Minggu Shopaholics
Trendy concepts to attract the tourists
The making of world-class shopping centres
Rentals, occupancy to rise in the city
Designed to captivate
Staying ahead in the retail game
Competing for shoppers
Kepada peminat aktiviti membeli belah di Lembah Klang (termasuk juga yang minat window shopping), hari ini 20 September menandakan kebangkitan KL untuk menyaingi Singapura dan Bangkok sebagai destinasi syurga membeli belah rantau ASEAN. Pembukaan The Pavilion di Bukit Bintang yang ditunggu-tunggu melengkapkan Bukit Bintang sebagai kawasan yang harus dikunjungi bukan sahaja oleh wisata (pelancong) asing yang kaya dari Indonesia dan Timur Tengah, malah rakyat kita sendiri.
Di bina di atas tapak Bukit Bintang Girl School, The Pavilion kelihatan megah dilihat dari segala penjuru. Bertambah manis terdapat sebuah kedai buku mega di situ, The Times Bookshop untuk mengimbangi gaya hidup hedonis para pengunjung. The Pavilion akan menampilkan beberapa jenama yang pertama kali memesuki Malaysia seperti Joan & David, Kiehl’s, LIULIGONGFANG, Mandarina Duck, Okaidi & Obaibi, Reiss, Shanghai Tang dan Thomas Pink. Satu pun aku tak mampu.
Tidak cukup dengan The Pavilion, 26 September ini akan memunculkan pula The Gardens at Mid Valley dengan Robinsons dan Isetan sebagai penyewa utama di samping kedai buku Borders sebagai pencerah The Gardens yang akan dibuka hujung tahun. Aku tidak pasti bagaimana agaknya situasi trafik di sana nanti walaupun mengikut kata pemaju, sistem trafik telah dipertingkatkan untuk menjamin keselesaan pengunjung, kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti kehadiran The Gardens melangkapkan Mid Valley sebagai sebuah pusat membeli-belah yang unggul, lengkap dan hadirnya untuk semua lapisan masyarakat.
Empat hari kemudian atau lebih tepat 30 September, sila berkunjung pula ke Bandar Sunway dengan tarikan terbaru, Sunway Pyramid fasa ke 2 dengan Jusco sebagai penyewa dan beratus-ratus kedai yang lain.
Apa yang pasti penduduk Lembah Klang pasti akan lebih gembira dengan kehadiran tiga pusat membeli belah baru ini. Walaupun tidak semua pengunjung akan membeli, satu fakta yang pasti adalah mall di Lembah Klang dan juga Malaysia telah menjadi tempat untuk bersosial bersama teman dan keluarga. Berkunjung ke mall bukanlah penentu kaya atau miskin, ia lebih kepada penonjolan gaya hidup masyarakat Malaysia disebabkan oleh cuaca panas di luar dan juga kurangnya pusat kesenian dan rekreasi.
Semua dalam satu
Oleh kerana itu, pemaju mall atau pusat membeli belah harus lebih kreatif di masa hadapan untuk menambah nilai dengan membina pusat futsal, sukan dalam dewan, perpustakaan, pusat kesenian dan sebagainya. Aku yakin konsep sebegini akan popular di kalangan masyarakat.
Klang Indah dan Permai
Penduduk Klang, nantikan pusat membeli Aeon terbesar di Asia Tenggara yang akan dibuka tidak lama lagi di Bandar Bukit Tinggi.
Jusco’s largest mall in SE Asia
Kepelbagaian
Aku secara peribadi masih menganggap kedudukan Bangkok dan Singapura sebagai syurga membeli belah sukar disaingi selagi pilihan barang yang ada di KL tidak dipelbagaikan. Banyak aksesori dan segala macam barang yang dijual di KL diimport dari Bangkok dan kita kekurangan pengusaha-pengusaha independen dan DIY seperti yang berlambak-lambak di Bangkok dan juga kota Bandung. Aku rasa KL tidak perlu sangat bersaing dengan mereka kerana kita di sini mempunyai satu keistimewaan yang tidak ada di dua kota ini iaitu kepelbagaian makanan yang mana ianya murah dan selamat. Hidup makanan Malaysia!
No comments:
Post a Comment