Merdeka dari Barisan Nasional
Propaganda UMNO dan BN yang memualkan
Abdullah, Khairy dan detik bersejarah 50 tahun Merdeka
Malaysia at 50: So far, so good
Malaysia parties for its 50 years as a nation
Tindakan parti UMNO dan BN meng'UMNO'kan sambutan kemerdekaan amat menjijikkan dan harus dikutuk. Semangat patriotik aku yang meluap-luap setelah bersama-sama lebih 40,000 rakyat Malaysia di Shah Alam meraikan kejayaan pasukan bola negara tiba-tiba layu apabila aku menjejakkan kaki di Stadium Merdeka bagi 'Perayaan Raksasa Sambutan Kemerdekaan' sebentar tadi.
Walaupun aku sudah menjangka kerajaan BN akan menggunakan sambutan ini untuk mendapat faedah politik, aku kuatkan hati juga demi negara yang tercinta untuk bersama-sama mengecapi detik gemilang 50 tahun Merdeka di stadium yang bersejarah ini. Namun sangat menjelekkan apabila mendengar ucapan dari Rais Yatim dan juga Pak Lah kerana kelihatan mereka berdua seolah terlupa ini bukanlah perhimpunan parti komponen Barisan Nasional. Memalukan!
Habis segmen yang memaparkan sumbangan-sumbangan PM terdahulu, aku tak tertahan untuk keluar dari stadium yang sepertinya manusia seperti aku tidak dihargai. Terus aku langkahkan kaki ke tempat anak muda dan tumpuan pelancong Bukit Bintang untuk aku merasai semangat patriotisme yang sebenar.
Pestabola Merdeka
Bercerita tentang Pestabola, aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan negara terutama jurulatih B Sathianathan dan barisan pemain yang berjaya mengembalikan semula kepercayaan peminat. Jika tidak silap, kali terakhir para penyokong beramai-ramai ke stadium seperti angka semalam adalah pada perlawanan akhir Sukan Sea 2001 apabila Malaysia kalah dengan Thailand. Suasana rabu lalu begitu menarik dan mengharukan sehinggakan aku dan rakan-rakan seperti enggan pulang untuk tidak melepaskan segala detik indah di depan mata sehinggalah lampu stadium di matikan.
Walaupun kejayaan ini bukanlah sebesar mana, pujian wajar diberi kerana apa yang penting pada penyokong Malaysia adalah apabila melihat para pemain bemain bersungguh-sungguh dan penuh iltizam. Jika sikap seperti ini ditunjukkan, peminat tidak akan marah dan ini dapat dilihat apabila beregu badminton negara, Chong Tan Fppk dan Lee Wan Wah tumpas pada separuh akhir kejohanan dunia baru-baru ini. Pemain-pemain yang ada ini jangan alpa dan harus sentiasa meningkatkan kemahiran diri untuk berjuang menentang Bahrain oktober ini.
Kepada sesiapa yang ingin memiliki vcd perlawanan separuh akhir dan akhir Pestabola Merdeka 2007 yang berharga RM10 setiap satu, sila hubungi aku.
Ambang Merdeka di Putrajaya
Tahun ini lain daripada yang lain apabila aku menanti detik 12 tengah malam di Putrajaya, bukan di tempat biasa iaitu Bukit Bintang dan Mutiara Damansara. Dengan hanya RM15 pergi dan balik, menaiki ERL KLIA Transit dari KL Sentral amat menyenangkan. Setibanya di Putrajaya Sentral, aku menaiki bas shuttle Nadi Putra ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), tempat berlangsungnya pertandingan 'kembang api' bak kata orang Indonesia yang ramai ku lihat teruja untuk menyaksikan sama.
Di sini, sambutan rasmi berlangsung di Persiaran Perdana yang agak jauh sedikit daripada PICC tempat berlangsungnya kembang api. Persembahan kembang api pasukan Jepun yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10mlm telah ditangguhkan dua jam bagi menyelaraskan dengan detik merdeka. Tepat jam 12, percikan bermula dan setelah tamat aku terpegun dengan persembahan kembang api selama 25 minit yang begitu cantik terutama percikan yang membentuk lambang 'cinta' dan bagi aku sendiri, ini adalah kembang api yang paling menarik pernah ditonton. Jadi selepas ini apabila melihat pertunjukan bunga api yang variasinya tipikal, aku akan berasa bosan, hehe. Maklumlah pertunjukan percuma bukannya persembahan untuk pertandingan seperti yang aku saksikan di Putrajaya.
'Sambutan Kemerdekaan Parti Keadilan Rakyat'
Hari ini aku akan bertolak ke Melaka untuk meraikan kemerdekaan sambil menjual buku bersama Parti Keadilan Rakyat pula. Kalau di sini acaranya bias kepada PKR, itu tidak menjadi masalah kerana ia adalah program parti bukannya program anjuran kerajaan pusat mahupun negeri.
Bangsa Malaysia
Aku harap apabila sambutan Merdeka yang ke 100 pada tahun 2057 diadakan, parti politik politik berdasarkan kaum dan agama akan musnah dari bumi merdeka Malaysia ini. Tiada lagi UMNO, MCA, MIC, PAS dsb dan yang ada adalah Barisan Nasional yang pelbagai kaum dan parti-parti lain. Ayuh bersama-sama kita menjayakan matlamat ini. Ya kepada Bangsa Malaysia!
No comments:
Post a Comment