Sunday, July 17, 2005

Farish A. Noor di The Sun weekend

Pulang dari Temasek (nama lama Singapore) dan ketika ingin melelapkan mata seketika sebelum kembali bertugas demi buku Harry Potter terbaru, aku mendapat sms daripada seorang rakan seperjuangan, Shin Shin yang memberitahu tentang adanya temuramah menarik bersama Farish Noor di akhbar The Sun.

Dengan pantas aku terus menuju ke kedai berhampiran tanpa perlu menunggu waktu kerja bermula(lazimnya aku mengambil free copy di hadapan Borders). Untuk pengetahuan, aku menjadikan akhbar The Sun Weekend sebagai bahan bacaan wajib hujung minggu selain daripada Sunday Times, Mingguan Malaysia dan Sunday Star.

Aku cukup yakin pandangan yang dilontarkan beliau akan disetujui dan juga sebaliknya kerana itulah lumrah alam. Setuju atau tidak, sila baca dahulu dan bincang-bincangkanlah dengan rakan-rakan terdekat dengan rasional dan matang agar masyarakat kita akan menjadi lebih terbuka dan berbudaya ilmu.

read more…]

No comments: