTV Asia Awards 2005 were announced at the benefit event on 3 February 2005 at the IMPACT Arena in Bangkok. Winners for the 10 Favorite Asian Artist categories and six international categories were chosen through more than 16 million votes from fans and viewers. Siti Nurhaliza (Malaysia) and Stefanie Sun (Singapore) emerged triumphant for the fourth straight year in the Favorite Artist category.

The MTV Asia Awards 2005 will air as a separate one-hour show on MTV channels across Asia featuring segments on the nominees and winners on 3 February 2005 onwards.

MTV Asia Awards 2005 - Winners

10 Favorite Music Artist Awards from Asia:

Favorite Artist Mainland China - Sun Yue
Favorite Artist Hong Kong - Joey Yung
Favorite Artist India - Strings
Favorite Artist Indonesia - Peterpan
Favorite Artist Korea - Rain
Favorite Artist Malaysia - Siti Nurhaliza
Favorite Artist Philippines - Rivermaya
Favorite Artist Singapore - Stefanie Sun
Favorite Artist Taiwan - Jay Chou
Favorite Artist Thailand - Silly Fools


International Music Awards:

Favorite Male Artist - Usher
Favorite Female Artist - Avril Lavigne
Favorite Pop Act - Simple Plan
Favorite Rock Act - Hoobastank
Favorite Video - Maroon 5
Favorite Breakthrough Artist - Ashlee Simpson

The Asian Film Award - Kung Fu Hustle
Style Award - Nigo (Bathing Ape)
Inspiration Award - To all the people affected by the tsunami

Thursday, February 03, 2005

Off The Edge dan temuramah bersama DSAI



Ini adalah edisi februari iaitu yang kedua majalah Off The Edge yang menggantikan sisipan bulanan Options 2 di dalam akhbar mingguan perniagaan, The Edge. Aku menyambut baik kemunculan majalah yang diiklankan sebagai sexy, art, ctitical, radical, informed, rants, wired dan progressive. Tanpa perlu membayar apa-apa selain daripada kos sebanyak RM3.90 untuk akhbar The Edge, aku menunggu hujung minggu setiap bulan dengan penuh keriangan.

Namun begitu ada beberapa pembaca dan rakan yang aku sempat bicara mengatakan agar pihak penerbit, Nexnews dapat memisahkan majalah Off The Edge dengan The Edge kerana menurut mereka tidak semua yang berminat membaca berita dan artikel tentang dunia perniagaan. Aku secara peribadi menyokong langkah menyatukan majalah di dalam The Edge kerana aku sememangnya berminat membaca berita-berita tentang dunia perniagaan terutamanya berkaitan sektor hartanah. Jadi aku mencadangkan pihak penerbit memasarkan majalah Off The Edge di dalam dua cara iaitu dikepilkan bersama The Edge dan dijual berasingan yang mana harganya mungkin lebih murah atau sama.

Berikut merupakan beberapa petikan menarik hasil temuramah Eddin Khoo dan Jason Tan bersama Anwar Ibrahim

"Why i choose to be more conciliatory towards Prime Minister Abdullah is because i feel that he genuinely believes there is something wrong with system, that corruption is endemic, that you have to make the necessary changes "

"If i were Minister of education and a young Chinese came up to me and said 'Sir, i have 9A1s but i cannot get into university, if you're a man of any conviction, morality, ethical principles, and you are not a racist, then you cannot defend the policy. It's as simple as that. But does that mean you're going to scrap all the assistance for Malay students for the pendalaman? Of course not!"

"To be frank and honest, i cannot absolve myself entirely of the excesses of that administration. There were some things that were beyond our control, other things we simply did not have the courage to address at that time", apabila ditanya apakah refleksi beliau selama 16 tahun bersama pemerintahan Tun Dr. Mahathir

"Some people say 'Anwar is not clear, he's a chamelleon, say's this. Does that. But you should see how i address a very Malay crowd and how i deal with these issues"

Jangan lupa untuk mendapatkannya (kalau ada lagi sebab selalunya The Edge cepat habis dijual) kerana banyak lagi artikel-artikel menarik seperti dari Andrew Leci tentang referee kayu, Kam Raslan tentang Oscars, Hishamuddin tentang masakan Melayu sejati, Carmen Nge tentang Botero, Zaid Ibrahim tentang air dan banyak lagilah.

Radical views.Uncultured Critiques.Informed Opinions.Provocative Food.Lifestyle Business.Arts Reviews - Off The Edge