Hari pertama, 1 Oktober, Siem Reap
Kepada sesiapa yang mengenali aku, sukacita dimaklumkan bahawa setelah 2 jam perjalanan aku berjaya tiba dengan selamatnya di Siem Reap pada pukul 11 pagi waktu tempatan (cepat sejam). Tahniah juga kepada Air Asia kerana berjaya berlepas tepat pada waktunya dan tiba 10 minit lebih awal daripada jadual.
Kamar tidur
Selesai urusan imigrisen, pemandu tuk tuk bernama Mr Aok telah sedia menanti dan tanpa membuang masa terus membawa aku ke Guesthouse (GH) The Villa Siem Reap. Sebelum memulakan perjalanan, Mr Aok sempat menghulurkan minuman percuma dan dengan sopan santunnya aku menolak dan berdalih dengan perkataan 'later', maka terselamatlah puasa aku.
Mr Aok & Tuk Tuk
Sepanjang perjalanan aku dapat simpulkan bahawa Cambodia amat jauh tertinggal di dalam arus pembangunan dan pemodenan. Walaupun begitu di pusat bandar Siem Reap pembangunan fizikal lebih ketara dengan wujudnya begitu banyak hotel-hotel mewah. Penduduknya pula amat ramah dan kaum lelakinya sama seperti segelintir lelaki Melayu Malaysia yang seperti melihat alien apabila kelibat pelancong perempuan muncul di depan mata. Tahap keselamatan setakat ini dirasakan terjamin dan ini mungkin juga disebabkan muka aku yang seakan-akan penduduk tempatan seperti yang didakwa oleh majoriti penduduk yang aku sempat berurusan.
Selesai check-in dan mengemas apa-apa yang patut, aku memulakan perjalanan menuju ke Center Market yang terletak berhampiran. Seperti di mana-mana jua, seleksi yang ditawarkan terdiri daripada barangan tekstil, kraftangan, kasut dan barang-barang tipikal lain. Aku tidak membeli apa-apa memandangkan terdapat satu lagi market yang popular yang aku akan kunjungi pada sebelah petang.
Selesai check-in dan mengemas apa-apa yang patut, aku memulakan perjalanan menuju ke Center Market yang terletak berhampiran. Seperti di mana-mana jua, seleksi yang ditawarkan terdiri daripada barangan tekstil, kraftangan, kasut dan barang-barang tipikal lain. Aku tidak membeli apa-apa memandangkan terdapat satu lagi market yang popular yang aku akan kunjungi pada sebelah petang.
Lembu di tengah jalan
Setelah itu aku berjalan-jalan melihat kehidupan di sekitar French Old Quarter dan National Road 6 sebelum singgah di ejen Capitol Guesthouse untuk membeli tiket bas ke Phnom Penh yang berharga $4. Untuk pengetahuan Capitol Guesthouse merupakan ejen pelancongan sehenti yang menyediakan khidmat seperti pakej-pakej, GH, bas pelancongan dsb yang popular dan dipercayai di sini. Kemudian aku pulang ke GH untuk berehat dan melayari internet sebelum memulakan perjalanan di sebelah petang.
Old Market
Towkay yang ramah
Berbuka puasa
Setelah tersedar dari lena kira-kira pukul 4.00pm, aku meneruskan jalan-jalan aku ke Old Market dan kawasan sekitar. Di sini aku membeli sedikit buah tangan untuk rakan-rakan dan ingin dimaklumkan bahawa kesemua transaksi di sini dilakukan menggunakan dollar. Oleh yang demikian skil tawar-menawar amat penting supaya barang yang dibeli tidaklah begitu mahal.
Center Market waktu malam
Roti canai
Aku berbuka puasa di Restoran Little India yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai 'pub area' dek kerana begitu banyaknya pub di sini. Menu berbuka aku adalah Nasi Beriyani Ayam dan Fanta yang bernilai $3 dan $1 setiap satu. Walaupun mahal mengikut ukuran Malaysia, pada fikiran aku ia berbaloi juga mengenangkan betapa sukarnya mencari makanan halal di sini selain daripada nasinya yang boleh tahan juga. Alhamdulillah setelah kenyang aku memutuskan untuk pulang berehat sambil menanti trip ke Angkor Wat esok yang pastinya mengkagumkan dan memenatkan jua. Sepanjang perjalanan pulang sempat juga aku menyinggah ke dua buah kedai buku yang walupun jauh taraf jika dibandingkan dengan Borders, hehe mempunyai beberapa buku terbitan tempatan yang agak menarik. Selesai untuk hari ini, bersambung esok....
No comments:
Post a Comment