Hari keempat, 4 Oktober, Siem Reap
Bangkit dari tidur agak lewat mungkin disebabkan kepenatan berjalan dan berpuasa yang belum hilang. Memulakan perjalanan kira-kira pukul 9 pagi dan aku memutuskan untuk mengikut laluan walking tours yang dicadangkan Lonely Planet minus ada beberapa tempat yang aku akan skip. Destinasi pertama adalah Psar Thmei yang luarannya indah dan dalam masa sama juga kelihatan lusuh;
Psar Thmei
The dark-yellow Art Deco Psar Thmei is also to as th Central Market, a reference toits location and size.The central domed hall resembles a Babylonian ziggurat and some claim it rank asone of the largest domes in the world. It has fou wings filled with stalls selling gold and silver jewellery,antique coins, fake name-brand watches,clothing and other such items- Lonely Planet Travel Guide
Tiada apa yang dibeli di sini kerana menurut semua buku travel guide, peniaga di sini terkenal dengan meletakkan harga yang sangat tinggi ala Petaling Street. Setelah puas meninjau-ninjau aku menuju ke mall yang agak ‘gempak’ di sini, ‘Sorya Shopping Centre’ yang dipenuhi dengan peniaga dan anak-anak muda Phnom Penh yang majoritinya berkulit cerah iaitu kaum Cina Cambodia. Tiada apa yang begitu istimewa di sini melainkan udara dingin air-cond buat penyejuk badan.
Satu-satunya mall di Phnom Penh
Setelah melihat sisi ‘moden’ Phnom Penh, aku meneruskan berjalan kaki walaupun cuaca begitu panas kerana melalui cara ini sahajalah aku dapat menyelami sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat dengan lebih baik. Melintasi stesen keretapi yang indah seni binanya sebelum berehat di taman di hadapan National University of Management dan kesempatan ini digunakan untuk melihat gelagat pelajar universiti di sini. Satu yang pasti hampir majoriti pelajarnya berkulit cerah dan ini menimbulkan rasa sangsi yang mana aku pendam dahulu sambil menanti bahan/sumber yang boleh dirujuk kemudian.
Setelah berehat dan melihat-lihat peta secara sembunyi, aku menuju ke Wat Phnom yang sentiasa dipenuhi penduduk tempatan untuk bersembahyang dan kemudiannya melintasi Kedutaan US yang kelihatan gah berbanding bangunan di sekeliling. Sepanjang perjalanan menuju Riverfront aku melalui kawasan Old Market dan di sini kemiskinan ekstrem seperti di Old Manila di Filipina dapat dilihat dengan jelas dan majoriti daripada mereka berkulit sawo matang ala aku.
Setelah berehat dan melihat-lihat peta secara sembunyi, aku menuju ke Wat Phnom yang sentiasa dipenuhi penduduk tempatan untuk bersembahyang dan kemudiannya melintasi Kedutaan US yang kelihatan gah berbanding bangunan di sekeliling. Sepanjang perjalanan menuju Riverfront aku melalui kawasan Old Market dan di sini kemiskinan ekstrem seperti di Old Manila di Filipina dapat dilihat dengan jelas dan majoriti daripada mereka berkulit sawo matang ala aku.
FDI dari Malaysia
Sambil berjalan-jalan dan mengambil gambar di sekitar Riverfront, aku disapa seorang lelaki mat saleh berumur yang menunggang basikal. Sangka aku dia ingin menanya arah dsb, sebaliknya ia bertukar menjadi perbualan berat yang berlangsung hampir sejam. Menurutnya dia menegur aku kerana inginkan kepastian sama ada aku pendudukl lokal atau sebaliknya kerana pada pandangannya, aku kelihatan inteligen (kembang sikit, hehe) berbanding yang lain (sawo matang). Aku bersetuju dengan pemerhatiannya kerana banyak Mat Saleh bertanya aku dari mana dan walaupun kulit dan wajah seakan sama, mereka berpendapat mudah membezakan aku (kajian kes) dengan penduduk lokal kerana wajah mereka seakan lesu dan tidak memperlihatkan tahap pembacaan yang baik. Entah betul atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Apa yang pasti penduduk lokal gagal membezakan sebaliknya mat saleh mudah membezakan.
Berbalik kepada perbualan aku tadi, mulanya menyentuh tentang khabar angin hak kutipan tiket Angkor Wat yang diberikan kepada syarikat dari Malaysia yang mana aku sendiri tidak boleh memastikan kesahihan faktanya. Apa yang aku tahu hak itu diberi kepada syarikat petroleum Cambodia, Sokimex. Seterusnya kami memasuki isu-isu politik di sekitar Asia Tenggara dari Thailand, Myanmar, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Malaysia serta peranan orang Cina di rantau ini.
Menurut katanya, dia pernah menetap selama 5 tahun di Pulau Pinang 15 tahun lepas membuat kajian tentang peranan etnik Cina di rantau Asia Tenggara. Dia yang membahasakan dirinya sebagai Mr Francis berasal dari USA dan telah menghabiskan banyak masa di rantau ini membuat kajian dsb dan dan dia boleh dihubungi di francisescaulier@cs.com
Apa yang pasti sedikit sebanyak persoalan awal aku tentang mengapa hampir semua peniaga dan pelajar universiti berkulit cerah terjawab. Menurut Mr. Francis, etnik Cina telah membolot segala-galanya di sini dan etnik Khmer yang merupakan majoriti amat tertinggal dari semua segi (seolah-olah Malaysia sebelum 13 Mei). Menurutnya lagi, etnik Cina berjaya melalaikan etnik Khmer dengan membuka kasino, pusat perjudian, pelacuran dan karaoke seperti mana yang pernah berlaku juga di Malaysia.
Apabila menyentuh tentang Malaysia, Mr Francis memuji Malaysia kerana kemajuan dan pembangunan yang dikecapi dan di dalammasa yang sama Mr Francis memuji kaum Melayu kerana tidak melepaskan kuasa politik kepada kaum Cina. Pada pandangannya, jika tragedi 13 Mei tidak berlaku orang Melayu pasti akan menjadi pengemis di negeri sendiri dan Mr Francis juga menyalahkan British yang membawa masuk etnik Cina dan India apabila orang Melayu menentang untuk bekerja dengan mereka di ladang-ladang dan lombong-lombong. Satu interpretasi sejarah yang aku baru tahu dan inginkan kepastian tentangnya kerana selama ini kita diberitahu orang Melayu malas untuk bekerja berat dengan penjajah ini dan oleh sebab itulah imigran asing terpaksa dibawa masuk.
Perasaan aku agak bercampur baur ketika itu kerana mungkin cuaca yang agak panas dan mengenangkan masalah antara orang Melayu dan Cina yang tidak pernah berkesudahan. Membaca laporan Malaysiakini pada , aku agak terganggu dengan pandangan seorang speaker yang seolah-olah mencabar kaum Melayu dan menggalakkan orang Cina mencari ‘better solution’ dan jika itulah pandangan majoriti orang Cina (aku bersikap optimis bahawa Beliau merupakan minoriti), ini bermakna negara Malaysia ini merupakan persinggahan mereka sahaja sementara menanti tempat persinggahan yang lain. Walaupun seorang lagi speaker tidak bersetuju dengan pandangan Beliau, aku merasakan sekelompok masyarakat Cina harus lebih realis dan cuba memahami asal-usul negara ini sebelum membuat tuntutan yang bukan-bukan. Walaupun secara peribadi aku menginginkan negara Malaysia yang berteraskan bangsa Malaysia, ia sukar dicapai selagi dua kelompok yang menjadi batu penghalang kepada usaha murni ialah ekstremis korporat Cina dan juga ekstremis korporat Melayu menjadi jurucakap kaum masing-masing. Mereka inilah kelompok yang bersaing kerana wang semata-mata dan di dalam masa yang sama membawa nama kaum sebagai sandaran memain emosi.
Satu lagi tesis yang dinyatakan Mr Francis ialah amat sukar untuk mempercayai kaum Cina walaupun generasi baru sudah banyak berubah kerana pada akhirnya matlamat utama mereka adalah kekayaan peribadi bukannya masyarakat secara keseluruhan. Satu kenyataan yang aku protes kerana aku mempunyai ramai teman yang tidak seperti ini dan walau apapun kami berkonklusi bahawa jangan sekali-kali alasan persaingan global digunakan untuk menekan sesuatu bangsa kerana matlamat sosial untuk memberikan kek kekayaan secara adil dan seimbang itu juga penting.
Perbualan panjang ini menyebabkan aku membatalkan kunjungan ke Royal Palace, Silver Pagoda dan National Museum sebaliknya aku hanya mengambil gambar dari luar sahaja. Berjalan pulang ke hotel untuk memastikan sama ada korum untuk membuat lawatan ke Killing Field cukup atau tidak dan seperti dijangka tidak cukup kerana hanya aku yang mendaftar. Untuk lawatan yang dikenakan caj sebanyak $3 ini, sekurang-kurangnya minimum tiga orang diperlukan. Oleh sebab itu aku menyewa tuk-tuk untuk membawa aku ke Killing Fields of Choeung Ek an Tuol Sleng Museum dan bayaran yang dikenakan adalah $10. Perjalanan sepanjang 17km amat menyeksakan dengan jalan yang berlopak hampir di semua tempat di tambah dengan hujan yang baru turun dengan lebatnya.
Royal Palace
Setibanya di Killing Field perasaan aku tersentuh apabila melihat ribuan tengkorak mangsa Khmer Rouge yang dipamerkan dan mass grave yang begitu banyak. Di sini juga aku bertemu dengan empat orang Malaysia dari PJ dan salah seorang daripadanya adalah pelanggan setia Borders dan tidak sabar untuk bertemu aku setelah pulang ke Malaysia nanti.
Setelah itu perjalanan diteruskan ke Tuol Slemg Museum di tengah Bandar Phnom Penh. Di sini perasaan yang sama dirasai apabila melihat bilik-bilik seksaan dan penjara-penjara beserta gambar-gambar tahanan dan seksaan. Tiada kata boleh menjelaskan apa yang aku rasai semasa di bilik seksaan yang mengerikan. Minta dijauhkan segala ini daripada kita semua, Amin!
Setelah itu perjalanan diteruskan ke Tuol Slemg Museum di tengah Bandar Phnom Penh. Di sini perasaan yang sama dirasai apabila melihat bilik-bilik seksaan dan penjara-penjara beserta gambar-gambar tahanan dan seksaan. Tiada kata boleh menjelaskan apa yang aku rasai semasa di bilik seksaan yang mengerikan. Minta dijauhkan segala ini daripada kita semua, Amin!
S-21
Mengerikan
Penjara
Mass grave
Mangsa kekejaman Khmer Rouge
Tugu peringatan
Tuk-tuk menunggu sementara aku menapau
Pemandangan Tonle Sap dari Bali Cafe
Setibanya di bilik, aku terus berbuka dan selepas itu menghabiskan masa membaca buku travel guide Cambodia dan Vietnam di samping menonton berita melalui Channel News Asia. Nampaknya sejarah peperangan akan berulang apabila Korea Utara mengancam untuk melakukan ujian nuklear dan aku hanya mampu berdoa supaya ia dijauhkan. Peace! No War! Agak mengejutkan kabel tv di bilik aku (guna parabola) memperolehi siaran TV3 secara jelas dan dapatlah aku mengikuti Buletin Utama dan kepada rakyat Malaysia dan juga-juga rakan-rakan, bersabarlah denga jerebu yang melanda, hehe. Cuaca di sini baik-baik saja. Ok jumpa lagi esok....
No comments:
Post a Comment