Lebih seribu sertai Perarakan Untuk Keadilan
Malaysian lawyers hold rare protest in capital
Malaysian lawyers defy police in rare protest march
Malaysia lawyers hold rare demonstration for reform
"Who are we? We are from the Malaysian Bar"
Tahniah kepada Majlis Peguam
Malaysian lawyers defy police in rare protest march
Malaysia lawyers hold rare demonstration for reform
"Who are we? We are from the Malaysian Bar"
Tahniah kepada Majlis Peguam
Perarakan hari ini berjaya walaupun pihak polis tidak memberi kebenaran pada awalnya. Mungkin pihak polis serba salah untuk berlaku keras kerana majoriti di hadapan mereka adalah para peguam, bukannya rakyat biasa dari parti pembangkang. Baru polis tahu siapa lawan sebenar mereka.
Memorandum berjaya diserahkan dan diharapkan pihak kerajaan akan bertindak pantas menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pita rakaman yang menjadi bahan hangat sekarang dan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan badan kehakiman. Kita tunggu dan lihat apa rekasi kerajaan.
Aku hadir bersama bos, Pai Chee dan Ah Boon meninggalkan beberapa orang staf sahaja di pejabat. Nikmat yang tidak akan dikecapi jika masih bersama majikan lama. Kami tiba sekitar 11.15 pagi dan dalam perjalanan ke Istana Keadilan, kami terserempak dengan sekumpulan peserta berarak setelah bas mereka dihalang daripada memasuki kawasan kompleks kerajaan oleh pihak polis. Taktik keji yang sudah lali dihadapi oleh kami.
Di tengah terik panas dan di dalam keadaan berpuasa, aku menunggu dengan penuh sabar perarakan bermula. Para peserta yang telah tiba awal di Istana Keadilan hanya akan mula berarak apabila kumpulan yang dihalang pihak polis tiba di tapak bermula. Setelah tiba dan diberikan sambutan hangat kerana terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km, perarakan dimulakan dan diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.
Perarakan sejauh 2 km dan memakan masa kira-kira 45 minit dianggap berjaya dan aku ingin mengucapkan syabas kepada Majlis Peguam yang berani untuk mengambil tindakan ini. Di dalam masa yang sama aku berharap pihak polis akan bertindak sama dengan tidak menghalang perarakan di masa hadapan terutama jika dianjurkan oleh parti pembangkang.Walaupun polis mengerahkan hampir 200 anggota polis dan FRU beserta helikopter untuk menakutkan peserta dan menutup semua laluan ke lokasi, kami tidak gentar dan percayalah lebih banyak perarakan akan dianjurkan di masa hadapan bila mana kita dihadapkan dengan masalah negara yang memalukan.
Perarakan tidak akan menjadi huru-hara jika tidak diganggu oleh pasukan keselamatan dan ini terbukti hari ini di Putrajaya dan juga di Myanmar. Syabas juga kepada Perbadanan Putrajaya kerana membina satu boulevard yang indah dan praktikal untuk kami berarak tanpa menganggu aliran trafik. Aku,Arif dan Ah Boon menamakan laluan di tengah-tengah di antara dua jalan di hadapan Istana Keadilan sehingga ke Pejabat PM sebagai 'Laluan protes', terima kasih Putrajaya!
No comments:
Post a Comment