Sunday, July 31, 2005

Tahniah Nicol!



Kejayaan Nicol David menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia sekaligus menjadi pemain tempatan pertama menjuarainya dalam tempoh 30 tahun amat membanggakan. Beliau yang merupakan pemain ketiga dunia telah menewaskan pemain nombor satu dunia, Rachael Grinham dari Australia di peringkat separuh akhir dan Vanessa Atkinson dari Belanda yang merupakan juara dunia dan pemain ranking kedua dunia di dalam perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan telah berlangsung sdalam keadaan sengit dan amat mendebarkan.

Sebelum kejayaan ini, Nicol David telah merangkul pingat emas di Sukan Dunia di Jerman dengan menewaskan Rachael Grinham. Untuk pengetahuan, Sukan Dunia yang mempertandingkan sukan-sukan bukan olimpik adalah sama taraf dengan Sukan Olimpik yang mempertandingkan acara-acara olimpik (skuash dan beberapa sukan lain seperti karate gagal dalam usaha untuk memasukkannya ke dalam temasya Olimpik 2012 baru-baru ini) . Namun begitu temasya sukan yang masih baru ini masih belum mendapat banyak pengiktirafan dan aku difahamkan tiada insentif yang disediakan di bawah skim hadiah kemenangan sukan untuk pemenang pingat di temasya sukan ini.

Kemenangan beliau membuktikan segala usaha dan pengorbanan beliau selepas episod sedih kekalahan di Sukan Asia 2002 telah membuahkan hasil. Aku pernah agak skeptikal dengan beliau setelah melihat kegagalan Ong Beng Hee untuk mara lebih jauh dan prestasi pemain-pemain skuash negara yang agak stagnant. Namun begitu beliau dan juga Azlan Iskandar yang telah meningkat permainannya telah membuktikan aku salah dan diharap pemain-pemain lain seperti Sharon Chai, Tricia Chuah, Delia Arnold, Siti Munirah dan lain-lain juga dapat membuktikan sesuatu. Apapun, sekalung tahniah buat Nicol dan SRAM!

Kejohanan Skuasy Asia 2002

Aku masih mengingati episod sedih kekalahan Ong Beng Hee ke atas Mansoor Zaman di dalam acara berpasukan di mana ketika itu Malaysia tumpas 0-3 di Kejohanan Skuasy Asia 2002 diadakan di Pusat Skuasy Nasional. Kekalahan ini telah menghalang Malaysia daripada menyapu bersih kesemua empat gelaran yang dipertandingkan dan kejohanan ini juga merupakan kali terakhir aku menonton skuasy di arena. Amat malang aku gagal hadir untuk menyaksikan detik-detik indah Nicol David di tempat yang sama kerana urusan kerja.

WISPA
Nicol akhiri penantian negara
David Does It Again In KL

No comments: