Kembara Ramadan
Hari kelima, 5 Oktober, Ho Chi Minh City aka Saigon
$1 = 16,000VND (Vietnamese Dong)
Hari ini aku akan menempuh perjalanan selama kira-kira 6 jam lagi untuk ke destinasi seterusnya iaitu Saigon. Tiket bas berharga $12 dibeli lebih awal sesudah aku menjejakkan kaki di ibu kota Cambodia 2 hari lepas.
Setelah bangun bersahur beralaskan murtabak yang ditapau dari Bali Café, aku memejamkan mata buat seketika sebelum bersiap-siap menuju ke Restoran Capitol @ tempat menunggu bas. Bas bertolak kira-kira pukul 7.20 pagi dan di dalamnya terdapat seramai 20 penumpang yang mana 8 daripadanya adalah pelancong dari Korea,China,Japan,USA, Switzerland dan Malaysia (aku wakil tinggal, hehe). Aku dapat tahu pun disebabkan pembantu kepada pemandu bas meletakkan senarai nama penumpang sebelah tempat duduk aku yang betul-betul di hadapan. Aku sengaja memilih kerusi hadapan supaya pemandangan yang terbentang di depan mata aku akan lebih luas.
Hari kelima, 5 Oktober, Ho Chi Minh City aka Saigon
$1 = 16,000VND (Vietnamese Dong)
Hari ini aku akan menempuh perjalanan selama kira-kira 6 jam lagi untuk ke destinasi seterusnya iaitu Saigon. Tiket bas berharga $12 dibeli lebih awal sesudah aku menjejakkan kaki di ibu kota Cambodia 2 hari lepas.
Setelah bangun bersahur beralaskan murtabak yang ditapau dari Bali Café, aku memejamkan mata buat seketika sebelum bersiap-siap menuju ke Restoran Capitol @ tempat menunggu bas. Bas bertolak kira-kira pukul 7.20 pagi dan di dalamnya terdapat seramai 20 penumpang yang mana 8 daripadanya adalah pelancong dari Korea,China,Japan,USA, Switzerland dan Malaysia (aku wakil tinggal, hehe). Aku dapat tahu pun disebabkan pembantu kepada pemandu bas meletakkan senarai nama penumpang sebelah tempat duduk aku yang betul-betul di hadapan. Aku sengaja memilih kerusi hadapan supaya pemandangan yang terbentang di depan mata aku akan lebih luas.
Phnom Penh di pagi hari
Sepanjang 4 jam perjalanan sebelum berhenti makan tengahari, jalan yang dilalui amat sempit dan permukaannya agak teruk juga dengan lubang berada di mana-mana. Selain itu aku agak ngeri juga melihat para pemandu dan penunggang motorsikal mengendalikan kenderaan mereka. Bayangkan bas sedang melaju dan di dalam masa yang sama motor bersimpang siur dalam keadaan kelajuan mendatar (di Malaysia kelajuan melulu), hanya mereka yang pakar dan sudah biasa sahaja layak berkenderaan di sini.
Selepas makan tengah hari yang seperti biasa terpaksa dikorbankan dek kerana ibadat puasa (kalau x puasa pun x boleh makan, tiada makanan halal). Aku melalui pemeriksaan imigrisen di pihak Vietnam setelah pemandu pembantu menyelesaikan urusan di pihak Cambodia. Di sini seorang pelancong dari Korea menghadapi masalah yang aku pun tak tahu apa sebabnya. Apa yang pasti aku dan seluruh penumpang terpaksa menunggu kira-kira 45 minit sebelum bas bergerak semula. Dari sini juga aku ada teman di sebelah iaitu makcik dari Phnom Penh yang entah muncul dari mana dan seperti semua rakyat Cambodia agaknya, dia juga turut menyangka aku orang Cambodia. Jadi ambil perhatian anak-anak muda Melayu, jangan risau untuk mengembara di Asia Tenggara kerana kita dari rumpun yang sama dan jika mahir berbicara bahasa lokal, memang pasti tidak akan ditipu atau terpaksa membayar lebih.
Semasa aku ke Indonesia, Filipina dan Thailand perkara ini juga berlaku dan aku percaya jika aku mengembara ke Laos, Myanmar dan Brunei perkara sama pasti akan berulang. Ini membuatkan aku ingin lebih tahu tentang sejarah dan masyarakat di sekitar Asia Tenggara dan buat masa ini, peneman aku sepanjag perjalanan adalah sebuah buku betajuk ‘Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaies terbitan National University of Singapore.
Memasuki Socialist Republic of Vietnam, perbezaan ketara dapat dilihat terutama dari segi infrastruktur di mana jalan menghala ke Saigon mempunyai 4 lorong dua hala. Lampu-lampu awam dan pokok-pokok hiasan yang teratur juga mengingatkan aku tentang Malaysia (tak tahulah pulak siapa yang dapat tender tu). Apa yang pasti inilah hasil daripada doi moi atau reformasi ekonomi yang dilancarkan kerajaan Vietnam pada tahun 1986.
Aku tiba di Pham Ngu Lao iaitu syurga untuk budget travellers ala Khaoson Road di Bangkok kra-kira pukul 2.30 petang. Seperti biasa aku diserbu pemandu-pemandu teksi dan juga penunggang moto dan seperti lazim, aku menolak secara sopan. Apa yang penting kita mesti membuat studi terlebih dahulu sebelum tiba di sesuatu destinasi untuk mendapatkan kepastian ke mana hendak dituju dsb. Setelah kira-kira 5minit mencari berdasarkan petunjuk yang tertulis di dalam booking form, aku berjaya menjumpai Yellow House Hostel yang lokasinya amat strategik sekali.
Selepas check-in, aku berehat di dalam bilik sambil membaca semula buku Travel Guide tentang Vietnam dan Saigon dan merancang apa yang ingin dilakukan hari ini, esok dan juga lusa. Setelah sejam lebih, akhirnya aku memutuskan untuk berehat hari ini dan meronda di sekitar Pham Ngu Lao sahaja yang mana kelihatan happening. Untuk esok aku merancang ke Cu Chi Tunnels dan Caodai Temple yang terletak di luar Saigon dan lusa pula ke Delta Mekong. Bandar Saigon aku akan cuba untuk explore pada sebelah malam atau pagi sebelum aku berangkat ke Hanoi dan jika tidak sempat pun aku tidak rasa ralat pun sebab tiada banyak tarikan yang begitu istimewa untuk dikunjungi.
Satu persamaan yang jelas di antara Cambodia dan Vietnam adalah aliran trafiknya yang begitu gila dan di sini ia lebih gila dengan jumlah kenderaan yang datang dari segala pelusuk. Melintas jalan memerlukan skil juga dan apa yang aku berjaya praktiskan adalah jangan menunggu sebaliknya terus melintas tanpa rasa ragu kerana pemandu dan penunggang di sini bijak untuk mengelak. Rasanya lebih bahaya melintas jalan di depan Times Sqaure sebelum jejantas dibina atau di hadapan CM dan Petaling Street kerana kenderaan di Malaysia majoritinya melulu.
Satu lagi yang aku perhatikan pemandu atau penunggang di sini seperti pekak atau buat-buat pekak apabila hon dibunyikan supaya diberikan jalan kepada kenderaan di laluan laju. Bukan satu atau dua sebaliknya hampir semua (mengikut kiraan aku 8 daripada 9 yang aku sempat observe) kenderaan terutama beroda empat tidak memberi sebarang reaksi untuk beralih ke lorong perlahan walaupun sudah diberikan hon bertaku-talu diiringi lampu tinggi. Apa yang menakjubkan pemandu bas aku tidak memberikan reaksi marah seolah-olah ia perkara normal dan apabila bas aku melintasi pemandu degil tadi, tiada sebarang reaksi di wajah mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Penduduk Vietnam hampir 90% adalah terdiri daripada etnik Vietnam atau Kinh yang mana berasal daripada bangsa Cina dan lebihnya adalah 53 kumpulan etnik seperti Hoa,tay, Thai, Khmer, Cham dll. Jadi tidak peliklah mengapa majoriti orang Vietnam wajahnya kelihatan seolah seperti orang Cina
Setelah berehat, aku memutuskan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil mencari restoran halal di sekitar dan Alhamdulillah, terdapat tiga restoran makanan India berhampiran. Sempat juga aku menelefon rakan sekerja di Borders kerana ada beberapa hal tertangguh dan dapat juga aku mendengar suara seseorang yang aku rindui. Pulang semula ke hotel untuk membuat tempahan pakej ke Chu Chi Tunnel esok serta bertanyakan status tiket keretapi aku ke Hanoi ahad ini. Nasib aku amat baik kerana perkhidmatan keretapi ke Hanoi akan disambung semula operasinya esok setelah terjejas oleh ribut taufan yang melanda kawasan pesisir pantai Vietnam beberapa hari lepas.
Budget travellers area
Pemandangan waktu malam
Menu berbuka puasa aku hari adalah Nasi Paneer Pulao, Chicken Curry dan Hot Coffee yang bernilai 60,000VND (kira-kira $3.75, murah sikit daripada kat Cambodia) di Restoran Akbar Ali yang mana menurut tuan punya nama berasal dari Calcutta. Melangkah masuk dia seperti dapat mengagak aku dari Malaysia kerana menurutnya ramai orang Melayu Malaysia makan di situ (siapa nak business card dia,boleh kontak aku).
Selepas berbuka, aku melayari internet di sebuah cc yang bersepah-sepah sebelum membeli sedikit buah tangan untuk diri sendiri dan juga rakan. Ok bersambung esok….
No comments:
Post a Comment