Jom saksi malam saksi
Konsert Budaya : Malam Saksi 14 April (13 Mac 05)
KUALA LUMPUR, 23 Februari - Angkatan Karyawan Reformasi (AKAR), sebuah kumpulan yang terdiri daripada seniman-seniman independen akan menganjurkan satu malam kebudayaan alternatif yang bernama Konsert Budaya : Malam Saksi 14 April bulan depan.
Program yang diadakan dengan sokongan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat itu akan didakan pada pukul 8.30 malam 13 Mac 2005, bertempat di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Pengarah program tersebut, saudara Zunar berkata malam kebudayaan bertemakan “Malam Saksi 14 April” itu bertujuan mengenengahkan satu bentuk seni yang tidak begitu mendapat tempat dan jarang dipersembahkan dalam program-program budaya biasa.
Ia bukan sekadar sebuah hiburan kosong, tetapi keseluruhan persembahan pada malam tersebut mengandungi mesej-mesej tertentu seperti nasihat, kritikan, unsur satira dan perjuangan.
“Ia akan diisi dengan lagu-lagu perjuangan yang biasa disebut dengan lagu folk begitu juga dengan puisi, sajak serta seloka yang mengandungi unsur-unsur kritikan. Manakala teater satira yang pernah popular satu ketika dulu, Tok Ampoo akan kembali dipersembahkan dengan episod baru” kata Zunar.
Mengikut buku program yang disediakan, sasterawan negara, Shahnon Ahmad akan menyampaikan sajak terbaru beliau, manakala penyajak dan aktivis teater terkemuka, Dinsman akan menyampaikan sajak-sajak popularnya termasuk “Macam Orang Gila". Turut menyampaikan persembahan ialah penyajak bersuara lantang, Shukri Abdullah; penyair muda, Hasmi Hashim dan penyajak/pembawa seloka veteran, Pak Salleh Bakar.
Manakala penyanyi utama kumpulan Blues Gang, Ito yang terkenal dengan lagu “Apo Nak di Kato” akan menyampaikan beberapa lagu-lagu “blues dan folk” secara akustik pada malam tersebut. Turut menyampaikan persembahan ialah kumpulan penyanyi terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Bangsar Utama (UBU) dan penulis, Bakar Hashim.
Pengarah filem dan aktivis pelajar, Hishamuddin Rais akan mempersembahkan semula teater satira yang popular sekitar tahun 2000, Teater Tok Ampoo dengan olahan baru sesuai dengan suasana masayarakat dan isu-isu semasa hari ini.
Seorang lagi pengarah filem kontroversi, Nasir Jani yang pernah mengarah filem “Kembara Seniman Jalanan", akan menghasil dan akan mempertontonkan klip video khas mengenai perjuangan dan pengorbanan para aktivis reformasi untuk tempoh khusus sepanjang tahun 1998 hingga 2004.
Persembahan akan diserikan dengan penampilan pengacara terkemuka, Tengku Elida Boestaman.
Menurut Zunar, tetamu khas pada malam tersebut ialah mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Anwar telah mengesahkan kehadirannya dan beliau dijangka akan berbicara mengenai reformasi dan kebudayaan pada malam tersebut, beliau juga akan menyanyikan beberapa buah lagu yang digelar lagu-lagu dari penjara” tambah kartunis itu.
Selain itu, menurut Zunar malam tersebut juga bertujuan mengumpul dan menghargai sumbangan aktivis-aktivis reformasi terutama yang pernah ditahan sama ada dalam lokap, penjara atau tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memperjuangkan reformasi sepanjang tempoh enam tahun lalu.
“Semua yang pernah kena tahan (OKT) akan diberi tiket percuma untuk menghadiri program kebudayaan ini serta menghadiri sesi khas dengan Anwar pada malam sama. Mereka perlu mendaftar di sekretariat yang telah ditentukan untuk tujuan itu,” tambah beliau.
Sehubungan itu, Zunar menyeru orang ramai terutamanya penggemar seni alternatif supaya memberi sokongan untuk menjayakan malam seni yang julung kali diadakan itu dengan membeli tiket dengan menghubungi nombor di bawah.
Tiket-tiket berharga RM 50 untuk tempat duduk depan, RM 25 dan RM 10 untuk tempat duduk belakang boleh didapati dengan menghubungi talian di bawah, mulai 23 Febuari, 2005 di :
Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia,
Wisma Anwar Ibrahim, Seremban
(Marvin 012-665-7329)
Galeri Pejuang,
Cherok To’ Kun, Bukit Mertajam
(Rezal Huzairi 016-459-9484)
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu,
1090-1, Jln Sentul, Kuala Lumpur
(Jasmine Ng 012-234-5615)
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
75A Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park,
40000 Shah Alam
(Hasrul 03-5513-8477 / 03-5513-3416)
Fauzi, Selangor : 012-373-3457
Cikgu Bard, Negeri Sembilan : 016-324-2564
Tan Omar Abdullah, KL : 019-205-9701
Sahrudin : 016-695-5671
Sabarudin : 012-224-5822
Cheah : 019-336-0685
Ramli : 012-334-3337
p/s : Tolong sebarkan, sesiapa yang mahu menjadi agen tiket sila hubungi :
Fauzi o12-373-3457
Bagi semua mereka yang pernah ditahan sebagai tahanan reformasi sepanjang tempoh kebangkitan reformasi tersebut diminta dengan segera menghubungi Sdr. Hasrul B. Muhaini di seketeriat penganjur, ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat,
75A Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Park,
40000 Shah Alam
Tel: 03-5513-3416 / 5513-8477, Faks: 03-5512-9646
Mereka yang pernah ditahan juga boleh terus menghubungi Badrul Hisham Shaharin, Pengarah Publisiti program ini di talian 016-324-2564 ataupun menghantar sms ke talian tersebut dengan memberikan maklumat seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan tarikh / peristiwa tangkapan.
Semua OKT Reformasi ini akan diberikan kad jemputan untuk menghadiri konsert tersebut sebagai VIP dan selepas itu akan dilayan untuk “supper” oleh Sdr. Anwar Ibrahim selepas konsert tersebut.
* * *
Anjuran : Angkatan Karyawan Reformasi (AKAR)
Tarikh : 13 Mac 2005
Masa : 8.00 malam – 12 malam
Tempat : Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Hulu Kelang
Tiket : RM 50, RM 30 & RM 10 (terhad kepada 900 penonton sahaja)
No comments:
Post a Comment