Wawancara Ummah Online bersama Fathi
Ummah Online
Membaca hasil wawancara marathon ini memang memenatkan, tetapi mujurlah penulisannya bersifat santai. Jadi tidaklah terasa marathonnya itu. Mungkin ada yang bertanya, apakah yang menariknya dalam wawancara ini? Wawancara (dari saling komunikasi emel) ini menjadi istimewa kerana ia memperlihatkan bagaimana Fathi Aris Omar sangat-sangat menghargai anugerah akal. Akal: satu fungsi yang sering direhatkan oleh kita, khususnya umat Islam sembari berdalilkan "cukuplah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai bimbingan mutlak kehidupan kita".
Namun begitu Fathi tidak pernah puas dengan dalil murahan ini. Dengan akal yang dikurniakan, beliau tekad mencari mutiara kebijaksanaan. Dewasa ini, dunia menyaksikan dua kutub yang sukar didamaikan; fundamentalis vs liberalis. Dua kutub ini masing-masing cuba pengaruh-mempegaruhi untuk memperoleh penganutnya. Tetapi bagi Fathi mudah saja, barangkali kedua-dua kutub ini sama ’menyesatkan’!. Masing-masing bukanlah boleh dijadikan sandaran tak terbantah dalam mencari kecerahan fikiran.
Oleh itu, untuk tidak terperangkap dalam bahaya ini, maka Fathi – dalam himpunan wawancara ini - menganjurkan agar kita sentiasa bersikap kritik kolektif, mencermati realiti dengan logik, dan memahami pesan-pesan filosofis Islam itu sendiri. Kita juga mesti keluar dari kepompong dan berani mendiskusi konflik-konflik yang terjadi antara akal dan agama. Sebagai langkah pertama cadangnya lagi, mulakan dengan membaca, membaca dan membaca! Jangan malas, tegasnya sungguh-sungguh sekali!
Lantaran ‘kegeraman’ beliau terhadap kemalasan kita inilah, kadangkala beliau menulis tanpa menyimpan sedikitpun rasa simpati pada sasaran kritikannya. PAS tentunya ada pengalaman 'perit' bagaimana untuk menangkis hujah-hujah matang beliau ini. Memandangkan dalam banyak tulisannya bernada memberontak, beliau hinggakan hampir terlupa untuk kembali memujuk dan menenangkan sasarannya.
Tetapi Fathi tidak perlulah menyesali kritikan-kritikan yang dilemparkannya itu, kerana menurut Ibn Rusyd, ini hakikatnya adalah proses untuk kita taqarrub ilLah. Begitu juga kalau kita membaca buku Jeffry Lang, Bahkan Malaikat pun Bertanya, kita tentunya turut menemui jawapan yang persis. Mudah-mudahan dengan praktik rasional-kritis ini akan menemukan kita kepada ainul yaqin.
Apapun, UmmahOnline Team yakin dan percaya, Fathi Aris Omar sebenarnya bukanlah berniat untuk mengubah kita menjadi penganut mazhabnya, sebaliknya hanya mahu menganjurkan kepada kita supaya tidak menganut apa-apa mazhab (fahaman) pun, tanpa di asaskan dengan rasionaliti. Itu sahaja yang hangat didendangkannya.
Waima, beliau harus lebih mengerti, bahawa apa yang didendangkannya itu barangkali hanya dirinya sahaja yang terbuai, terpesona dan fana'. Natijahnya, jadilah beliau seperti Abu Dzarr Al-Ghiffari yang di humban ke pinggir dunia gara-gara 'tabiat' mengkritik hagemoni-hagemoni di sekelilingnya. Tetapi salahkah beliau menjadi seorang lagi Abu Dzarr?
Klik di sini umtuk membaca wawancara penuh bersama Fathi Aris Omar, seorang individu yang cukup aku kagumi.
Friday, April 29, 2005
Takziah Puan Marion D'Cruz seisi keluarga
Krishen Jit, one of Southeast Asia's most acclaimed theater directors, dies at age 65
Please click Kakiseni to leave your condolences and thoughts

Friday, April 22, 2005
Welcome to Borders Times Square!
Pre opening story- Bounty of books
U.S. bookshop chain Borders opens its largest store in the world in Malaysia
Bookseller Borders moves into Malaysia, eyes China
Borders opens its doors in KL
Borders Malaysia pictures at Yahoo
Borders website
Berjaya Books Sdn. Bhd. website

Syabas Malaysia!
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut atau dapatkan edisi cetak The Economist: The World in 2005 yang berada di pasaran

Saturday, April 16, 2005
Filem dokumentari Lelaki Komunis Terakhir dibantah
Pemuda UMNO bantah filemkan aktiviti Chin Peng
KUALA LUMPUR 14 April - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menentang sebarang usaha memfilemkan perjuangan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dianggap sebagai jenayah terhadap seluruh rakyat dan kerajaan Malaysia
Klik di sini untuk berita lanjut
Komen:
Bila agaknya puak-puak sebegini akan menjadi minoriti di Malaysia? Jelas Pemuda UMNO menerusi Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim tidak menghayati konsep Islam yang menggalakkan permaafan.
"Azimi menegaskan, sebarang usaha menerbit bahan mengenai Chin Peng dan PKM yang secara langsung atau secara halus adalah jelas bertujuan meluaskan dakyah komunis dan bermatlamat menggulingkan kerajaan demokrasi Malaysia"- Kenyataan bodoh pada pendapat aku

Moralis berdemo selepas solat
Taklid atau benar-benar faham?
BANTAH PENENTANG POLIS MORAL...Pemuda PAS berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas Solat Jumaat tadi bagi membantah 50 NGO yang menentang undang-undang mengawal moral. Bagi mereka, tindakan mengawal moral umat Islam adalah hak agama orang Islam dan mereka yang memilih Islam mestilah mematuhi ajaran Islam. - Bagaimana dengan mereka yang menjadi Islam kerana dilahirkan sebagai orang Melayu yang mana secara perlembagaannya automatik Islam tetapi memilih untuk keluar daripada agama Islam setelah mencapai umur dewasa? (Bukan penulis)
Isu undang-undang moral: Ribuan sertai bantahan di seluruh negara- Harakahdaily
Komen:
Pemikiran dan sudut pandang umat Islam di Malaysia kelihatan semakin terkebelakang. Harap-harap ianya hanya terhad pada umat Islam yang pro parti PAS. Terkadang aku terfikir pernahkah mereka yang berdemo dan sangat kuat menentang ini mengunjungi kawasan Bukit Bintang, Bangsar dan tempat yang seumpamanya.
Aku cukup yakin majoriti dari mereka tidak pernah sampai dan ingin sampai apalagi menghayati gaya hidup mereka yang berkunjung ke kawasan-kawasan seperti itu baik atas tujuan beli-belah, menjamu selera, menonton wayang, membaca buku di kedai buku, clubbing, minum dsb.
Golongan yang tidak suka gaya hidup orang lain cuba memaksa gaya hidup mereka dianuti. Betapa anti demokrasi dan tidak Islamik sifatnya, Wallahu'alam.

Yang baik tentang Malaysia
Malaysia's stock on the rise in South Florida
Malaysia may not be a household name in South Florida yet, but the middle-income, Southeast Asian country is quickly boosting its business profile, a breakfast in Pompano Beach showed Thursday.
Kilik di sini untuk berita penuh
A whirlwind tour of Kuala Lumpur
"For the visitor passing briefly through Kuala Lumpur, the mix of Malay, Indian, Chinese, Thai and other cultures native to Malaysia can be extremely daunting to take in, much less understand in any comprehensive or coherent fashion"
Klik di sini untuk artikel penuh

Friday, April 15, 2005
Happy Sixth Birthday Parti Keadilan !
Oleh Shin Shin
Six years ago on April 4th, 1999, when Parti Keadilan Nasional was first launched in Renaissance Hotel, I was still a teen who surfed to reformasi websites whenever free.
Five years ago, they had their first anniversary dinner in Mandarin Oriental Hotel KLCC, RM 100 per person, Wan Azizah, Allahyarham Fadzil Noor, Dr. Syed Husin and Lim Kit Siang were the honourable guests.
Six years since Keadilan was born out of people power, doi moi and reformasi, yours truly is a registered member in PJ Selatan, but seems like nobody remembers its birthday anymore, except in Indera Mahkota division where Zukri Aksah held a poem recital night in the evening of April 4th, 2005, and was arrested by the police for that. Salute to the heroes !
Parti Keadilan turned 6-year-old 10 days ago. And today, April 14, it was the 6th anniversary since Nurul Izzah's dad was sentenced to so many years of imprisonment.
Now that he is freed, he's busy flying around the world to give lectures. And the crowd once demonstrated every Saturday afternoon demanding for a democratic, open and just Malaysia, were forgotten, and lost their way.
There has been numerous rumours and tragedies. There was a fight between Abim and Anti-Abim gangs. There has been conflicts with Pas and DAP. But has the main vision ever changed ?
Abim gang provided the grassroot support when Keadilan was first established. But for some reasons they opposed to the merger with PRM. Yes, these leftists are against Japan's entry to UN Security Council etcetera, but they too want a free and fair Malaysia like us.
And with centralised economic planning, GLCs' presence in virtually every sector, subsidised fuel, subsidised healthcare and subsidised housing, even Barisan Nasional cannot claim that this very Capitalismised country of ours is a little bit practising Socialism.
Pas and DAP quarrelled because they disagree on Islamic state which Pas insists. While it is true the implementation of Islamic state could be lopsided and its implication far reaching, Pas didn't even contest for 2/3 of all the seats in Parliament which is needed to amend the Constitution, and could only win perhaps 10% of the amount they contest. So why worry ?
In Keadilan, I believe most in the leadership don't oppose to Islamic state as DAP does. While they agree that the aims of an Islamic state is noble, they don't think it can be implemented in a country like ours without causing problems and let some quarters feel discriminated.
And there's seats allocations. Big brothers Pas and DAP always deny Keadilan a chance to contests. Let's be realistic, what's the point clinging onto seats you have been defeated for decades ? Let's stop being the victim everytime the elephants fight. There comes a time when you have to go through the baptism of fire and be your own man, as Raja Petra put it.
Keadilan's profile is somewhere in between the three main parties, Umno, Pas and DAP. That is our strength. We despise the cheapskate racial politicking which Umno cherishes as the Holy Bible. Those "Melayu dalam Bahaya" sitcoms which an "organisasi Melayu professional dalam memperjuangan nasib orang-orang Melayu" held in KL recently makes Malaysians sick.
Malaysia's global competitiveness is falling, while corruption is ballooning. National Research and Development (R&D) allocation is even smaller than Thailand's. The standard of our universities and their academic staffs declining. One more vote for Umno means a step closer to Armageddon.
MGG Pillai said in his article A political party loses its way, some predicted that it would be the end for Keadilan and even DAP if they still fail to make any inroad come next general election in 2008 / 09. Too bad. But I would like to add, if that happens, Malaysia will dissappear from the world very soon too.
Why not. Had it not been Keadilan which liaise and creates understanding between all the different groups, the fundamentalists, the so-called "Cheenas", the leftists, the liberals, the neo-cons and pseudos, Malaysia would have broken apart everytime Barisan comes out with funny irrational policies that pit one group against another.
So why don't we stand up again and fight the common enemy, for the goodness sake of our tanahair, our ibu pertiwi ?
Happy belated 6th birthday, Keadilan, on the 6th anniversary of Black 14.

Sukan Perpaduan Negara Islam pun boleh jadi isu
Dedah aurat: Imej 'khadam dua kota suci' terjejas- Harakahdaily
Alahai PAS, dah takde isu lain yang lebih besar ker? tapi takpelah, aku menghormati kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun itu tidak bermakna pendapat itu tidak boleh dibangkang.

Kontra tulisan Fathi
Akal Fathi tersasar
Saya banyak melihat dan membaca tulisan-tulisan saudara Fathi Aris Omar, dan terbaru ialah PAS mengancam demokrasi. Saya tidak terlalu kisah terhadap tajuk yang dikemukakannya kerana ia hanya mengancam bagi orang yang melihat seperti dia,bukan melihat dengan mata hati al-kitab yang diturunkan oleh Allah Taala.
Saya berminat membaca tulisan beliau berkaitan apa sahaja, tetapi apabila menyinggung ( kadang-kadang mencubit ) isu-isu agama, beliau mula merapu ( tetapi belum sampai tahap dungu ). Kebanyakan tulisan beliau tidak berpijak pada bumi yang nyata. Iaitu di atas bumi ciptaan Allah Taala dengan taklifan yang sangat jelas daripada Allah ke atas seluruh hambaNya, bukan hanya Ulama semata, dengan al-kitab yang diturunkannya serta ditambah dengan ajaran Nabi saw.
Penulis seperti beliau adalah pemuja kepada akal. Jangan silap, akal merupakan alat dan saya setuju itu. Kita tidak meninggalkan akal, tetapi bagaimana wahai saudara penulis, sekiranya akal kita tidak "sebulu" dengan kehendak Allah Taala. Oh! anda tahukah apa kehendak Allah dalam banyak isu-isu agama yang anda singgung? Oh ya! bagaimana hubungan anda dengan Allah?

Wednesday, April 13, 2005
Selamat Tinggal PAS!
huru hara?
Setelah melihat pelbagai telatah lucu, bodoh, anti anak muda, anti demokrasi dan bermacam lagi yang dilakukan oleh satu-satunya parti yang mendakwa sebagai parti Islam di Malaysia. Aku ingin menyatakan di sini bahawa aku telah hilang keyakinan terhadap parti PAS dan berkemungkinan besar tiada lagi undi simpati dan undi kepada parti ini untuk menafikan majoriti 2/3 BN di pilihanraya akan datang. Aku akan hanya menyatakan kembali sokongan dan jaminan undi jika parti yang mendakwa sangat Islam ini dapat memperlihatkan wajah Islam yang lebih progresif dan tidak bersifat tertutup. Selagi mana ia tidak berlaku, hanya PKR dan DAP yang menjadi parti pilihan. UMNO? janganlah harap!!!

PAS mengancam demokrasi
Oleh Fathi Aris Omar
Ketua Pemuda PAS menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas 50 badan bukan kerajaan (NGO) dan lebih 200 individu yang mengirim memorandum agar persoalan ‘moral’ (maksudnya di sini, dari perspektif mereka) dipisahkan daripada pentadbiran negara.
“Jika kerajaan boleh menggunakan (akta) ISA ke atas ahli politik, Al-Arqam, Kumpulan Militan Malaysia (KMM) atas alasan keselamatan negara, maka kerajaan juga boleh menggunakan tindakan undang-undang ke atas kumpulan 50 NGO ini," Salahuddin Ayub dilaporkan berkata (Harakahdaily.net, 7 April).
Beliau juga dilaporkan mendesak dengan tegas agar kerajaan menyiasat dan mendakwa badan-badan bukan kerajaan itu di mahkamah berikutan “tindakan liar mereka yang jelas telah mengancam keselamatan negara”.
Bagi Salahuddin, 50 NGO dan lebih 200 individu itu menyebarkan “pemikiran yang berbahaya kepada akidah dan keselamatan negara”!
Berita ini tidak menyatakan dengan tegas sama ada Salahuddin menggesa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atau akta-akta lain, dikenakan ke atas badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu itu tetapi beliau beberapa kali menyebutkan tindakan mereka itu sejenis ancaman kepada “keselamatan negara”.
Jadi, saya syak gesaan Pemuda PAS itu termasuk penggunaan akta ISA.
Jika PAS boleh menilai dengan lebih tenang, memorandum itu hanyalah permintaan sekelompok ‘masyarakat sivil’ yang tiada kuasa apa-apa, jauh lebih lemah daripada parti politik seperti PAS (yang dikategorikan dalam ‘masyarakat politik’). Sementara peraturan yang mengawal moral itu masih lagi berjalan sekarang (dan tidak ada tanda-tanda untuk dibuang). Memorandum itu tidak ubah seperti sekumpulan kertas lain yang dikirim kepada kerajaan selama ini, yang bakal dibiarkan berlalu begitu sahaja!
Tetapi nampaknya Salahuddin, PAS dan pendukung Islam jenis fundamentalisme tiba-tiba melatah, tenggelam punca dan kaget melulu. Misalnya, kenyataan daripada presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, yang sangat alarmist sifatnya.
Sarat dengan emosi
JIM dilaporkan berkata bahawa beberapa perkembangan, seperti memorandum 50 NGO itu dan saranan mendirikan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), “seolah-olah mencabar ketabahan umat Islam dan kerajaan.” Zaid sendiri dilaporkan berkata, “masalah yang bertubi-tubi menimpa umat Islam begitu menguji jati diri serta kesabarannya.”
Kenyataan dan ulasan pemimpin Islam, dan juga pengguna-pengguna Internet, sarat dengan emosi. Wacana-wacana mereka penuh dengan nada serangan politik, reaktif dan memperlekehkan; bukan membahaskan isu secara ilmiah atau berteori. Sebab itu, pokok persoalan dan perspektif luas tidak diperhitungkan sama sekali.
Kenapa sering kelompok Islam di negara kita (dan di negara-negara lain, juga) menunjukkan kecenderungan dan naluri ini? Yakni, naluri untuk menutup perbincangan atau perbezaan idea (dan nilai hidup) dengan alat-alat kekuasaan seperti polis, undang-undang atau mahkamah.
Sementara diskusi, misalnya kenyataan akhbar atau tulisan di Internet, menjadi tidak jernih, semuanya dibungkus dengan persoalan percaturan kuasa, bukannya perbahasan isu dengan matang, tenang dan luas, misalnya lihat reaksi-reaksi di Harakahdaily.net atau Tranungkite.net.
Perkataan ‘moral’ dan ‘maksiat’ tiba-tiba kental dengan nilai-nilai politik sehingga bertukar ideologi ‘moralisme’ dan ‘maksiatisme’ seperti saya cuba jelaskan sebelumnya, ‘Maksiat’ sebagai wacana politik’ (Malaysiakini.com, 21 Mac).
Kenyataan Salahuddin ini tidaklah menggemparkan saya. Cuma sangat dikesalkan, PAS masih menyimpan seorang pemimpin dungu seperti beliau! Beberapa minggu lalu saya sudah mengulas mentaliti seorang lagi pemimpin muda PAS, Husam Musa, dalam persoalan antara sastera (penulisan kreatif) dan kebebasan bersuara (berpolitik) dalam rencana ‘Puisi dalam trauma bahasa’ (Malaysiakini.com, 7 Mac)
Sikap mereka berdua ini, khususnya Salahuddin, mengingatkan saya pada kenyataan seorang pemimpin kanan PAS (seorang tokoh besar yang disegani ramai), dalam satu pertemuan tertutup yang saya hadiri menjelang pilihan raya umum Mac 2004, yang selama ini sering percaya bahawa pandangan penulis-penulis tertentu (misalnya Astora Jabat atau Farish A Noor) tidak wajar diberikan perhatian atau dijawab.
Bagi dirinya, biarkan pandangan-pandangan itu berlalu begitu sahaja. Maksudnya, tokoh ulama PAS ini beriman bahawa jangan sekali-kali terbabit dalam diskusi awam (melalui media). Tetapi ia senang sekali menggesa agar orang lain dikenakan tindakan undang-undang!
Parti Islam ini rupa-rupanya telah menjadi sarang pembiakan anasir-anasir beremosi dan anti-demokratik (sengaja tidak mahu menyebutkan kata ‘radikal’) tetapi berpura-pura menggunakan mekanisme demokrasi, misalnya pilihanraya dan berdebat di dewan-dewan perwakilan.
Maka tidak hairan, sama ada gerakan mahasiswa Islam di kampus-kampus atau aktivis-aktivis Islam awal-awal lagi diajar untuk melihat demokrasi sebagai ‘alat’ semata-mata; bukan matlamat dan penghayatan nilai hidup. Demokrasi sekadar ‘binatang tunggangan’ dan akan digantikan dengan nilai serta hukum hidup yang anti-demokrasi sebaik sahaja mereka mencapai kekuasaan.
Berfikiran tertutup
Di peringkat yang lebih serius, puak-puak Islam akan melancarkan satu siri hujah yang menunjukkan demokrasi dan hak-hak asasi itu ada batasan-batasannya. Misalnya tiga pandangan (terkini) berikut: Dr Lo’lo’ Mohamad Ghazali, timbalan ketua Dewan Muslimat PAS, bertajuk ‘Undang-undang mengawal moral individu: Sampai mana batas hak asasi?’ (Harakahdaily.net, 8 April), Roslan SMS, ‘Jangan kira PAS atau Umno: Bangkit pertahankan Islam’ (laman weblog peribadi, 25 Mac) dan surat bertajuk ‘Jawatankuasa Kaukus Parlimen letak hak asasi lebih tinggi daripada agama’
, Harakahdaily, 7 April)
Daripada wacana-wacana popular di Internet, ditampung dengan perbualan-perbualan dengan aktivis, jelas sekali menunjukkan versi Islam yang mereka anuti itu telah menyebabkan mereka berfikiran tertutup, anti-demokrasi dan lebih cenderung berorientasikan kuasa (negara), bukan hujah ilmu, kajian dan dakwah dalam persaingan suara-suara (di luar kerajaan)?
Sebab itu, golongan bukan ulama (misalnya profesional atau berpendidikan bukan agama) tiba-tiba jatuh merudum taraf keilmuan dan intelektualisme mereka dalam seni berhujah secara terbuka (melalui artikel di Internet, contohnya).
Golongan ini lebih sibuk berlagak ulama, kononnya berlumba-lumba menunjukkan kedalaman fahaman agama mereka dengan kutipan-kutipan al-Quran dan hadis, tetapi dangkal sekali kefahaman tentang hal-hal (juga, pengetahuan) semasa. Baca kembali tulisan Dr Lo’ Lo’ di atas (Harakahdaily.net, 8 April) yang (jika kita tidak mengenalinya) akan menyangka dia itu seorang ketua atau anggota Dewan Ulama PAS!
Apa yang disebut “ulama” dalam PAS atau di negara kita umumnya mereka yang tidak boleh membaca teks-teks Inggeris (atau lebih senang membaca teks-teks berbahasa Arab). Sementara golongan bukan ulama pula tiba-tiba turut menyarung jubah dan berserban juga, kononnya ingin berlagak “tuan guru”!
Sepatutnya mereka inilah yang meneliti persoalan-persoalan demokrasi, sekularisme, pasca-modenisme dan hak asasi (selalunya buku-buku dalam bahasa Inggeris, Jerman atau Perancis lebih maju dan perinci wacananya, berbanding Arab) dengan mendalam tetapi, sayang sekali, soal-soal itu juga diabaikan!
Jadi, muncullah tokoh-tokoh muda seperti Salahuddin Ayub, Husam Musa atau Dr Lo’ Lo’ Ghazali yang berpura-pura memahami agama tetapi dangkal sama sekali (malah, sinis) pada persoalan kontemporari.
Malah, ganjil sekali, semakin cepat mereka melaporkan persoalan-persoalan agama ini kepada polis (misalnya, dua laporan ke atas Astora Jabat pada awal bulan ini oleh PAS Pulau Pinang dan Negeri Sembilan), atau mengeluarkan kenyataan seperti Solahuddin Ayub, maka akan kelihatan semakin tinggi tingkat iman mereka di sisi kelompok ini.
Tetapi ada satu disiplin dalam gerakan Islam yang diabaikan oleh pemimpin-pemimpin ini: “akan hancurlah Islam itu satu persatu apabila umat Islam itu hanya mengenali agama mereka, tetapi tidak mengenali jahiliyyah (baru).” Kata-kata ini sering dikaitkan dengan hadis atau idea sahabat Nabi (saya tidak dapat pastikan).
Berkhayal atau tidur
Kita hairan budaya organisasi atau budaya kelompok yang bagaimana yang memunculkan dan bergerak dalam PAS sehingga seseorang yang berpendidikan bukan agama tiba-tiba ghairah berlagak ‘maha guru’. Sementara bidang-bidang yang seharusnya mereka geluti dan dalami (untuk menguatkan hujah-hujah ilmu kontemporari) tidak pula sungguh-sungguh-sungguh diberikan perhatian.
Ketidak-seimbangan inilah yang mezahirkan imej betapa lemahnya PAS untuk mendepani persoalan-persoalan demokrasi, hak asasi, pembangunan negara, feminisme, agama, kebebasan kreatif, homoseksualiti dan menghadapi globalisasi. Selain tidak demokratik dan bakal meruntuhkan demokrasi kita (yang sedia sempit), agama dalam perspektif PAS ini senang sekali memundurkan orang Melayu. Saya melihat gejala ini dengan rasa penuh debar. Na’uzubillahi min zalik!
Ada satu contoh klasik betapa berbahayanya sikap dan orientasi bergerak kumpulan-kumpulan Islam di negara kita. Banyak sekali buku-buku baik tentang hadis (atau menjelaskan aspek-aspek asasi ilmu hadis) diterbitkan selepas (dan sebagai reaksi balas) terhadap karya Kasim Ahmad yang diharamkan, Hadis: Satu penilaian semula.
Dengan kata lain, kita memerlukan seorang Kasim dan bukunya itu untuk mengembangkan ilmu-ilmu asasi yang sangat dekat dengan pemikiran dan wacana umat Islam. Kalaulah mereka tidak digemparkan oleh sikap tokoh pemikir sosialis-sastera ini, maka belum tentu kita dapat membaca buku-buku hadis tersebut!
Sama ada kita bersetuju atau tidak, tekanan 50 NGO itu telah mendorong PAS Wilayah Persekutuan untuk menganjurkan “ekspedisi dakwah di Bukit Bintang dan Bangsar”. Jika tidak ada apa-apa ‘kegemparan sosial’ (pada perspektif mereka), PAS lebih suka berkhayal atau tidur!
Mentaliti dan orientasi bertindak yang reaktif dan emosional sebegini, apatah lagi anti-demokrasi dan anti-debat, yang boleh memundurkan orang Melayu. Islam hanya sekadar topeng untuk menutup rasa malas berfikir, mengkaji dan bergerak kelompok-kelompok agama kita. (Ehsan Malaysiakini.com, 11 Apr 2005)
Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (11 April 2005). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com
Sila klik di sini untuk membaca artikel Fathi Aris Omar di laman web Ummah Online

Semua layak mengulas Islam
Oleh Fathi Aris Omar
Ketika seorang penulis ingin mengupas satu isu Islam, tidak lama dulu, Farish A Noor dan saya dihubungi melalui e-mel. Dia ingin bertanya beberapa hal agar menjadi lebih jelas. Berhati-hati sekali penulis bukan Islam itu cuba ‘mencampuri urusan’ yang dianggap berhubungan dengan orang Islam.
Walaupun kami tidak berdiskusi lanjut, tetapi Farish dan saya sepakat bahawa bukan Islam harus lebih yakin, berani dan aktif mengupas isu-isu orang Islam dalam konteks demokrasi. Sikap yang terlalu berhati-hati (psikologi) dianggap tidak sihat, pada hemat saya, walau sikap teliti dalam mengkaji, berfikir dan berhujah itu dalam semua bidang (bukan hanya agama) sentiasa mustahak.
Masyarakat bukan Islam ada ‘suara’ dan ‘hak’ dalam kehidupan bersama dengan orang Islam. Interaksi ini sama sahaja seperti berjual beli di pasar atau minum di restoran, kenapa pula harus dipisah-pisahkan antara Islam atau bukan Islam? Bezanya, sesuatu tulisan atau pandangan itu bersifat komunikasi akliah dan ideologi, bukan hanya interaksi antara peribadi atau fizikal.
Tidak ada salahnya orang bukan Islam mengupas atau menunjukkan sikapnya dalam urusan kehidupan orang Islam. Soal kejahilan atau salah faham mereka terhadap Islam tidak timbul. Yang penting dia menyatakan pandangannya dengan rasional dan matang, maksudnya bukan dengan sengaja bertujuan menghina atau memprovokasi ketegangan (fizik).
Saya sebut ‘ketegangan fizik’ (keganasan) di sini kerana alasan ‘menyinggung perasaan’ atau ‘menghina’ itu sangat cair, nisbi dan subjektif. Alasan-alasan ini mudah pula diperalatkan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Tetapi ketegangan fizik itu, apa pun alasannya, tidak boleh dipersetujui sama sekali.
Saya sudah lupa jawapan tepat kami berdua kepada teman itu tetapi kira-kira begitulah sikap Farish dan saya. Pendirian yang sama kami kongsi dalam persoalan masyarakat Islam sendiri, yakni tanggapan popular bahawa, kononnya, seseorang ‘bukan ulama’ itu tidak layak mengupas isu-isu agama.
Baru-baru ini, apabila meledak isu serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dan kemudiannya memorandum bantahan daripada lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa ratus individu, isu ini berbangkit lagi. Berkumandang kembali gema bahawa orang bukan Islam ‘tidak layak’ menyatakan apa-apa, atau menentukan sikap, tentang amalan masyarakat Islam.
Berinteraksi idea
Tidak lama dulu, sewaktu muncul kontroversi kata-kata mencarut oleh seorang pembaca di laman weblog Jeff Ooi, kedengaran lantang sekali pendirian ini. Begitu juga sewaktu kontroversi tentang azan di sebuah surat berita Majlis Peguam. Sudah lama hal ini ingin dijelaskan tetapi sewaktu meledak isu-isu berkenaan, saya baru sahaja mengupas isu seumpamanya dalam artikel-artikel ‘Ulama bukan tongkat Musa’ (Malaysiakini, 27 April 2004) dan ‘Ruang awam: Kemelut puak Islam’ (17 Mei 2004) ‘
Beberapa Muslim berasa ‘terganggu’ apabila ada orang bukan Islam menulis atau mengupas isu-isu Islam, misalnya Amir Hamzah Amha dalam suratnya ‘Jawi bad, non-Muslims wrong, youths misguided’ (Malaysiakini, 28 Jan) Tulisnya: “She would do well to be reminded that non-Muslims lack the 'locus standi' to discuss issues pertaining to Islam. The learned amongst the Muslims should be the ones to do this. Similarly, a Muslim may not interfere with matters concerning other faiths.”
Sementara yang terbaru, Rozmal Malakan menulis: “Ini adalah pandangan saya untuk semua rakyat di Malaysia ini, jangan campuri urusan agama lain” dalam suratnya, ‘Serahkan urusan keagamaan kepada pakar’ (Malaysiakini, 1 April)
‘Pakar’ di sini maksudnya: “…mereka yang arif dalam agama masing-masing dan bukannya daripada mereka yang lantang menyuarakan pendapat tanpa mendalami atau mempelajari ilmu-ilmu agama itu melalui saluran atau tempat pengajian yang sepatutnya.” (perenggan terakhir)
Tetapi dia boleh bersetuju pula jika hal-hal keagamaan (Islam atau bukan) ditangani oleh birokrasi negara. Tulis Rozmal lagi: “Begitulah juga dengan masalah mendirikan rumah ibadah penganut agama masing-masing. Pihak berkuasa tempatan haruslah mengambil kira sensitiviti setiap penganut agama untuk mereka mendirikan rumah ibadah mereka. Faktor kepadatan penduduk setiap agama, haruslah diambil kira agar kelulusan yang diberikan itu bersifat rasional.”
Apakah dia sedar bahawa urusan birokrasi itu, dalam suratnya ‘pihak berkuasa tempatan’, mesti terdedah kepada proses perdebatan awam? Dengan itu, akan muncul reaksi atau sekurang-kurangnya minat untuk berinteraksi idea dalam hal-hal yang bukan urusan agama masing-masing (seperti yang beliau sarankan di atas tadi) kerana wilayah pentadbiran negara sememangnya ruang bersama.
Begitu juga pandangan seorang penulis yang memperkenalkan dirinya ‘Dr Jentayu’ dalam ‘The problem with Islam’ (Malaysia Today, 28 Mac). “The call by these NGOs is also unprecedented because it is probably the first time non-Muslims specifically try to dictate how Muslims should practice their religion,” tulisnya.
Tidak jauh cara pandangnya dengan Amir, Dr Jentayu menambah: “The notion of religious freedom in Malaysia has always been conducted with the understanding that the followers of each religion are allowed to practice their religion as they understand it.”
Model negara Islam
Ketiga-tiga pandangan ini, oleh kerana terlalu berdekatan dan selari, seolah-olah datangnya dari satu fikiran sahaja atau ditulis oleh ‘orang yang sama’! Jika kita teliti dengan lebih halus, cara berfikir mereka ‘sejalur’ sahaja dan tidak dapat meletakkan konteks atau dinamika sosial dalam sudut-sudut perbahasan yang jamak dimensi.
Sangat-sangat sering orang Islam terfikir, walauPUN jarang disedari mereka, bahawa agama Islam sejenis alat hegemoni untuk ditimpakan ke atas orang lain, khususnya orang bukan Islam atau bukan ulama. Tanpa disedari, konsepsi zimmi atau ‘orang awam’ masih cukup sering digunakan setiap kali membahaskan model negara Islam dan kedudukan orang bukan Islam (dan bukan ulama) di dalamnya.
Walaupun tidak lagi menyebut istilah itu, dalam konteks-konteks yang lain (misalnya tiga penulis di atas), tetapi model berfikir seumpama itu melekat kuat sekali dalam fikiran orang Islam. Model ini datang daripada asuhan minda yang diterima sejak kecil bahawa ‘Islam itu satu-satunya agama yang benar di sisi Tuhan’. Agama-agama lain semuanya, kecuali beberapa hal dalam tradisi semitik, ‘sesat’.
Orang yang memakai kaca mata berfikir seperti ini tidak sedar bahawa wacana itu hanya relevan untuk dirinya dan sesama orang Islam sahaja. Apabila dipindahkan kepada persoalan di luar diri mereka, yang membabitkan kehidupan bersama dengan penganut agama-agama lain (atau tanpa agama), wacana itu sudah tidak sah. Wacana itu bersifat ‘pandangan ke dalam’ (eksklusif). Wacana baru, atau cara pandang ‘lain’, pula yang harus dipakai – yakni, perkongsian dalam ruang hidup bersama. Wacana yang ‘baru’ ini bersifat ‘pandangan ke luar’ (inklusif).
Orang Islam seperti Dr Jentayu (kerana identitinya tidak jelas, saya agak sahaja) atau Amir Hamzah Amha (hanya diukur pada nama) berdepan dengan masalah ini, kegagalan untuk menukar cara pandang. Cara berfikir dan melihat isu secara tidak anjal. Cara pandang seumpama ini sering ada pada orang yang beriman pada ‘ketuanan Melayu’ atau kelompok ultra-nasionalis di mana-mana pun. Yakni, orang lain di luar kelompok (the other) dipandang tidak setara atau bukan rakan dialog, tetapi berada di hirarki lapisan bawah dan wajar ditundukkan (di bawah hegemoni).
Cuba bayangkan rasa ‘rimas’ pada Rozmal sehingga beliau terpaksa menulis: “Apabila saya menulis artikel mengenai isu agama Islam ramai yang memberi komen, hinggakan apabila ramai orang Islam sendiri yang memberi komen, orang bukan Islam pun turut sama memberi komen. Ini adalah pandangan saya untuk semua rakyat di Malaysia ini, jangan campuri urusan agama lain.” Nadanya tidak jelas, sama ada dia ingin mempertahankan dirinya sendiri (apabila rasa tersudut dalam wacana) atau mempertahankan agamanya.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana ‘indahnya’ Islam jika jenis pandangan seumpama ini dijadikan wacana popular di negara kita – maksudnya ‘keeksklusifan wacana’, apatah lagi dengan maksud hegemoni, untuk sesuatu golongan agama (atau kaum sahaja). Pandangan sebegini membenarkan tesis Samuel Huntington, bahawa ‘ketuanan’ (supremacy) inilah yang akan menyebabkan Islam bakal berkonflik dengan banyak kebudayaan dan gaya hidup yang bertentangan dengannya kerana agama ini tidak bersedia hidup bersama (co-existence) dengan orang lain tetapi kuat sekali kegilaan untuk mendominasi orang lain.
Seorang pemimpin muda PAS yang dianggap ‘terbuka’, Husam Musa, percaya pada jenis hegemoni seperti ini. Lihat wawancara dengannya, ‘Melalui globalisasi, hegemoni Islam dapat direalisasikan’ di Ummahonline.com (1 Nov 2004) Dan pastilah, bukan hanya Husam seorang diri yang menganut faham ini. Beliau hanya mengolah kembali pandangan umat Islam, khususnya dalam PAS.
Pertembungan peradapan
“Kita boleh mengambil kesempatan ini [globalisasi] untuk menimbulkan semula hegemoni Islam melalui proses globalisasi yang berlaku sekarang. Dalam zaman globalisasi yang dicorakkan oleh Islam dulu, kita tidak mengenali perbezaan sempadan negara-bangsa,” kata Husam. Namun, saya sendiri tidaklah menerima tesis ‘pertembungan peradaban’ ala Huntington ini.
Orang Islam – yang mulai sedar agama dan berpolitik – belum berjaya merumuskan sikap ‘baru’ dan ‘berbeza’ daripada pandangan klasik tentang agamanya sendiri. Tokoh muda seperti Husam (yang belajar ekonomi) sedar realiti-realiti yang berubah dan, malah, menyeru agar umat Islam turut menyedari kenyataan-kenyataan yang berubah pantas itu. Tetapi tiba-tiba mengajak kita kembali kepada ‘zaman silam Islam’ (model kerajaan khalifah). Apakah ini maksudnya memberikan pakaian kontemporari di atas jasad sejarah Islam?
Saya kira, cara pandang ini sejenis ‘krisis minda’ atau ‘ketakutan’ untuk keluar daripada kepompong. Amir Hamzah, Rozmal dan Dr Jentayu (dinilai daripada keupayaan berbahasa Inggeris) juga tentunya arif tentang adanya realiti-realiti yang berubah tetapi tidak menyedari struktur binaan fikiran mereka sendiri masih lagi ‘klasik’ dan kaku sekali.
Pada hemat saya, wujud ‘paradoks berfikir’ pada orang Islam yang percaya pada kesyumulan agama. Di satu sisi, mereka menarik agama ke tengah-tengah ruang awam, ruang bersama orang Islam dan bukan Islam, ruang bersama ulama dan bukan ulama. Mereka yakin Islam itu satu gaya hidup yang lengkap dan sempurna seperti tulis Dr Jentayu: “For many non-Muslims, religion is personal matter pertaining to one’s relationship with one’s Creator. For Muslims, religion is a system of belief that touches on all facets of life.”
Tetapi apabila persentuhan ruang-ruang kepercayaan di pentas sosial itu cuba dikritik atau diulas oleh orang lain (bukan Islam atau bukan ulama), mereka tiba-tiba tidak senang. Jadi, mereka fikir pelaksanaan hal-ehwal agama itu sesuatu yang tidak memerlukan campurtangan manusia? Manusia hanya menjadi objek pelaksanaan hukum dan nilai hidup? Manusia bukan peserta aktif yang layak mempertikaikan makna atas pengalaman budaya mereka? Agama seperti ini hanya layak dalam ruang peribadi, tidak layak masuk ke ruang awam, ke ruang birokrasi, ke ruang bersama!
Namun, jika Islam itu dipaparkan sebagai agama yang boleh memerintah orang lain sewenang-wenangnya, atau berbuat apa sahaja mengikut kesukaan penganutnya, tanpa boleh diulas atau dikritik oleh orang lain, ternyata tebal sekali naluri kediktatoran atau totalisasi agamawan ke atas orang lain. Mereka mahu menekan nilai-nilai mereka ke atas orang lain tanpa mengizinkan orang lain bersoal jawab.
Padahal semua reaksi, kritik atau ulasan masih boleh dijawab oleh mereka (Islam) sebagai komunikasi dinamik dalam kemajmukan sudut pandang (plurality of voices) – kenapa pendekatan ini ingin dimatikan oleh Amir Hamzah, Rozmal dan Dr Jentayu? Saya tidak faham versi agama yang bagaimana yang mereka anut kerana al-Quran menggesa umat Islam: “berdebatlah dengan mereka secara baik-baik” dan “tunjukkanlah teladan yang baik (kepada manusia)”. Saya telah cuba gambarkan permasalahan ini dalam artikel panjang (lima siri), ‘Kritik agama untuk Islam sivil’ (30 Mac) di sebuah laman web.
Naluri untuk menyekat diskusi terbuka (sama ada politik, kaum atau agama) bertentangan dengan demokrasi, dan oleh itu, tidak harus dibiarkan berkembang. Naluri ini tidak majmuk pandangan dan penghalang utama keberagaman cara untuk mencapai iman.
Naluri ini tidak memungkinkan kita hidup bersama (co-existence). Ia bertujuan mencipta kelas-kelas masyarakat, bukan hanya pentas ekonomi, dengan dalih monopoli atas tafsir agama – seolah-olah mereka baru beberapa minit sahaja keluar dari Gua Hira’! Cara fikir seumpama ini, pada hemat saya, tidaklah Islamik.
Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (4 April 2005). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com

Tuesday, April 05, 2005
Fikir dan bincang-bincangkan
Sila klik di sini untuk membaca artikel yang bertajuk 'Two countries' contrasting tales'
Artikel ini wajib dibaca jika kita ingin membuat penilaian yang lebih terperinci terhadap negara kita. Aku amat sedih melihatkan sikap mereka yang ikut mengkritik dan menghentam secara taklid negara kita dan kerajaannya.
Walaupun aku lebih condong kepada pembangkang, namun itu tidak bermaksud aku perlu menolak terus segala pandangan pihak kerajaan dan segala dasar-dasar yang diterapkan tanpa mengkaji pro dan kontranya terlebih dahulu.
Kita perlu mewujudkan keadaan di mana-mana rakyat harus lebih matang dan bersikap adil di dalam menilai sesuatu. Namun persoalan yang asas, beranikah kerajaan untuk membuka pintu demokrasi yang lebih luas dengan menjamin kebebasan media dan tindakan yang seumpamanya.

Golongan anti Siti, bila lagi nak mengutuk Siti
Malaysian songstress Siti Nurhaliza basks in triumph after London performance
AWARD SHOW: Siti’s star still shines
Kesungguhan dan kesabaran yang ada pada Siti Nurhaliza yang aku cukup yakin akan menjadi legenda yang akan dikenang sampai bila-bila merupakan suatu contoh dan model yang perlu diikut oleh rakyat Malaysia. Beliau merupakan ikon zaman mudaku yang aku boleh banggakan untuk diceritakan kepada anak-anak cucu kelak jika dipanjangkan umur.
Kejayaan yang diraih sepanjang penglibatan beliau di dalam arena hiburan cukup untuk aku membuat kesimpulan bahawa ianya seperti kisah dongeng moden. Pakej yang dimiliki beliau amat sempurna dan amat sukar untuk mencari kelemahan yang besar. Aku cukup yakin bahawa sang punya diri juga pasti masih terawang-awang dengan apa yang telah dikecapi selama ini.
Berjayanya konsert beliau di London dan kejayaan merangkul Anugerah Bintang Popular dengan mendapat undi yang cukup banyak merupakan antara puncak kejayaan di dalam kerjaya beliau. Kecekalan dan kesabaran beliau untuk mengenepikan dan tidak memperdulikan segala tohmahan dan fitnah yang tidak berasas daripada golongan-golongan yang iri hati sewajarnya mendapat pujian. Jelas beliau telah memiliki dan menghayati nilai-nilai 'Melayu Baru' yang menolak segala sifat-sifat 'keji' manusia 'Melayu Lama'.
Aku amat teruja untuk melihat respon golongan-golongan anti Siti yang sebahagiannya berselindung di sebalik nama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan lain-lain di atas pencapaian terbaru ini. Masihkah mereka tetap membenci Siti atas dasar peribadi dan sebagainya? Tidakkah terbuka minda mereka untuk mengiktiraf kejayaan Siti dan mengkritik beliau pada tempatnya? Bolehkah mereka berhenti mengutuk dan membuang sifat-sifat 'keji' yang masih menebal di dalam diri.
Aku amat berharap kepada mereka-mereka yang suka mengutuk dan mengeji individu-individu yang tidak disukai (bidang hiburan) seperti sebagai contoh Siti, Yusof Haslam, Erra dan lain-lain supaya dapat membuat kritikan yang membina dan bersikap professional. Jangan dicampur-adukkan hal-hal yang bersifat privasi dan peribadi di dalam menilai hasil kerja seseorang. Aku walaupun secara peribadi tidak berapa menyukai Erra dan Yusof Haslam, tapi tidaklah sampai mengeji keduanya sebagai sampah, bodoh dsb. Sebaliknya aku lebih gemar untuk mengkritik hasil kerja atau mutu lakonan mereka.
Jadi, buanglah sifat hasad dengki yang begitu kuat dan jauhkan ia daripada menjadi sebahagian daripada cara hidup kita. Jadilah seperti Ayumi Hamasaki dan Utada Hikaru yang bersaing secara sihat. Mari semaikan sikap rasional di kalangan peminat hiburan tanahair baik mereka yang anti atau pro Siti.

Subscribe to:
Posts (Atom)