Monday, September 03, 2007

Merdeka! 7 kali

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Indahnya kalau tidak dipolitikkan

Photobucket - Video and Image Hosting
Wahai Malaysia, Merdekakan kami dari kesombongan UMNO yang durjana


Kemerdekaan perlu objektif

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Tugu 18 wira negara

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Masih penat menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka malam sebelumnya. Aku teruskan pengembaraan mencari makna Merdeka ke negeri Hang Tuah, Melaka. Dalam perjalanan, aku dan boss singgah sebentar untuk majlis pelancaran rasmi Tugu Peringatan untuk mereka yang terkorban semasa penaklukan Jepun. Sebelum itu telah diadakan upacara memperingati 18 pejuang yang terkorban di dalam 'Battle of Batu Caves'. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Setelah hampir 40 minit di sini, kami teruskan perjalanan ke Dewan Pay Fong di tengah bandaraya bersejarah Melaka. Perjalanan ke lokasi amat mudah kerana aku masih ingat selok belok jalan di sini setelah hampir 4 tahun berkelana belajar di Alor Gajah. Setiba di lokasi, aku menemui Faisal, setiausaha program untuk mencari meja menyusun buku-buku kami. Seperti biasa semuanya ditanggung beres dan seketika kemudian, Hafiz Mokhtar member SMKA tiba bersama rakannya dan seperti biasa kami melepak di mamak berdekatan memandangkan tidak begitu ramai orang kecuali kanak-kanak dan ibu bapa yang menyertai pertandingan mewarna. Faisal menjadi mangsa untuk melihat-lihat mana tahu ada pembeli.

Banyak yang dibicarakan bersama Hafiz dari soal studi, politik, cerita rakan-rakan dan pastinya bola sepak. Kebosanan menunggu acara utama yang akan berlangsung pada pukul 8 malam, aku menghabiskan masa dengan membaca akhbar arus perdana dan pembangkang sambil melayari internet. Jam 5.30 aku dan Faisal makan malam di Hang Tuah Walk yang tak berapa 'grand', projek ini siap semasa aku berada di tahun akhir sekitar 2003 dan situasinya masih sama, hambar.


Photobucket - Video and Image Hosting
Tipikal di sekolah cina

Photobucket - Video and Image Hosting
Pameran lukisan Faisal dan Merpati Jingga

Photobucket - Video and Image Hosting
Pameran buku

Photobucket - Video and Image Hosting
Dewan di tingkat atas sekali, selesa

Photobucket - Video and Image Hosting
Anwar memberi kuliahnya

Kedatangan audien dianggarkan sekitar 700 orang dan pidato Anwar Ibrahim yang ditunggu-tunggu tidak mengecewakan. Agenda Ekonomi Malaysia yang akan menjadi taruhan utama PKR di dalam pilihanraya akan datang diberi tumpuan oleh Anwar kerana bagi beliau AEM cukup ampuh untuk menolak DEB yang sudah rosak dan menjadi kuda tunggangan perosak-perosak Melayu iaitu Melayu UMNO.

Kami termasuk Faisal yang menumpang bergerak pulang hampir jam 12 dan singgah sebentar untuk secawan kopi di Hentian Ayer Keroh. Di sana kelihatan kelibat pemimpin utama PKR, Syed Husin Ali, Tian Chua, Khalid Ibrahim, Latheefa Koya, Badrul Hisham, Elizabeth Wong dll sedang melepak dan kami turut menyertai mereka. Sedang mereka rancak berbual, aku membeli buah dokong dan juga mangga delight Melaka sebagai buah tangan untuk diri aku sendiri.

Controversial WWII monument unveiled

Despite the objection and accusation made by Information Minister Zainuddin Maidin, the new WWII monument commemorating Malayans of all ethnic communities who sacrificed their lives in the armed resistance to the Japanese invasion and occupation from 1941 to 1945, was officially unveiled at the Nilai Memorial Park last Saturday.

Leading the ceremony of dedication was Zhan Gujing, a political attaché of the Embassy of the People’s Republic of China in Malaysia.

Among the 350 people who attended were representatives of the Federation of Chinese Assembly Halls of Malaysia, Chinese Assembly Halls of Selangor and Kuala Lumpur as well as Negeri Sembilan, Dong Jiao Zong (DJZ) and veterans of the resistance movement from Malaysia, Singapore and China.

MCA, the second largest component party of Barisan Nasional, was represented by Deputy Home Minister Tan Chai Ho.

The monument, which took four years to complete, is inscribed with words in honour of all those who perished in the 1941-1945 war of resistance in four languages, namely Malay, Chinese, English and Japanese.

Before the ceremony of dedication, part of the crowd also gathered at the Sept 1 Martyrs' Monument to salute the 18 resistance fighters who perished in the 1942 Battle of Batu Caves.

The 18 were Lee Cheen Choong @ Siow Choong, Chu Ler Kwong, See Ching Piaw, Chen Soo, Yee Hong, Cheong Kee Sang, Choong Chen Kang, Chen Fan Siong, Wen Yen, Ah Yen, Wang Kwong, Pao Loon, Siow Lin, Liew Yiew, Pang Yu, Liew San Nai, Liew Koon and Chang Kwan Foong.

Klik di sini untuk berita lanjut

No comments: