Sunday, January 30, 2005

Laman web Islam Hadhari



Sila klik di sini untuk lebih memahami konsep Islam Hadhari yang merupakan projek khas YAB Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah. Baca dan fahami dahulu diikuti dengan pembacaan tambahan dan perbincangan secara kedai kopi atau serius sebelum ianya dikritik, dipuji atau apa-apa saja.

Mengapa umat Islam begitu takut?

Membaca pendedahan di Harakahdaily berkenaan isu pembinaan pusat Kristianisasi di Bandar Sunway membuatkan minda aku menjadi letih seletih membincangkan isu pendidikan dan bola sepak Malaysia. Sebagai bekas pelajar sekolah agama, mendengar pendedahan dan cerita-cerita seperti ini sudah menjadi lumrah bak memakan nasi setiap hari. Apalagi mendengar cerita-cerita bohong walaupuan ada kalanya yang benar tentang kononnya kehebatan Islam dan umatnya di zaman ini seperti cerita Emma Watson menganut Islam dan bermacam-macam lagi sama ada melalui 'dengar cakap' dan e-mel.

"Pembinaan didalangi dan disokong beberapa pemimpin yang beragama Kristian di Bandar Sunway dan Subang Jaya

Mereka menggunakan alasan membina tadika untuk mengaburi mata masyarakat, sedangkan tujuan asal ialah untuk menjalankan aktiviti keagamaan"

Aku tertanya-tanya adakah sangka buruk sebegini dibenarkan di dalam Islam? Lagi banyak pendedahan isu seperti ini, lebih banyak pula persoalan lain yang timbul. Bagaimana pula jika tadika itu ingin dibina oleh umat Islam di negara Eropah dan dibantah sekerasnya penduduk di sana? Aku cukup pasti dengan taklid butanya ramai umat Islam akan mengeji dan mengutuk negara tersebut.

Mengapa di dalam isu yang melibatkan agama ini tidak boleh dibawa berbincang secara baik? Secara umumnya aku berpandangan jika di tempat yang ingin didirikan itu terdapat banyak penduduk yang bukan Islam, mengapa tidak? Lainlah jika ianya ingin didirikan di kawasan seperti Shah Alam dan Kampung Jawa Batu 1 dan 2. Malah jika ingin didirikan juga dan mendapat persetujuan umat Islam setempat, apa salahnya.

Adakah umat Islam yang ramai kuantiti dan rendah kualitinya di zaman ini sudah tidak percaya pada agama dan umatnya? Jika ya, apakah langkah mengatasinya? Itulah yang perlu diberi perhatian yang pastinya tidak lain tidak bukan bagi aku adalah soal pendidikan, peningkatan taraf ekonomi, pembasmian sikap ekstremis dan taklid buta, pembukaan minda dan sebagainya.

Bukannya hanya tahu membangkitkan emosi sebahagian umat yang sentiasa paranoid dan tidak stabil yang lazimnya dahagakan cerita-cerita palsu dan beromatisme dengan kegemilangan Islam dan umatnya di masa lampau. Bangkitlah dengan ilmu wahai umat Islam dan aku bersumpah bahawa aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama Islam kerana aku percaya pada kebenarannya dan dalam masa yang sama, aku amat menghormati kewujudan dan keberadaan agama lain di dunia ini.

Aku amat tertarik dengan tulisan seorang pembaca bukan Islam yang tersiar di akhbar Bangkok Post edisi 17 Januari 2005 yang aku beli di Kinokuniya Singapura yang bertajuk "Are people so unsure about their faith?" (perlu menjadi ahli dan perlu membeli secara online untuk membaca tulisan penuh) . Kenyataan penulis yang berbunyi "I have to say that I've never felt threatened by any other religion or thought it necessary to dislike, mistrust or, worst of all, hate another faith" amat menyenangkan aku.

Beliau menulis sebagai respon tentang ancaman sebuah badan umat Islam di Indonesia terhadap sebarang cubaan untuk mengkristiankan anak-anak umat Islam di Acheh dan aku amat lega kerana di dalam tulisannya penulis langsung tidak menunjukkan rasa bencinya kepada umat Islam selaras dengan kenyataan awalnya.

"Kami mahu kerajaan yang mengistiharkan negara ini sebagai negara Islam Hadhari segera membuktikan keprihatinan mereka terhadap isu ini,"

Konsep Islam Hadhari sangat menghormati Kontrak Sosial yang termaktub di dalam Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang menzahirkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai.

Penduduk Sunway bantah pembinaan pusat Kristianisasi- Harakahdaily
The default wrong is on Muslim & Islam?- Pakdi
Working towards religious understanding- The Sun

Nota tambahan: Pusat Kristianisasi seperti yang dianggap adalah sebuah tadika. Secara umum, aku berpendapat jika benarlah tujuan tadika tersebut dibina untuk mendakyah agama Kristian secara terbuka, pihak berwajib harus bersemuka dengan pemilik tadika tersebut. Ini kerana adalah sesuatu yang tidak sensitif untuk mendakyah anak-anak kecil yang masih belum mencapai umur 21 tahun.

Sekiranya sudah melepasi umur tersebut, pendakwahan agama Kristian secara terbuka atau tertutup dirasakan tiada masalah walaupun sudah pasti akan menimbulkan banyak bantahan umat Islam dan mungkin agama-agama lain kerana kebebasan beragama umat Islam memang tiada (isu kebebasan agama perlu dibincang secara matang dan proses tersebut perlu dimulai dengan pendidikan, dialog dsb supaya mereka yang berbicara itu memahami serta berilmu dan tidak hanya mengikut emosi semata). Itupun mungkin dikepalai puak-puak konservatif dan puak-puak liberalis, modernis dan mungkin yang lebih terbuka seperti lazimnya akan sepi tanpa bicara. Sudah sampai masanya untuk mereka yang lebih terbuka ini menyuarakan pandangan mereka supaya kita umat Islam tidak dilihat hanya diwakili oleh suara-suara golongan konservatif ini.

Namun masalah utamanya adalah belum lagi tadika itu dibina yang bermakna beban pembuktian belum ada, tuduhan yang tidak ada bukti dan asas kukuh ini telah dimainkan. Walaupun dari satu segi aku juga cukup risau jika ianya benar, tetapi dari segi yang lain juga aku amat risau dan bimbang dengan tren berlebihan segolongan umat Islam yang sentiasa memberi prioriti yang tinggi kepada isu-isu seperti ini. Aku sudah menyampah dengan cerita-cerita bohong dan tafsiran palsu umat Islam yang sentiasa diterima melalui e-mel, surat layang dan di dalam e-group.

Sekiranya tadika itu dijadikan pusat kristianisasi secara tidak langsung iaitu melalui pendidikan yang berasaskan ilmu Kristian, aku berpendapat tiada salahnya kerana tidak bermakna umat Islam yang belajar di situ akan menganut agama Kristian. Terdapat banyak kes di tadika-tadika yang berasaskan ilmu Islam seperti TASKI, PASTI dsb yang mana pelajarnya bukan Islam dan kekal bukan Islam selepas tamat belajar dan di dalam masa yang sama mengakui dan mendapat faedah daripada nilai-nilai murni yang universal yang terdapat di dalam agama Islam. Apa yang penting adalah iman iaitu sesuatu yang hanya Allah saja yang tahu dan ilmu itu ada di mana-mana saja. Hanya mereka yang sempit, jihad membabi buta dan taksub melulu yang gagal melihat semua ini. Wallahu a'lam.

Friday, January 28, 2005

Ada apa ‘lagi’ di Jakarta? (Siri I)

Oleh Fathi Aris Omar

Saya belum menjamah ‘bibir Jakarta’, kata saya di satu seminar seni budaya anjuran Komunite Seni Jalan Telawi(KSJT) beberapa bulan lepas, sebagai mempertahankan sikap saya yang suka memuji-muji ruang demokrasi di negara jiran kita itu. Ya, sampai saat ini saya belum berjaya menjamah bibir gadis-gadisnya, akan dating saya tidak pasti!

Selepas kejatuhan regim Orde Baru, Indonesia telah jauh berkembang dalam bidang pemerintahan, perundangan dan ruang berekspresi. Termasuk, debat kesenian dan produk budaya tetapi saya sering hairan melihat rasa prasangka teman-teman di Kuala Lumpur tentang Jakarta – seolah-olahnya tidak wajar atau tidak perlu mempelajari apa-apa (yang positif) daripada mereka.

Teman saya, Ahmad Lutfi Othman, dalam kolumnya di laman web ini mengulas kenyataan Najib Razak tentang hubungan demokrasi di negara kita dan Indonesia, khususnya sebagai menjawab kenyataan Anwar Ibrahim dalam lawatan bekas timbalan perdana menteri itu awal Disember lalu.

Tetapi – untuk makluman pembaca – bukan Najib sahaja yang berasa tersinggung jika kita katakan Indonesia ‘lebih baik’ (dalam beberapa segi) dan wajar sekali kita memandang tinggi kepada mereka. Pengalaman saya dengan beberapa teman aktivis seni dan politik (sejak era reformasi di dua negara ini,1998) selalu menunjukkan sikap megah diri (kita) yang keterlaluan.

Saya sejak dulu memang – banyak sekali tulisan saya di Malaysiakini.com atau rencana-rencana lain – sering menganalisa proses transformasi positif di negara jiran kita. Dalam pertemuan seni anjuran KSJT beberapa bulan lalu, saya masih membahaskan isu ‘Kekuasaan dan Kebudayaan: 70 Tahun Pengalaman Indonesia’.

Dalam seminar ini, yang dihadiri beberapa tokoh seniman dan juga golongan muda, terasa kuat sekali keengganan untuk menerima Indonesia – mungkin hampir-hampir terasa hidup di zaman konfrontasi Indonesia-Malaysia pada pertengahan 1960-an dulu.

Ketika saya mengemukakan idea ‘ruang awam’ (public sphere) untuk kelompok seniman dan sasterawan di satu diskusi di rumah PENA (Persatuan Penulis Nasional) tahun 2003, beberapa sasterawan muda tertanya-tanya sejauh mana kita wajar mencontohi Indonesia; malah ada seorang sasterawan muda (terkenal) yang awal-awal menolaknya.

Tidak cukup dengan itu, apabila saya menulis di Mingguan Malaysia tentang hal yang sama (yakni, hubungan politik dan seni) dengan mengambil beberapa kes di Indonesia tidak lama selepas diskusi itu, ada seorang lagi orang kuat sastera di Rumah PENA membantahnya (melalui akhbar yang sama).

Teman-teman KSJT, saya dan beberapa aktivis NGO Malaysia yang mempelajari serta mengikuti isu-isu politik, seni dan ekonomi Indonesia dengan dekat sering berhujah ada kekuatan-kekuatan menarik di negara jiran kita, khususnya selepas kejayaan Gerakan Reformasi menumbangkan Orde Baru di republik itu.

Tetapi setiap kali kami mengemukakan analisa, hujah dan contoh, setiap kali itu pula kami ditentang atau dihujahkan sebaliknya. Sayangnya, semua hujah itu didasarkan pada prasangka, kejahilan dan salah pandang yang dangkal dan serong.

Saya tidak faham apa perlunya kita meremehkan negara jiran kita semata-mata ingin menjadi seorang rakyat Malaysia yang patriotik atau bangga dengan negara sendiri. Saya kira, perasaan seumpama itu bukanlah patriotisme atau nasionalisme, tetapi inilah yang disebut gejala ‘jingoisme’!

Sekarang, saya sudah hampir tiga bulan di Jakarta. Pada Ogos dan September lalu, saya telah habiskan masa dua bulan di sini. Lawatan kali ini semata-mata untuk melihat dengan dekat, mengalaminya sendiri, apakah yang dikatakan demokrasi selepas kejayaan Reformasi di Indonesia.

Saya harap kajian ringkas saya ini boleh menunjukkan dengan sejelas-jelasnya dan meyakinkan orang Malaysia bahawa Indonesia ada kekuatan tertentu yang boleh kita teladani (walau tentunya masih banyak juga kelemahan-kelemahan yang perlu kita sempadani agar tidak menjangkiti kita, misalnya gejala rasuah)

Pada Rabu lalu (sebelum sambutan Krismas), saya dan seorang teman ke Plaza Semanggi sempena promosi ‘Jurnal Perempuan’ untuk menfokuskan isu-isu gender di toko buku, QB World. Plaza Semanggi ini kurang lebih Suria KLCC atau Mid-Valley, atau setidak-tidaknya seperti Bangsar Village di Kuala Lumpur – sebuah kompleks membeli-belah yang agak berprestij untuk kelas menengah.

Di kota besar ini, ada lagi kompleks membeli-belah yang lebih berprestij seperti Plaza Senayan atau Plaza Indonesia. Kalau Plaza Atrium, tidak jauh dari Pasar Senen, kita boleh bayangkan Pertama Complex di Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.

Kebetulan teman saya Andreas Harsono (editor jurnal ‘Pantau’) seorang daripada tiga pembicara utamanya. Turut hadir tokoh-tokoh pejuang hak wanita, sasterawan, aktivis NGO dan dua orang kuat suruhanjaya penyiaran Indonesia (KPU) yang baru ditubuhkan melalui akta parlimen, sebuah suruhanjaya media yang bebas. Diskusi ini menarik kerana menyentuh isu yang paling sensitive, ‘Pornografi’.

Dan di tempat itu, pembicara dan peserta tidak segan silu membahaskan isu-isu sensitif ini dan pada waktu yang sama mengkritik presiden Susilo Bambang Yudhoyono – suasananya begitu demokratik sekali. Inilah model ‘ruang awam’ yang kita impikan tumbuh di Kuala Lumpur. Misalnya di toko buku MPH atau Kinokuniya di negara kita.

Seorang anggota KPU, Bimo Nugroho (yang saya kenali), turut hadir dan berbicara kerana sikap KPU yang dianggap agak ‘moralistik’. Bimo pernah bergiat aktif bersama kelompok AJI (Aliansi Jurnalis Independen) atau Institut Studi Arus Informasi (ISAI), dua organisasi wartawan dan latihan media sejak 1995 untuk menentang regim Soeharto. Tokoh utama di belakang dua organisasi ini adalah Goenawan Mohamad, wartawan kanan Tempo, dan rakan-rakan mudanya. Waktu itu Tempo, bersama dua lagi majalah, diharamkan oleh Soeharto.

Kompleks membeli-belah Plaza Semanggi letaknya tidak jauh daripada jejantas (fly-over) Semanggi yang merakamkan sejarah korban anak muda dan mahasiswa ketika menentang Orde Baru pada lewat 1998 (antara Mei hingga November).

Sekarang, adegan menyayat hati dan sekali gus mengobarkan semangat itu boleh ditonton secara terbuka dalam filem dokumentari ‘Indonesian Student Movement 1998’. Filem ini menang anugerah dalam Festival Filem Indonesia yang diadakan di Ancol baru-baru ini.

Sementara sebuah filem cinta remaja menggunakan latar peristiwa rusuh dan berdarah ini dengan judul, ‘Kutunggu di Jembatan Semanggi’ (2004). Saya cadangkan dua filem ini ditonton oleh kita semua ….

Perkembangan positif ini berkat terbesar daripada Gerakan Reformasi 1998….

Acara KSJT yang disebut di atas diadakan pada 25-26 September 2004 dengan kerjasama Konrad Adenuer Stiftung (KAF), Jerman dan Institut Kajian Dasar (IKD), Kuala Lumpur. Acara KSJT ini akan disusuli dengan ‘Kongres Kebudayaan 48’ yang dijadualkan diadakan pada bulan Ogos 2005. Kongres ini dipercayai akan mendapat sokongan dan dukungan meluas kaum seniman, sasterawan dan budayawan nasional.

Tulisan ini telah diterbitkan di laman web Ummah Online pada 26 Disember 2004, tulisan ini diterbitkan di sini dengan keizinan penulis yang boleh dihubungi di faomar@yahoo.com

Sunday, January 23, 2005

Yeah! mesej dari bekas teman wanita



Hey! This is Utada, reporting to all english-speaking (or at least -reading) visitors of this website!

Klik di sini untuk mesej penuh

Beliau merupakan bekas teman wanita imaginasi penulis sebelum beliau melangsungkan perkahwinan realiti di usia muda(macam tipikal gadis Melayu jer walaupun jauh panggang dari api) dengan Kazuaki Kiriya. Apapun, SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 22 pada 19 Januari 2005 yang lalu. Selamat panjang umur!
Malaysia Boleh!!!

Mesej menggembirakan dari Amir Muhammad

James Lee's THE BEAUTIFUL WASHING MACHINE just won the Best ASEAN Feature Film Award at the Bangkok International Film Festival.

It beat 13 other films from around the region including 2 that were submitted to the American Academy Awards: THE CRYING LADIES (The Philippines) and PUTERI GUNUNG LEDANG (Malaysia), and the Cannes 2004 selection WOMAN OF BREAKWATER (Philippines).

The full list of winners can be viewed at http://www.bangkokfilm.org

This is the second time the Best ASEAN Film Award has been given. Last year's winner was LAST LIFE IN THE UNIVERSE (Thailand).

Filem anak Ipoh menang anugerah di Bangkok- Mingguan Malaysia

Juga klik di sini untuk membaca tulisan terbaru Amir yang bertajuk di "Filem Tempang ke Rotterdam, Di mana letaknya filem Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara lain di mata dunia?" di laman web Kakiseni
Temuramah Anwar bersama The Business Times

Lionised abroad, ignored at home, Anwar Ibrahim still casts a long political shadow over Malaysia. S JAYASANKARAN meets Malaysia's former deputy premier in Kuala Lumpur

Klik di sini untuk temuramah penuh

Saturday, January 22, 2005

Sambutan Aidiladha

Perayaan Hari Raya Korban tahun ini amat dirasakan kesannya kerana keluarga aku turut terbabit sebagai peserta di dalam ibadah korban yang dijalankan di taman perumahanku. Keseluruhannya terdapat 5 ekor lembu untuk ibadah korban dan seekor lembu serta 3 ekor kambing untuk ibadah aqiqah.

Ini juga perayaan terakhir aku bersama keluarga di sini sebelum kami berpisah hujung tahun ini untuk meneruskan fasa kehidupan baru masing-masing.


Suasana meriah


Sebelum dikorbankan


Sedang disembelih

Monday, January 17, 2005

Menarik di FINAS rabu & khamis ini

TAYANGAN DAN DISKUSI : FILEM INDEPENDEN MALAYSIA KE ROTTERDAM

Mesej dari Azmi(mot) - Pengasas 3FClub

FINAS akan menganjurkan sesi tayangan dan diskusi : Filem Independen Malaysia Ke Rotterdam bermula 19-20 Januari 2005. Memaparkan 15 hasil karya malaysia yang terpilih ke Festival Filem Antarabangsa Rotterdam yang berlangsung dari 26 Januari - 6 Februari 2005.

Majlis penyerahan CEK oleh Finas kepada 6 karyawan muda ke Rotterdam dan sidang media berkaitan turut diadakan :

Tarikh : 19-20 Januari 2005
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, FINAS
Masa : 9.30 pagi

Masuk PERCUMA dan semua dialu-alukan untuk memeriahkan majlis.

Aturcara Majlis

19 Januari

9.45 pagi - ketibaan tetamu
10.00 pagi - ucapan oleh Amir Muham
10.10 pagi - ucapan Y.Bhg Dato' Abd. Aziz Abd. Rahman, pengerusi Finas
10.20 pagi - penyerahan cek
10.35 pagi - sidang akhbar / jamuan
11.30 pagi - tayangan 'The Year of Living Vicariously' 64min Amir Muhammad
12.40 t/hari - diskusi tayangan oleh Amir dan Hassan Muthalib
1.20 ptg - rehat
2.30 ptg - tayangan 'A Tree in Tanjung Malim' Tan Chui Mui (26 min) tayangan 'Sanctuary' Ho Yu Hang (83min)
4.50 ptg - diskusi tayangan

20 Januari

10.00 pagi - tayangan 'Chemman Chaalai' Deepak Kumaran (3 min) - tayangan 'The Beautiful Washing Machine' James Lee (108 min)
12.00 t/hari - diskusi tayangan
1.00 ptg - majlis tamat

Friday, January 14, 2005

Malaysia Boleh! Jom ke Mid Valley!



CHEMMAN CHAALAI will be the first local Tamil language film that will be screened at GSC. It will be released on 13th January 2005, in conjunction with the Ponggal Celebrations. It is a film about the community - about family, hope and dreams

Laman web rasmi Chemman Chaalai
GSC International Screens

Slogan di bawah ditujukan khas kepada mereka yang sentiasa memandang jijik akan kaum India di Malaysia atau sesiapa yang bersikap rasis.

Hapuskan Rasisme terhadap kaum India!

Katakan tidak kepada perkataan Keling!

Kutuk dan keji manusia yang rasis!


Wednesday, January 12, 2005

Keluhan rakan karib tentang bola Malaysia

Bolasepak Malaysia… Bila agaknya kita boleh berhenti dari membincangkan tentang ‘kegawatan’ bolasepak Malaysia?

4 Januari 2005, tarikh keramat dalam bolasepak Malaysia apabila berjaya melangkah ke final Tiger Cup buat kali kedua dengan penuh bergaya apabila mengenepikan saingan sengit dua pencabar terdekat iaitu Thailand dan Indonesia…Kenapa? Terkejut? Apakah penulis tersalah fakta? Bukan, tapi itu semua hanyalah angan-angan kosong dan ilusi cuma, terutama ketika membaca tajuk-tajuk akhbar sebelum malam pertandingan separuh akhir, pertemuan Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil. “Final Malaysia-Singapura?”, satu tajuk berita kecil di dalam sebuah akhbar tempatan dua hari sebelum perlawanan tersebut, tajuknya ringkas tapi membikin hati bergelora, mendidih marah dan sedih apabila terpandang tulisan tersebut, seraya terfikir, “bila agaknya aku boleh berhenti dari mengeluh mengenangkan nasib bolasepak Malaysia yang semakin parah dan berdarah ini?”

Aku pergi ke stadium pada malam tersebut. Bersama-sama aku, 7 lagi teman yang sama-sama dahagakan kegemilangan bolasepak Malaysia, dan sama-sama membawa bersama mereka harapan yang menggunung tinggi untuk melihat masa depan bolasepak Malaysia yang lebih cemerlang di bawah kendalian jurulatih baru dari Hungary, Bertalan Bisckei. Bertolak dari Shah Alam tepat 7 petang, dan hanya sampai di stadium kira-kira jam 7.30 malam. Kami tidak perlu risau tentang tiket kerana tiket telahpun di beli oleh seorang teman iaitu Saudara Azlan Malek yang telahpun berada di sana sejak awal lagi. Kami menaiki 2 buah kereta, di mana saya, Ihsan dan Faizul menaiki kereta yang di pandu Fauzi manakala Khairulnizam membawa 3 penumpang iaitu Zulhabri, Pilus dan Shahril.

Sesampainya di sana, penulis dan Ihsan turun dahulu sementara Fauzi dan Faizul pergi mencari tempat meletak kenderaan, dalam keadaan yang sesak dengan kenderaan dan manusia yang sama-sama ingin melihat kecemerlangan bolasepak negara, kami meredah lautan manusia yang berpusu-pusu ke stadium. Kami menunggu saudara Azlan untuk mengambil tiket daripadanya. Setelah menunggu sekian lama, itupun setelah 15 minit perlawanan berlangsung barulah kami dapat memasuki stadium kerana menunggu rakan-rakan lain sampai. Mereka sampai lewat kerana masalah ‘parking’ dan kelemahan sistem komunikasi yang sentiasa sibuk.

Di dalam stadium, kami duduk jauh di atas menghadap pintu gol di mana kami dapat menyaksikan dengan jelas corak dan taktikal kedua-dua pasukan yang sedang bermain di padang. Di separuh masa pertama, pasukan Malaysia tidak banyak melancarkan gerakan-gerakan menyerang sebaliknya sekali sekala melancarkan serangan itupun melalui hantaran-hantaran jauh, jika tidak melalui barisan pertahanan hantaran pasti dilakukan oleh penjaga gol. Penulis tak perlu menceritakan semua ini kerana pastinya 60000 rakyat Malaysia yang terkena ‘tsunami 4 skala Richter’ di Stadium Bukit Jalil dan jutaan yang lain yang tertipu dengan harapan yang diberikan, pasti menonton persembahan pasukan negara pada malam jahanam tersebut, tetapi apa yang penulis ingin katakan di sini adalah sebenarnya ‘lagu-lagu’ lama yang dinyanyikan kembali acapkali pasukan negara gagal untuk meneruskan misi negara dalam memartabatkan arena bolasepak yang nampaknya semakin gelap masa depannya.
Hantaran dan kawalan bola, 2 aspek penting yang dah naik muak diperkatakan oleh penulis masih lagi di tahap yang lemah. Pemain negara selalu kehilangan bola akibat di pintas oleh pasukan lawan akibat hantaran yang kurang tepat (atau tak tepat langsung), hantaran yang lemah ataupun kehilangan bola akibat kelemahan mengawal bola kerana hantaran bola yang agak laju. Bagaimana ini boleh terjadi? 2 kemungkinan yang penulis dapat fikirkan iaitu kurangnya latihan ataupun ‘drill’ untuk kemahiran asas tersebut ataupun mereka bermain tanpa berfikir (dengan bahasa emosionalnya, ‘main tak guna otak!”).

Pertama sekali sememangnya mungkin, latihan bagi kemahiran asas tersebut tidak perlu di beri untuk bolasepak di peringkat negara, kerana jurulatih negara ada banyak tanggungjawab lain selain dari memberi tunjuk ajar tentang latihan yang sepatutnya di beri dan di kuasai di peringakat sekolah jikalau mahu bermain secara professional, bukannya sebagai jalan keluar apabila tidak berjaya mendapatkan profession lain. (sama seperti senario graduan Melayu sekarang, menjadikan profession guru sebagai ‘last resort’ akibatnya masa depan Malaysia yang terancam)

Apa fungsi jawatankuasa teknikal FAM dan apa tindakan mereka untuk mengatasi masalah ini? Apakah sebenarnya mereka terlalu buta sehinggakan banyak perkara mengenai permasalahan bolasepak negara tidak diambil perhatian. Masalah padang contohnya, sampai bila masalah ini akan selesai? Setiapkali negara luar datang bertandang ke sini, maka ‘venue’ perlawanan semestinya di Bukit Jalil, kononnya dapat menampung jumlah penonton yang ramai, dan setiap kali itulah masalah padang buruk menjadi isu yang bermain di mulut jurulatih-jurulatih ataupun pemain-pemain luar yang bertandang. Apakah kurangnya pakar dalam masalah padang ini? Kenapa tidak di buat usahasama antara FAM dan MARDI misalnya tentang penghasilan rumput yang tahan lasak dengan variasi cuaca Malaysia yang beriklim khatulistiwa ini? (biarpun MARDI adalah badan kajian untuk bidang pertanian sahaja, tapi itu bukan alasan).

Berbalik kepada masalah teknikal kemahiran asas pemain-pemain Malaysia, apakah mereka yang di atas sana (..yang tak mahu turun-turun..) sememangnya buta?

Sudah berdozen jurulatih luar datang bertandang ke Malaysia untuk membimbing pasukan negara serta bertekad untuk memperkasa arena bolasepak tempatan ke tempat yang lebih tinggi. Bermula dari Claude Le Roy, Alan Harris (sekadar menyebut beberapa nama) tapi nampaknya kita hanya membuang masa dan wang ringgit sahaja. Jika hendak di kira pencapaian dalam kancah serantau, jurulatih tempatan sahaja sudah memadai. Jadi apakah sebenarnya masalah yang sedang melanda pasukan bolasepak negara?

Untuk mengenal pasti masalah ini, kita lihat apakah elemen-elemen penting dalam satu-satu pasukan bolasepak. Elemen penting tersebut adalah pemain, staf (pengurusan dan kejurulatihan), tempat dan persekitaran. Kita boleh pecahkan elemen-elemen tersebut kepada beberapa pecahan kecil lain lagi iaitu pemain-teknikal, mental, sikap dan fizikal, staf-taktikal, kewangan, perancangan dan akhir sekali tempat atau persekitaran- kondisi padang, penyokong dan cuaca atau iklim.

Seperti mana yang kita maklum, dalam perlawanan menentang Myanmar dalam edisi Piala Tiger yang sedang berlangsung, di mana Malaysia kalah tipis dalam perlawanan tersebut, ada segelintir pihak yang menyalahkan penyokong kerana tidak turun ke stadium untuk turut sama menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain untuk mendapatkan tempat ke separuh akhir. Malangnya apabila sejumlah besar penyokong datang beramai-ramai untuk melihat kebangkitan pasukan negara pada perlawanan separuh akhir tersebut, pasukan negara kalah juga kali ini dengan jumlah perbezaan gol yang agak besar pula. Jadi apakah faktor luaran seperti kehadiran penyokong ini boleh diambil kira? Kita lihat pula kepada factor cuca atau iklim, untuk pertandingan seperti Piala Tiger, sukan SEA, EURO, factor ini adalah tidak relevan sama sekali kerana ianya bercorak ‘regional’ maka perbezaan iklim atau cuaca tidaklah boleh diambil kira, walaupun terdapat sedikit perbezaan corak iklim di antara negara-negara serantau yang bertanding. Lainlah jika kita bercakap tentang Piala Dunia, maka faktor iklim boleh diambil kira sebagai faktor jatuh bangunnya sesuatu pasukan bolasepak yang bertanding. Seterusnya kita lihat kepada konteks kondisi padang. Jikalau alasan ini mahu diguna pakai selalunya yang mendapat ‘advantage’ adalah pasukan tuan rumah dan alasan ini selalu digunakan oleh pasukan pelawat, jadi khusus untuk konteks Tragedi 1-4 di Bukit Jalil, maka kita boleh ketepikan faktor ini supaya kita dapat hampir dengan punca-punca sebenar yang mungkin menyebabkan merudumnya imej bolasepak kita di kalangan negara-negara serantau.

Kita lihat pula kepada faktor atau elemen yang seterusnya iaitu staf, pengurusan dan kejurulatihan. Buat masa ini pasukan negara di ketuai oleh Pengurus Pasukan, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan Jurulatih kebangsaan yang baru sahaja mengambil alih jawatan tersebut dari Allan Harris iaitu Bertalan Bisckei di mana diatas mereka adalah satu badan yang bertanggungjawab menjana, mencorak dan memacu pasukan bolasepak negara supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan-pasukan lain sama ada dalam kancah pertandingan serantau, Asia mahupun antarabangsa (dunia) iaitul FAM yang sejak sekian lama dipengerusikan 2 orang kerabat di raja Pahang, iaitu Tengku Ahmad Shah dan ayahandanya Sultan Pahang. Selepas kegagalan demi kegagalan untuk menaikkan imej bolasepak negara yang semakin teruk, saya fikir inilah masanya bagi kedua-dua kerabat tersebut mengundur diri bagi memberi ruang kepada orang-orang baru yang lebih berpengetahuan dalam bolasepak tak kira sama ada dari golongan professional atau pengurusan, bekas pemain atau bekas jurulatih, ilmuan atau sesiapa sahaja yang mempunyai semangat dan cinta pada bolasepak yang begitu mendalam dan mempunyai rancangan dan rangka bagi memartabatkan bolasepak negara. Masa untuk berubah! Undur Tengku Undur!

Begitu banyak agenda yang cuba diketengahkan oleh pengerusi badan tersebut untuk terus cuba mengangkat martabat bolasepak kita, walaupun adakalanya kelihatan seperti begitu memaksa diri, kurang perancangan rapi dan tidak tetap pendirian. Sejak musim lepas satu liga lagi telah diperkenalkan FAM iaitu Malaysia Super League (MSL) untuk kononnya memartabat arena bolasepak kebangsaan. Tapi apakah hasilnya? Banyak pemain-pemain yang agak bagus tidak dapat menyertai skuad kebangsaan kerana kepenatan setelah semusim bermain. Manakala pemain yang menyertai pasukan kebangsaan pula kelihatan lesu dan tak bermaya untuk mengejar bola terutama penyerang kebangsaan Mohd Khalid Jamlus. Apa ertinya menjadi penyerang jikalau mahu menunggu sahaja bola supaya dapat dihantar cantik kepadanya dan dapat menjaringkan gol dengan semudah itu? Siapakah pemain tengah kita? Steven Gerrard? Beckham? Ataupun Kaka, yang dapat menghantar bola tepat kepada kawasan yang dikehendaki? Sepatutnya penyerang kita mesti lebih berkualiti dan sepatutnya boleh bertindak selaku penggerak seperti barisan midfield juga, tangkas berlari, rajin dan mempunyai visi. Ini tidak , kaku di tengah padang seperti badut, dipermainkan sahaja oleh barisan pertahanan pasukan lawan yang dengan mudah menangkis serangan pasukan negara kerana terkial-kial ketika menerima bola, seolah-olah tidak tahu hendak berbuat apa selepas itu.

Kita lihat pula kepada peranan Bertalan Bisckei dalam mengacu skuad negara supaya lebih mantap dan efektif. Berbeza dengan rakan sejawatnya yang terdahulu Allan Harris yang menggunakan taktik biasa bolasepak moden iaitu 4-4-2 yang lebih merupakan favourite tactics bagi negara kelahirannya, England manakala Bisckei pula menggunapakai taktik 2 midfield iaitu 4-2-4 dimana di barisan serangan terdapat 2 penyerang dan 2 attacking midfielder di kedua-dua belah sayap (flanker), taktik yang nampaknya berjaya sehinggalah wisel penamat dalam perlawanan pada 4 haribulan tersebut. Nampaknya apa yang diusahakan oleh Bisckei juga menemui jalan buntu, dimana Bisckei telah membuat beberapa perubahan terutamanya pada corak taktikalnya dan beberapa perubahan pada jadual atau schedule latihan dalam usahanya mencari formula-formula baru untuk pasukan bolasepak negara yang sentiasa bermasalah.

Gagal mara ke final mungkin pengalaman pertama Bisckei dalam membimbing pasukan negara tetapi ini adalah kegagalan buat kesekian kalinya bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap bolasepak negara terutamanya FAM. Bagi penulis Bisckei tidak harus dipersalahkan dalam kegagalan kali ini malah patut di berikan sedikit pujian kerana berjaya membawa pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain yang tidak di beri harapan langsung dari mula pertandingan sehinggalah dapat melangkah ke separuh akhir. Masih terlalu awal untuk mengadili dan membuat kesimpulan melulu terhadap Bisckei.

Akhir sekali, kita lihat pula kepada peranan pemain itu sendiri. Beberapa tajuk akhbar selepas kekalahan tersebut mendedahkan betapa skuad negara tidak mempunyai semangat setiakawan di mana pemain yang berada di dalam skuad negara sebenarnya berantakan kerana perselisihan faham. Memang sebagai manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan, tetapi sikap sebegini tidak diperlukan terutama ketika kita sedang bertungkuslumus untuk memartabat arena bolasepak kita walhal perselisihan sebegitu boleh diketepikan begitu sahaja jika semua pemain tahu misi dan peranan masing-masing. Ini kerana sikap segelintir pemain yang merasa dirinya sudah besar atau sudah menjadi bintang walhal tidaklah sehebat mana. Ini yang membuatkan pemain-pemain seperti ini menjadi besar kepala dan akhirnya segala tunjuk ajar dan arahan jurulatih tidak diendahkan.

Kemudiannya sikap selesa yang penulis kira menjadi faktor utama kemelesetan bolasepak kita. Pemain meletakkan tahap kepuasan diri mereka di tahap yang rendah, kita boleh lihat kerana semua pemain kita begitu cepat berasa selesa, bermain di liga tempatan sahaja serta tidak cuba untuk memasarkan diri untuk cuba bermain di luar negeri. Bukan itu sahaja, yang lebih teruk lagi, pemain-pemain yang dihantar keluar negara pulang semula dalam jangkamasa yang singkat dengan alasan-alasan yang tidak munasabah dan sebenarnya keputusan yang di buat (untuk tidak meneruskan latihan mereka di luar negara) mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak sedikitpun memikirkan maruah negara dan wang ringgit yang telah dicurahkan demi pembangunan bolasepak kita. Tapi mungkin juga kerana rasa ‘inferiority complex’ yang menebal dalam diri pemain kita, mungkin? Alasan yang diberi seperti ‘tak berkembang bakat kalau bermain di divisyen-divisyen rendah, lebih baik main di Malaysia’ adalah alasan yang sangat-sangat bodoh dan dungu lagi sombong, dengan kata lain bodoh sombong dan alasan tersebut memang tak boleh diterima sama sekali. Penulis kecewa melihatkan pemain-pemain muda yang berbakat, belum mempunyai komitmen tidak sanggup untuk mengorbankan kepentingan diri demi melihat maruah bolasepak kita kembali di tempat yang sepatutnya. Pemain-pemain manja seperti harus tidak dilayan karenah mereka kelak merugikan negara. Penulis mencadangkan agar diperkenalkan lesen untuk bermain bolasepak seperti yang diperkatakan oleh Bisckei semasa sidang akhbar selepas perlawanan tersebut, supaya pemain-pemain bolasepak Malaysia lebih serius dan betul-betul menjadikan bolasepak ini matlamat dan sumber rezeki mereka- bukan hanya sekadar main-main dan cukup makan sahaja. Seperti kata-kata dari Barat, “make a life not just enough to make a living”

Sebagai kesimpulan, untuk mengembalikan martabat bola sepak kita ke tahap yang lebih tinggi bukannya sesuatu yang mudah namun perkara ini bukan juga merupakan sesuatu yang mustahil. Lihat saja pembangunan bolasepak di Jepun dan Korea malah China juga sekarang telah menjadi satu kuasa yang kuat dalam bola sepak. Penulis betul-betul hampa melihat pasukan bolasepak negara yang begitu lemah sebenarnya dari banyak segi. Kadang-kadang penulis terfikir sejenak, “… Bila agaknya aku boleh berhenti dari membincangkan tentang ‘kegawatan’ bolasepak Malaysia ini?”

Penulis adalah peminat bolasepak yang begitu fanatik dengan The Reds, Red Giant dan Pasukan Malaysia. Tulisan ini lahir dari kekecewaan yang amat sangat dengan bolasepak Malaysia, jikalau terdapat kata-kata yang agak kasar, penulis tidak akan meminta maaf kerana kata-kata tersebut memang selayaknya dikeluarkan.

Klik di sini untuk ke Blog Aran

Tuesday, January 11, 2005

Tentang Tan Sri Ramon Navaratnam

Sila klik di sini untuk membaca artikel tentang beliau yang telah disiarkan di akhbar The Star edisi Jumaat, 7 Januari yang lalu.

Berikut adalah di antara kenyataan menarik yang dikeluarkan beliau;

“Frankly, I’m not interested in money. I’m not motivated by it. I’ve got a comfortable house. It’s not huge, but it’s not small either. How many beds can you sleep in in one night? How many cars can you drive at a time?”

* * *

“today, the civil service does not enjoy that prestigious position. Those in the civil service are not as well paid as their private sector counterparts. In those days, there was hardly any private sector.

“And, unfortunately, the civil service is now predominantly one race, so many young Malaysians feel a sense of alienation. They don’t feel they have equal chances. Back then we felt we had equal opportunities.”

* * *

“When I was with the Government and got to attend World Bank and IMF meetings and negotiations, I saw the great inequity between the rich and poor countries, and I recognised through economics, which I studied, and through economic policies, that half the world’s population earned less than US$1 a day, and that their poverty is largely because of unfair trade and international financial policies.”

The more experience and knowledge Ramon acquired, the more he felt attuned to the plight of the poor.

“Knowing all this, you react against it as a reasonable, compassionate human being.

“That’s how my thoughts and concerns develop and which I feel have to be articulated and expressed, so that they might contribute a little bit towards change in thinking and policies.

“I feel strongly, that’s why I write. I don’t like people to get away with nonsense.”

Ramon says he tries to come across as “positively provocative to win the response and reaction of Malaysians”, but adds with disappointment: “People are reluctant to debate and talk publicly.

“Democracy is new to us. It’s not part of our heritage. People here are not culturally accustomed to it. They are taught to respect authority and not question it. They think it’s a liability to disagree, but that’s a bad attitude and bad practice.”

Ramon says Malaysians must change their outlook and be open to discussion to reap the benefits of the system.

“From an exchange of ideas and thoughts, we’ll be able to get a better consensus.”

“I will continue to work, because there’s a saying that work is prayer. There must be purpose in life. As long as God gives me life, I will utilise it to the full.

“I want to be active. I don’t want my mind to be idle. I want to be self-reliant for my own self-respect.”

Klik di sini untuk melihat perjalanan kareer beliau

Monday, January 10, 2005

Laporan Diskusi bersama Anwar oleh Danny Lim




DSAI berucap

DSAI and the Mahasiswa

It’s really easy to get the unique hit count up on SunBlogs like mine. Since I haven’t quite cultivated a ‘brand’ (which may have something to do with my inconsistency…hrmm) that will draw visitors to this blog regardless of what I post (though I’ll never forget my loyal readers SH Huang and Grace Shu!), the trick is all in the title. And the biggest spikes in visitors have always happened when a ‘big name’ has popped up: anything with ‘Anwar’ and to a lesser extent ‘Khairy’ has clearly boosted the numbers here, so it’s obvious I’m just latching on to their ‘brand names’.


Ilmu percuma untuk yang hadir

Klik di sini untuk laporan penuh oleh Danny Lim di blog beliau di The Sun versi internet

Saturday, January 08, 2005

Diskusi bersama DS Anwar Ibrahim ahad ini

Bertempat di Shah Villa Hotel, Petaling Jaya (berdekatan Amcorp Mall) pagi ahad esok. Satu diskusi pelajar bersama DSAI akan diadakan dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Sila hadirkan diri untuk bersemuka dan berbincang tentang segala hal bersama tokoh reformasi Malaysia, sila hubungi Amir Sari di 019 391 7406 untuk maklumat lanjut.

Datang, jangan tak datang!

Friday, January 07, 2005

Ayumi terbaru

Sebagai seorang peminat setia Cik Ayumi Hamasaki, mendapatkan koleksi album atau apa sahaja yang terkini tentang beliau merupakan satu perkara wajib. Aku baru sahaja menerima dua item yang dibeli daripada laman web Yes Asia beberapa hari yang lepas.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD album terbaru yang berjudul My Story dan DVD Konsert Arena Tour 2003-2004, anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai muzik seperti Tower Records dan kedai-kedai kecil di S & M Arcade.


DVD Arena Tour 2003-2004, RM100


CD My Story, RM45
Mengecewakan, Malaysia Kalah Lagi

Sudah acap kali aku dan rakan-rakan membicarakan tentang kemelut yang melanda pasukan bola sepak Malaysia dan juga mungkin pengurusan FAM. Aku pernah menulis tentang isu ini beberapa bulan ynag lepas selepas menyaksikan perlawanan di antara pasukan Norwich City dan Malaysia.

Sila klik di sini untuk membaca tulisan tersebut, segala komen amat dialu-alukan. Majulah bola sepak untuk negara!


Masa gembira


Juga masa bergembira


Detik-detik cemas dan ngeri sudah bermula