Monday, September 10, 2007

Siapa kata bola Malaysia tidak meriah?

Walaupun pasukan Selangor yang aku sokong gagal ke aksi perlawanan akhir, aku tetap mengunjungi Stadium Nasional Bukit Jalil dan membayar tiket berharga RM20 untuk menikmati kemeriahan berada di dalam stadium yang sangat berbeza jika hanya menonton di kaca televisyen.

Sebagai penyokong neutral, aku menghadapi dilema untuk memilih pasukan pilihan pada malam finale ini. Jika Kedah yang disokong punahlah rekod hebat Merah Kuning menang 3 piala seandainya mereka menang kerana Selangor hanya muncul juara Liga Perdana (bahagian dua). Menyokong Perak semestinya haram bagi kami peminat setia Red Giants kerana mereka merupakan musuh utama kami dalam liga tempatan sejak tahun kebelakangan ini. Sukar untuk mengalahkan mereka hatta di Shah Alam dan masih terbayang perasaan puas kami peminat Selangor apabila menewaskan Perak pada final Piala FA 2005 dengan keputusan 4-2 di Shah Alam, keputusan yang jarang-jarang diperolehi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rumah keluarga di Perak, siap ada bendera Perak lagi, hehe

Walaupun ibu bapa aku telah berpindah ke Perak untuk menikmati kehidupan selepas pencen di sana (ayah aku orang Perak), itu bukanlah alasan untuk aku menyebelahi Perak kerana sememangnya Selangor adalah tanah tumpah negeriku. Merah kuning lambang kebanggaan. Jadi aku memillih untuk bersama penyokong Kenari walaupun seperti terpaksa dan syukur pasukan Kedah menang 3 gol tanpa balas, tahniah Kedah! Kepada penyokong Perak, mana 'Ipoh mali talak sombong' korang malam tu? haha. Cuba lagi tahun hadapan.

Skeptikal terdiam

Kehadiran lebih 70,000 penonton di Bukit Jalil sudah pasti mendiamkan para skeptik yang bodoh sombong tentang senario bola sepak Malaysia. Ramai yang mengeji apabila tak sampai 40,000 penonton hadir di aksi finale tahun lepas menemukan pasukan Perlis dan Negeri Sembilan. Malah aku menulis kepada Malaysiakini untuk membidas tulisan yang bagi aku penulisnya cetek pengetahuan tentang bola sepak dan penonton di Malaysia. Tahniah kepada penyokong Kedah dan Perak yang memang berada di dalam kelas tersendiri!

Photobucket - Video and Image Hosting
Kekecohan antara penyokong Kedah & Perak

Photobucket - Video and Image Hosting
Lautan Hijau Kuning

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Kejor Yob Kejor

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Kedah dan Perak, sama-sama kuning

Photobucket - Video and Image Hosting
Semua nampak sedap, melayang RM15 kat sini

Photobucket - Video and Image Hosting
Penyokong Kedah

Photobucket - Video and Image Hosting
Marlon Alex James (dulu MK Land)

Photobucket - Video and Image Hosting
Kedah 3 Perak 0

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Pulang jangan tak pulang

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Bukit Bintang

Habis aksi, aku terus ke Bukit Bintang untuk makan sambil menikmati kemeriahan malam minggu di tempat yang aku paling suka untuk hang out selain daripada Brickfileds, The Curve, Central Market dan Shah Alam.

Jam menunjukkan pukul 12 tetapi masih ramai manusia berkeliaran terutama pelancong-pelancong Arab dan backpackers. Kedai-kedai ada yang masih dibuka Jalan Alor masih meriah dengan manusia yang sedang menyantap. Terserempak dengan Diba dan Angah bersama teman-teman anak band dari Singapura di mamak Kitaro sebelum aku terdengar bunyi bising dari arah Sungai Wang. Rupa-rupanya sedang diadakan usaha untuk membuat rekod 50 jam bermain drum tanpa henti oleh pemain-pemain drum beragama Kristian sempena 50 tahun kemerdekaan negara.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
33 Jam, masih berbaki 17 jam

No comments: