Wednesday, December 26, 2007
http://www.facebook.com/event.php?eid=6714049566
Kawan-kawan, jangan lepaskan tawaran hebat in yang akan bermula esok, Khamis 27 Disember pukul 10 pagi sehingga 31 Disember 2007. Buku-buku sains sosial bertemakan pengajian Malaysia, politik, wanita, isu antarabangsa, ekonomi dan bermacam lagi dijual dengan diskaun serendah 20% ke 80%.
Biasa mendengar judul buku seperti Mahathir vs Abdullah, May 13, Cartoons on Tun, Memoir pejuang-pejuang kiri atau buku-buku tulisan Bakri Musa, Rustam Sani dsb? Jika ya, sila hadir ke jualan penghujung tahun kami yang pastinya akan menggembirakan anda.
Waktu jualan dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam setiap hari, jika tidak tahu lokasi sila lihat peta di bawah atau jangan malu-malu hubungi kami dan untuk pertanyaan lanjut, jangan segan-segan untuk hubungi aku, Zulhabri di talian 03-7957 8343/8342 atau 019-308 3804 atau e-mel zulhabri@gerakbudaya.com / zulhabri@gmail.com
Datang jangan tak datang
Zulhabri Supian
www.gerakbudaya.com
Peta ke lokasi di bawah;
Oleh Hishamuddin Rais
Saya terbaca satu berita yang amat memilukan. Berita ini berpunca dari bangunan parlimen. Seorang gedebe dalam parlimen telah menuduh Dewan Bahasa Pustaka telah mandul. Mandul ertinya tidak berkeupayaan untuk beranak. Tidak beranak tidak bermakna tidak ada ronggi ponggi. Malah lembaga-lembaga yang berkanun dan kurang berkanun banyak juga yang jatuh mandul, terutama jika lembaga itu sarang Melayu. Lembaga yang menjadi sarang Melayu ini memang banyak mandulnya tapi hebat ronggi pongginya di dalam nya.
Bahasa adalah sesuatu yang hidup, bernafas dan terus bernyawa dan beronggi ponggi. Ertinya bahasa akan terus bertokok tambah melahirkan anak dan cucu cicit yang baru. Ada anak haram, ada anak luar nikah, ada anak pungut atau anak tut dari pelbagai bangsa. Hari ini perkataan pautan tidak ada sangkutan lagi dengan pokok. Konekted tidak ada sangkut paut dengan ‘bende’ itu. Download bukan meletakkan beban kerana kerana beban itu berat. Semua ini adalah contoh-contoh perkataan baru yang memasuki kamus Melayu.
Saya amat pilu apabila DBP dituduh mandul. Untuk menangkis tuduhan gedebe itu, saya sebagai pecomeh Bahasa Melayu disini ingin menambahkan lagi perbendaharan kata-kata bangsa saya. Takbir!
MENDOLAH – perkataan ini bukan berasal dari daulat. Daulat berasal dari bahasa Tok Arab yang memberi erti ‘state’. Mendolah – ertinya tidur ketika bekerja. Ini samalah dengan bidalan ‘curi tulang’. Perkataan mendolah tidak bolih digunakan ketika kita tidur dan beronggi ponggi dengan suami/gundek/gro/isteri/perempuan simpanan atau isteri baru. Tetapi tidak salah digunakan ketika menonton filem atau tv.
CONTOH AYAT: Rakyat Malaysia banyak mendolah ketika menonton tv Malaysia terutama apabila mereka menonton rancangan seram Forum Perdana. Ada juga yang mendolah ketika menonton rancangan komidi Berita. Ketika saya di sekolah dahulu jika guru saya membosankan maka saya akan mendolah. Hari ini ramai jamaah yang mendolah ketika mendengar khutubah Jumaat dari Tok Imam kaki bodek.
MENAAJIBKAN – perkataan ini ada bertalian dan berakar umbi dari perkataan takjub yang berasal dari perkataan Sanskrit. Menaajibkan memberi makna hairan lagi menghairankan.
CONTOH AYAT: Cukup menaajibkan apabila nama Altantuya seorang model dari Mongolia hilang dari senarai nama pelawat yang masuk di lapangan terbang KLIA. Lebih menaajibkan lagi ialah model ini kemudian ditembak mati. Mayatnya dengan naajib sekali telah diledakan dengan bom C4. Rakyat tertanya-tanya apakah ada anak yang menaajibkan dalam perut model itu. Rakyat menjadi cukup naajib apabila mahkamah diberitahu bahawa model ini pernah makan malam dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apabila media luar negara memburu menteri berkenaan beliau telah menaajibkan diri.
PAATAIL - Perkataan ini bermakna saekor barua muda. Jangan silap dengan perkataan Inggeris – Pa tail yang bermakna ekor bapak beruang. Juga jangan tersilap dengan Patil yang bererti orang India yang masuk kawasan Felda menjual kerusi meja.
CONTOH AYAT: Abdel Ghaani adalah saekor pelajar tercorot dan amat bengap lagi poyo dalam fakulti undang-undang di Universiti Malaya. Ghaani tidak ada pilihan melainkan menjadi paatail kepada kawan se kelas yang lebih bijak. Kawan-kawan mempaatailkan Ghaani dengan menyuruh dia menjadi tukang sapu papan hitam. Ghaani juga tahu mukanya yang bulat dan hidungnya kemik menjadikan dia bahan ketawa di fakulti. Malah ada yang menganggap Ghaani sebagai saekor tukang sapu dari Indon. Ghaani pernah beberapa kali dihalang olih Pak Guard di pintu masuk UM kerana dianggap sebagai seorang lembu. Ghaani sedar untuk cari makan dia hanya bolih menjadi paatail. Dia terus mempetailkan dirinya kepada Mahafiraun. Hari ini Abdel Ghaani adalah contoh saekor paatail yang terbaik untuk menjadi ikutan sesiapa yang bebal.
NAZZRI : Bunyi perkataan nazzri ini sama macam NAZZI - parti politik Hitler. Nazzri bermakna saekor manusia yang menyalak kuat seperti Rottweiler.
CONTOH AYAT : Apabila seseorang itu kurang ilmu pengetahuan maka dia akan bernazzri. Lebih kosong diantara dua telinganya maka lebih bernazzrilah insan itu. Seperti nazzri menyalak bukit ialah perumpamaan moden. Tetapi awas ada sedikit perbezaan dengan nazzri menyalak bukit dengan anjing menyalak bukit. Dalam perkataan nazzri ada unsur bodek. Unsur bodek tidak wujud dalam anjing menyalak bukit.
RASHEED - Perkataan ini juga membawa makna saekor barua. Berbeza dengan perkataan paatail kerana rasheed membawa makna saekor barua tua yang penuh dengan tipu helah.
CONTOH AYAT : Abdeel pun merasheedkan dirinya kerana dia menyedari tanpa merasheedkan dirinya tidak mungkin dia mendapat kerja sebagai penjaga tandas. Rasheed ini juga sedar orang ramai memandang hina terhadap dirinya tetapi kerana ingin mencari makan maka dia pun menjadi barua yang paling rasheed sekali.
AZZLINA – Perkataan ini bermakna muka purtan tembam yang menakutkan.
CONTOH AYAT : Muka purtan itu cukup azzlina. Apabila kanak-kanak ternampak purtan yang azzlina ini kanak-kanak akan menangis dan lari ketakutan. Cara purtan azzlina menyelesaikan masaalah ini ialah dengan membuat blog dan meletakkan gambar azzlinanya yang telah di photoshop.
TOYO - Perkataan ini bermakna merepair muka yang hodoh dengan mengunakan
sabit.
CONTOH AYAT : Saekor buruh dari pulau Jawa telah jatuh ke dalam loji tahi. Mukanya menjadi hodoh kerana dimakan olih ulat tahi. Dalam keadaan darurat, kerana loji tahi ini jauh dalam kampung di Kuala Selangor maka mukanya Jawa ini telah ditoyokan olih doktor dari jabatan haiwan. Awas mentoyokan muka tidak dianggap sah untuk ke masjid, kuil, gereja atau untuk menjadi Ketua Pemuda Umno.
LINGAM - Lingam dalam bahasa sanskrit ialah kontol/pelir. Lingam disini bermakna biawak hitam. Satu jenis biawak yang lidahnya bercabang tiga. Biawak jenis ini banyak hidup berkembang di zaman pemerintahan Mahafiraun.
CONTOH AYAT : Anwar Ibrahim telah menangkap saekor lingam yang cukup legam. Apabila leher lingam ini di ikat maka berbuih-buih mulutnya dari dari lehernya keluar bunyi – korek, korek korek.
CONTOH LATIHAN PENGUAAN PERKATAAN BARU:
Di kota Paris dalam bilik hotel di Avenue des Champs-Élysées , Altantuya seorang model dari Mongolia telah melihat longokkan dolar yang menaajibkan. Dolar ini adalah sebagai upah membeli kapal selam. Naajib sebagai tanda terima kaseh telah memberikan lingamnya kepada Altantuya. Pada ketika itu muka lingam ini amat azzlina sekali hingga menakutkan Altantuya. Lingam ini menjalar liar sambil berdengkur… korek… korek…korek.
Tiba-tiba saekor paatail muncul membuka pintu bilik kerana terdengar bunyi dengkuran lingam. Paatail ini dengan penuh naajib telah cuba menyelamatkan lingam naajib dari terus menjalar ke bawah katil dan masuk ke dalam gown Prada Altantuya. Si paatail ini bergegas cuba menyelamatkan lingam naajib. Altantuya cukup naajib sekali kerana lingam ini hilang di bawah katilnya.
Paatail mengambil talipon kamar dan memanggil saekor rasheed tua untuk membantu mencari lingam. Rasheed tua yang sedang mendolah di pejabat telah bergegas bangun. Dengan tergesa-gesas rasheed tua datang dengan saekor nazzri yang menghidu sambil menyalak-nyalak mencari lingam naajib. Dua ekor barua - rasheed dan paatail - menjengokkan muka ke bawah katil. Tanpa disedari lingam yang lidah bercabang tiga telah telah mencakar muka paatail dan rasheed. Nazzri yang menyalak telah menerkam lingam tetapi lingam telah juga mencakar muka nazzri.
Akibat dari cakaran lingam muka rasheed, paatail dan nazzri menjadi azzlina. Apabila muka-muka yang azzlina ini dilihat olih Altantuya, dia menjerit takut. Jeritan Altantuya ini telah mengejutkan ramai penghuni hotel.
Salah seorang penghuni hotel ialah Madame Dotty yang baru saja mentoyokan mukanya. Madame Dotty dengan marah telah bergegas masuk ke bilik Altantuya. Madame Dotty cukup naajib lagi marah apabila melihat lingam naajib sedang menjalar liar.
Semua di dalam bilik hotel cukup naajib apabila melihat muka Madame Dotty yang baru ditoyokan. Muka Madame Dotty yang azzlina itu cukup naajib lagi menaajibkan. Mereka semua menjerit takut dengan nazrinya sekali.
Madame Dotty tidak naajib walau sedetik pun kerana dia mengenali lingam yang legam ini. Madame Dotty mengambil lingam dan meletakan diatas pangkuannya. Lingam terus berdengkur …... korek… korek… korek.
PERKATAN LAIN YANG BARU UNTUK DEWAN BAHASA PUSTAKA
Ronggi ponggi - bersegama atau mengentot
Purtan - perempuan jantan
Pencomeh - penyokong
Mahafiraun - tak perkataan ini pun sudah lupa!
Poyo Belia 5B – bangang, bahlul, bodoh, bengong, be
Siapa pula Madame Dotty?
Wednesday, December 19, 2007
Hari ketujuh
14 Disember 2007
Hari ini merupakan peluang terakhir untuk kami bersorak untuk Malaysia di Sukan Sea Korat kerana esok kami akan berangkat ke Bangkok seawal pagi. Perasaan bercampur baur antara gembiira dapat pulang ke rumah dan sedih meninggalkan bumi Korat dan juga rakan-rakan Famemas yang baru sahaja saling kenal-mengenal. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan, perjuangan hidup dalam apa bentuk sekalipun tetap diteruskan.
Karate-Do
Selepas bersarapan, kami menuju ke lokasi pertama kami iaitu gelanggang karate-do di mana dua pingat emas terakhir dipertandingkan iaitu bagi acara kumite berpasukan lelaki dan wanita. Malaysia menyandarkan harapan kepada pasukan kumite lelaki untuk merangkul emas kesembilan, tetapi disebabkan kesilapan taktikal oleh S Mahendran pada aksi keempat daripada lima pertempuran kesemuanya, hasrat negara berkecai begitu sahaja. Setelah tamat perlawanan akhir tersebut yang menemukan Malaysia dengan Vietnam, kami menuju ke Kompleks Sukan Utama untuk menyaksikan acara gimrama individu keseluruhan kerana aksi kumite wanita hanya akan berlansung pada sebelah petang. Apapun tahniah kepada skuad karate-do negara yang cemerlang dengan jayanya apabila menggandakan emas yang disasarkan kepada angka 8.
Setibanya di Kompleks Sukan Utama, kami dihidangkan dengan makanan tengah hari dan Alhamdulillah, menu hari ini sangat menyelerakan walaupun sambal Thai amat pedas bagi lidah penulis. Penulis menikmati hidangan bersama Dr Zaki, Che Ahmad atau Cikgu Din, Zul, Izuan atau Mados dan juga Tok Moh di medan selera yang terletak jauh di belakang Pasar Sukan Sea Korat sambil menikmati teh tarik kaw Korat. Banyak juga isu dibincangkan di sini yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan, maklumlah banyak individu yang berpengalaman luas yang duduk semeja bersama penulis.
Gimnastik Berirama
Selesai makan dan solat, kami terus ke pintu hadapan Stadium Tertutup 1 untuk berkumpul sebelum masuk ke arena. Satu hal yang berbeza di sini adalah suasananya tidak sesuai untuk kami membuat hingar-bingar dan ini menyebabkan kami sekadar bertepuk tangan dan bersorak ketika perlu sahaja. Penulis dan Dr. Zaki pada awalnya seperti sudah mengagak akan berlaku sedikit tindakan bias dari juri tuan rumah dan sangkaan ini mengena apabila gimnas utama Thailand, Sridee diberikan mata yang agak tinggi iaitu 15.300 dalam disiplin kedua, aksi gelung walaupun beliau gagal menyambut dengan kemas. Di dalam masa yang sama, gimnas negara Chrystal Lim yang menontonkan aksi yang mempunyai darjah kesukaran yang hampir sama dengan Sridee dan tidak melakukan sebarang kesilapan besar diberikan markah 15.360, perbezaan yang sangat kecil dan tidak masuk akal. Di dalam disiplin pertama iaitu tali, markah Sridee dan Chrystal Lim juga agak jauh walaupun persembahan kedua-dua gimnas tidak jauh berbeza.
Selepas aksi pertama ini secara spontan, penulis mencadangkan kepada Dr. Zaki untuk menulis sepanduk kecil menggunakan kertas dan setelah meminta A4 kosong dari sukarelawan diluar, kami menulis 'Judges, please be fair'.Setelah tamat aksi disiplin kedua tadi, Dr Zaki dan En.Shafari atau kapten secara spontan menayangkan slogan tersebut ke arah kamera dan media yang duduk bersebelahan sambil diiringi sorakan 'boo' dari sebahagian kami. Ketika ini kami sudah merasakan pingat emas pasti akan dimiliki gimnas dari Thailand ini yang tidak dinafikan berbakat dan juga hebat.
Bola Tampar Pantai
Setelah tamat disiplin kedua daripada 4 disiplin yang harus dilengkapkan, Pengerusi Encik Lee Hui Seng mendapat perkhabaran bahawa atlit bola tampar pantai negara yang akan beraksi di peringkat separuh akhir memerlukan sokongan kami. Seraya itu kami meninggalkan aksi gimrama untuk ke gelanggang bola tampar pantai yang juga terletak di dalam Kompleks Sukan Utama.
Pertama kali penulis dapat menyaksikan aksi bola tampar pantai di depan mata dan sememangnya bermain di atas pasir pantai tidaklah mudah dan amat memenatkan. Penulis pernah bermain bola sepak pantai beberapa tahun lepas dan serik untuk bermain lagi. Walaupun pasangan negara mempamer aksi mantap untuk bangkit di set kedua, namun pasangan Thailand yang kelihatan lebih mantap sepanjang perlawanan muncul pemenang. Sekalung tahniah kepada pasangan negara, Teck Hua dan Shun Thing yang bermain bersungguh-sungguh dan juga kepada pegawai persatuan dan jurulatih yang sangat menghargai kehadiran kami.
Aksi sorak kami di sini juga merupakan perjuangan terakhir kami di Korat, masa seperti sangat pantas berlalu dan kami pasti merindui detik-detik di sini. Bergambar kenangan di hadapan stadium sebelum singgah buat kali terakhir di The Mall untuk membeli ole-ole sebagai kenangan. Penulis seperti biasa menghabiskan masa sejam di internet sebelum memberi beberapa majalah untuk dibuat koleksi.
Korat Night Bazaar
Selesai sahaja makan malam, penulis dan teman-teman Famemas lain, Kerol, Shamsul, Zul, Mados, Azuan dan Dorairaj segera mengupah tut-tut untuk membawa kami ke Pasar Malam Korat yang seakan-akan seperti Petaling Street dan bagi shopaholics, bazar seperti ini pastinya sesuatu yang harus dikunjungi.
Tuesday, December 18, 2007
http://www.facebook.com/event.php?eid=6942461685
Kebelakangan ini, pihak Kerajaan dan kroni-kroni NGO mereka telah membuat satu kempen untuk menyekat hak rakyat berhimpun secara aman.
Hak Berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental (asas) dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara –Perkara 10, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (Perkara 20) dan Kovenan Hak Sivil dan Politik 1966 (Perkara 21).
Melihat kepada intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistret dan iklan-iklan di media massa, pihak pemerintah memang berniat untuk menyekat dan mencabul hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman. Jika kita membiarkan hak ini dicabul, maka ini akan membawa perjuangan menuntut hak dan demokrasi kebelakang.
Untuk mempertahankan Hak Rakyat berhimpun ini, Gabungan Mempertahanakan Hak Berhimpun yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan masyarakat, NGO dan Parti Politik kini bersatu menganjurkan satu lagi perhimpunan aman di SUHAKAM untuk untuk mengutarakan dan mempertahankan :
1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara
2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis
3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman
Sila hadir dengan membawa baner dan sepanduk menyokong hak berhimpun dan berkumpul di bawah Pejabat SUHAKAM pada :
Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)
Masa : 11 pagi
Tempat : SUHAKAM, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Dikeluarkan Oleh:
Jurucakap Gabungan :
S.Arutchelvan
019-2537791 (arul.psm@gmail.com)
03-22747791 (Pejabat)
GABUNGAN MEMPERTAHANKAN HAK BERHIMPUN
D/A SUARAM –
433A, 1st. Floor, Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.
03-77843525, 03-77835724 Fax - 77843526
(Satu Koalisi bersama Kumpulan NGO dan parti Politik)
Friday, December 14, 2007
Hari keenam
13 Disember
Memasuki hari keenam di bumi Korat tidak sesekali mengurangkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan menyokong dan menyorak untuk atlit Malaysia. Hari demi hari, hubungan di antara ahli baru dan lama di dalam Famemas semakin rapat dan suasana di dalam kem kami semakin ceria dan menghiburkan. Apa yang menarik tentang kami di Famemas adalah diversiti yang wujud di dalamnya, dari bangsa Melayu, Cina, India, Sabah dan sebagainya serta kelainan ideologi politik yang mengukuhkan lagi andaian penulis bahawa sukan adalah elemen penyatu yang paling berkesan. Hidup sukan!
Karate Do
Destinasi pertama kami hari ini adalah Dewan Kebkanjana di mana berlangsungnya acara karate do yang juga merupakan pertaruhan emas terbaik negara setiap kali Sukan Sea. Kedatangan kami tidak menghampakan apabila S Mahendran telah berjaya menghadiahkan negara pingat emas menerusi kategori bawah 75 kg lelaki. Namun begitu seorang lagi atlit negara, G Yamini tumpas dalam saingan sengit 3-4 kepada atlit dari Vietnam dalam kategori wanita bawah 60 kg.
Gimrama
Oleh kerana tiada lagi aksi melibatkan Malaysia pada sebelah pagi, kami bergerak menuju ke Stadium Utama di Kompleks Sukan bagi memberikan sokongan kepada atlit gimrama negara. Sebelum itu kami menikmati hidangan makan tengah hari, nasi berlaukkan ayam masak kicap dan buah-buahan sebelum menghabiskan masa selama sejam untuk membeli belah di Pasar . Kesempatan ini penulis gunakan untuk membeli sedikit cenderahati yang sudah mulai turun harga.
Penulis mula meminati sukan gimrama semenjak terdedah secara langsung dengan sukan ini pada Sukan Komanwel 1998 di mana Malaysia telah menggondol emas di dalam acara berpasukan menerusi El Regina Tajuddin, Sarina Sundarajah, Carolyn Au Yong dan Thye Chee Kiat. Malaysia merupakan kuasa utama di rantau ini apabila sering berjaya menghasilkan para gimrama yang hebat menerusi program yang diusahakan oleh MGF dan MSN. Kami menyaksikan dua disiplin terakhir dalam acara berpasukan yang bermula semalam iaitu bagi disiplin club dan ribbon dan Malaysia telah muncul pemenang menewaskan tuan rumah yang juga pesaing kuat. Tahniah Chrystal Lim, Fong Seow Ting, Wan Siti Haniza dan Jaime Lee.
Bola Keranjang
Seterusnya kami menuju ke gelanggang bola keranjang di mana aksi terakhir pasukan wanita menentang tuan rumah menjadi penentu sama ada pingat emas atau perak yang akan dikecap. Setibanya kami di sana, gelanggang sudah dipenuhi penyokong-penyokong tuan rumah dan ini tidak melemahkan semnagat kami sehinggakan detik kami menjejakkan kaki ke dalam stadium, suasana bertukar sepi seolah-olah mereka terkejut dengan kehadiran kami. Mana tidaknya, kami sentiasa berada di dalam lokasi pertandingan sebelum sesuatu acara bermula tetapi kali ini kami tiba sedikit lewat dan mungkin telahan awal mereka kami tidak hadir atau takut untuk hadir telah salah. Dengan serta merta juga para penyokong Thailand bersemangat dan paluan gendang yang rancak mengiringi mereka menjadikan suasana di dalam stadium seperti pesta.
Suasana pesta tidak sama sekali mengurangkan debaran kami apabila pasukan negara sentiasa mengejar pasukan lawan walaupun pada satu masa mendahului. Setelah tamat permainan, kedudukan terikat-ikat pada jumlah mata 50 dan memaksa perlawanan dilanjutkan selama 5 minit lagi bagi menentukan pemenang mutlak. Malaysia dan Thailand saling serang menyerang dan lontaran pasukan negara sering tersasar mungkin kerana tertekan dengan sorakan kuat dari penyokong tuan rumah. Walaupun begitu, tuah berpihak kepada pasukan Malaysia apabila memenangi perlawanan ini dengan kelebihan hanya satu mata, 61 berbalas 60. Secara jujur penulis menganggap detik ini adalah detik terhebat di dalam pengalaman penulis dalam menyokong negara sehingga kini. Malah tangan yang sudah lenguh dek kerana memalu kompang dari awal perlawanan seperti hilang begitu sahaja, wajah kegembiraan dan bangga jelas terpampang di muka setiap ahli Famemas. Tahniah Malaysia!
Kem patriotisme gagal?
Sukan Sea: Diari Penyokong: Penyokong tuan rumah hormat Famemas
Topik hangat di kalangan kami di Famemas ketika ini adalah sikap sombong dan angkuh yang membelenggu sebilangan pegawai dan atlit negara. Kami di Famemas sangat tidak berpuas hati dengan sikap yang mereka tonjolkan di Korat seolah-olah kehadiran kami seperti tidak dihargai. Manakan tidak hendak menunjukkan muka kepada rakyat sendiri pun seperti sesuatu yang sukar untuk dilakukan di dalam hidup, tidak terkecuali juga Menteri kita, Dato' Azalina Othman. Insiden semasa perlawanan bola keranjang sebentar tadi menjadi kemuncak kemarahan kami apabila atlit bola keranjang lelaki dan beberapa sukan lain yang duduk bahagian bertentangan enggan menyertai kami dengan jawapan 'tak payahlah'. Bukan banyak yang kami tagih, hanya sekadar sokongan moral dengan duduk bersorak untuk rakan seperjuangan bersama-sama kumpulan kami. Itu pun sukar untuk dilakukan dan apa yang jelas tergambar adalah keberkesanan program latihan pusat anjuran MSN yang sepatutnya boleh menaikkan semangat patriotik negara boleh dipersoalkan. Tambah menyakitkan hati, para atlit negara sekadar duduk rehat dan terlalu rilek seolah-olah berharap Malaysia gagal supaya kekalahan pasukan mereka dapat dikongsi bersama. Apabila menang baru hendak menunjukkan muka tidak malu mereka dan nasib baik menang, kalau tewas pasti stadium ditinggalkan secepat mungkin. Berubahlah Malaysia!
Thursday, December 13, 2007
Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!
KENYATAAN PENUH ANWAR IBRAHIM
Kami amat prihatin dengan krisis-krisis terbaru yang membelenggu negara kita. Kami memandang serius ketegangan kaum dan agama yang melanda masyarakat kita. Komitmen utama kami ialah perpaduan nasional, muafakat masyarkat majmuk dan juga keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Kami percaya satu-satunya cara memelihara nilai-nilai tersebut ialah untuk menolak pendekatan yang memecahbelahkan masyarakat dan memelihara jaminan Perlembagaan. Justeru kami sekali lagi ingin mengulangi komitmen kami untuk mengambil pendekatan yang benar-benar bersatu dan pelbagai kaum dan agama di dalam perjuangan kami memperjuangkan keadilan untuk semua.
Kami juga kesal dengan tindakan kasar pihak berkuasa di dalam siri penahanan yang berlangsung pada 9 hingga 11 Disember. Penangkapan pimpinan badan bukan kerajaan dan parti-parti politik merupakan satu pelanggaran jelas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa tangkapan dan tekanan ini jelas bertentangan dengan jaminan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah demokrasi yang kukuh, dan akan mencemar nama negara di mata dunia.
Kami juga terus komited di dalam memperjuangkan agenda pilihan raya yang bebas dan adil di samping reformasi Pilihan Raya yang benar-benar bermakna. Pemindaan Perlembagaan yang membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk terus berkhidmat setahun lagi ialah petanda jelas bahawa kerajaan benar-benar ingin meneruskan sistem pilihan raya yang penuh dengan kelemahan dan penipuan. Sekali lagi kami mendesak kerajaan untuk memberi akses yang saksama terhadap media untuk semua parti politik dan menerima bukti-bukti yang kami kumpul secara serius untuk membanteras penyelewangan pilihan raya yang menular selama ini.
Jika tiada langkah yang segera diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, kita tidak akan memperoleh keadilan, keamanan dan kebebasan. Justeru, kami bersedia untuk membawanya ke peringkat kerajaan yang paling tinggi memandangkan adalah penting masalah-masalah ini dapat diselesaikan segera.
Dengan itu, kami ingin mendapatkan temujanji segera dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah-masalah negara yang mustahak ini dan mendesak beliau berpegang pada janjinya untuk mendengar masalah semua rakyat Malaysia. Di dalam pertemuan ini kami berhasrat meneruskan agenda perpaduan dan muafakat nasional di kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan meneruskan gesaan kami untuk pilihan raya yang bersih dan adil, di samping berusaha menyelesaikan masalah negara yang kita hadapi.
List of Endorsees:
Political Parties
1 Democratic Action Party (DAP)
2 Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
3 Parti Sosialis Malaysia (PSM)
4 Parti Islam se-Malaysia (PAS)
NGOs
1 Center for Independent Journalism (CIJ)
2 Centre for Policy Initiatives
3 Citizen Think Tank
4 Civil Rights Committee (KLSCAH)
5 Concerned Citizens Group
6 Gabungan Mansuhkan ISA (GMI)
7 Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8 Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
9 Labour Resource Centre (LRC)
10 Malaysians Against the Death Penalty and Torture (MADPET)
11 National Human Rights Society (HAKAM)
12 National Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
13 Police Watch and Human Rights Committee
14 Research for Social Advancement (REFSA)
15 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
16 Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
17 Youth For Change (Y4C)
18 National Alliance of Bloggers (All-Blogs)
19 Groups of Concerned Citizens
Hari kelima
12 Disember
Setakat laporan ini ditulis, hari ini merupakan hari paling gembira buat kontinjen negara apabila berjaya menuai sebanyak 13 pingat emas yang juga merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini. Tahniah! Pastikan 20 lagi emas akan dapat digenggam dalam 3 hari terakhir ini. GO MALAYSIA GO! GO FOR GOLD!
Petanque
Acara triple, Malaysia menentang Singapura
Destinasi pertama kami hari ini Lawn Bowls Green, QSSC di mana sukan petanque dilangsungkan. Petanque merupakan sukan yang berasal dari Perancis dan amat popular di Laos, Thailand dan Cambodia. Berdasarkan pengalaman penulis, sukan ini boleh dilihat dimainkan di mana sahaja jika berkunjung ke negara tersebut. Peraturan dan cara pemarkahan permainan hampir sama dengan sukan lawn bowl di mana bola besi perlu dilontar ke arah jack dan bola yang hampir akan memenangi mata. Apa yang berbeza dengan lawn bowl adalah bola perlu dilorongkan ke jack dan bentuknya adalah lonjong dan agak pelbagai. Penulis sempat bermain sukan ini semasa menyertai Jambori Pengakap Asia Pasifik di Terengganu pada tahun 1997 dan kebetulan juga hari ini penulis sempat berbual dengan jurulatih petanque negara yang rupanya adalah individu yang memperkenalkan sukan ini di jambori tersebut. Penulis menyarankan supaya usaha promosi yang lebih giat dapat dilakukan supaya sukan ini akan lebih popular di Malaysia dan beroleh lebih kejayaan di masa akan datang seperti mana yang berjaya dicapai sukan lawn bowl.
Aksi final memanah compund antara Filipina dan Indonesia
Seterusnya kami ke arena memanah yang terletak di pafang bola di Universiti Teknologi Suranaree. Namun setibanya kami di sana acara yang melibatkan pemanah negara baru sahaja berakhir di mana keputusannya tidaklah begitu menceriakan, sekadar pingat gangsa menerusi acara berpsukan lelaki compund. Alang-alang di sana, kami menziarah para pegawai dan juga atlit yang menerima kedatangan kami dengan hati gembira, tidak seperti di beberapa acara di mana para pegawai kelihatan sombong dan tidak tahu untuk menghargai kehadiran kami. Untuk pengetahuan Malaysia telah berjaya muncul antara kuasa sukan memanah di rantau ini dan juga di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terima kaih kepada persatuan kebangsaan yang melakar program yang sudah menampakkan hasil. Penulis percaya jika persatuan kebangsaan sesuatu sukan komited dalam program pembangunan dan mengurangkan politiking dalaman, Malaysia boleh melahirkan lebih ramai lagi atlit yang bertaraf Asia mahupun dunia.
Oleh kerana kami telah merancang untuk menonton aksi bola keranjang wanita di stadium berhampiran menentang Filipina yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1 petang, serta mempunyai banyak masa lagi sementara menanti perlawanan bermula. Kami menggunakan kesempatan ini untuk membuat latihan sorak dan nyanyian lagu 'Kalau Rasa Gembira' yang dipimpin dua cheerleader dari Famemas yang sangat dedikasi dan bersemangat, Khairul dan Raja Azuan. Selesai latihan, kami menikmati hidangan makanan tengah hari yang dibungkus dan menu hari ini adalah nasi berlaukkan ayam dan sambal yang pedas.
Bola Keranjang
Lagi deretan awek comel di Korat
Bersemangat dengan lukisan di muka
Maaaaaa laysia!
Mereka turut menyokong Malaysia
Take 5
Malaysia lawan Filipina
Perlawanan menentang Filipina boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir kerana Filipina adalah pencabar utama kita. Format pertandingan adalah secara liga satu pusingan dan pasukan teratas akan muncul juara dan sokongan kami dalam perlawanan ini amat bermakna untuk pemain negara. Hasil usaha sorak yang hebat dari Famemas dan pasukan sorak dari Thailand yang turut dibantu oleh kami, Malaysia muncul pemenang dengan perbezaan jumlah mata yang agak besar, 70 berbalas 56 . Tahniah Malaysia!
Taekwando
Gembira tak terkata, loncat sana loncat sini
Gelanggang seterusnya adalah Dewan Universiti Vongchavalitkul di mana acara taekwando yang bermula hari ini dilangsungkan. Setibanya di gelanggang, kami diberitahu seorang atlit negara, Che Chew Chan yang juga telah layak ke Beijing 2008 akan beraksi di perlawanan akhir bagi kategori wanita bawah 72kg. Sementara menanti aksi tersebut, kami telah memainkan peranan aktif di dalam menceriakan suasana di dewan dengan paluan kompang dan sorakan untuk atlit dari negara Indonesia, Vietnam, Filipina dan juga tuan rumah, Thailand. Seperti biasa para penonton gembira dan terhibur dengan aksi kami sepertinya kumpulan kami memberikan mereka hiburan secara percuma. Kumpulan kami juga sangat popular ketika ini di Korat dan penulis berani menyatakan Famemas adalah kumpulan sorak terbaik di Asia Tenggara setakat ini sehinggakan Singapura juga sudah mula mengaktifkan semula kumpulan sorak mereka. Penantian kami yang agak lama sangat berbaloi apabila atlit taekwando negara memberikan negara satu lagi pingat emas dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas atlit dari Vietnam. Di gelanggang juga ada beberapa sepanduk yang tertulis 'Fair Game' akibat rasa tidak puas hati beberapa buah negara terutamanya Filipina dan Indonesia yang sering tumpas di dalam aksi sengit yang melibatkan atlit tuan rumah. Kisah sama yang berulang-ulang tanpa kelihatan kesudahannya.
Lumba basikal
Lagi awek comel
Harimau Boleh!
Penonton yang sentiasa sporting
Negaraku, tanah tumpahnya darahku....
Bersama penyokong fanatik Thailand
Suka sangat mereka dengan kehadiran kami
Kami meninggalkan gelanggang dengan perasaan gembira dan puas untuk menuju ke velodrom yang mungkin akan memberikan beberapa emas lagi kepada negara. Penonton hari ini agak ramai di velodrom, mungkin disebabkan banyak pelumba Thailand beraksi hari ini. Suasana di velodrom seperti semalam bertukar suasan sebaik sahaja perarakan aman kami masuk ke arena dengan laungan 'Malaysia Boleh' dan paluan kompang berselang seli dengan bunyi hon. Selepas itu velodrom menjadi milik kami dengan cheerleader kami memainkan peranan yang berkesan untuk menghidukan suasana pesta bersama-sama pasukan sorak Thailand yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Hasil Malaysia tidak menghampakan seperti semalam apabila berjaya menggondol dua emas menerusi acara kejar mengejar berpasukan, Tahniah dan 200 meter pecut menerusi Josiah Ng yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Azizul Hasni. Tahniah! Velodrom sekali lagi didendangkan dengan lagu Negaraku yang dinyanyikan penuh bersemangat.
Sessi memperkenalkan diri
Walaupun ramai di antara kami sudah kenal mengenali secara tidak formal. Hari ini merupakan giliran penulis memperkenalkan diri kepada semua ahli Famemas secara rasmi. Terima kasih Famemas!
Wednesday, December 12, 2007
Hari keempat
11 Disember
Perjalanan hari ini bermula agak lewat sedikit berbanding sebelumnya, terima kasih kepada pengerusi yang sudi memberi kami rehat yang cukup. Hampir jam 10 pagi kami bergerak ke pusat membeli belah terbesar di Korat, The Mall yang juga gelanggang acara sepak takraw yang mana pasukan Malaysia telah menarik diri.
The Mall
The Mall penuh dengan manusia pelbagai bangsa, rupa dan usia yang mungkin jarang disaksikan jika tidak berlangsungnya Sukan Sea di Korat ini. Penulis sangat setuju dengan langkah Thailand yang memberikan hak penganjuran ini kepada wilayah Nakhon Ratchasima ataupun Korat kerana ia dapat memberikan pendedahan dan pelaung menonton secara langsung kepada penduduk Korat aksi sukan bertaraf tinggi. Sebelum ini peluang sebegini diberikan kepada bandar Chiangmai pada tahun 1995. Penulis berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan hal yang sama di masa akan datang kerana langkah seperti ini dapat menyemarakkan minat dan semangat sukan di seluruh pelusuk negara.
Kami diberikan masa sehingga pukul 12.45 tengah hari dan kesempatan ini penulis gunakan untuk melayari internet secara percuma di pejabat Pelancongan Thailand sebelum menikmati makan tengah hari di medan selera bersama Encik Ahmad Siam, Izuan, Jason dan En Lee.
Olahraga
Antara gadis-gadis comel
Siew Mei senyum dalam duka
Atlit olahraga di The Mall
Aksi tenis, jauh beza dengan aksi Nadal tempoh hari, hehe
Stadium Utama
Gerai FBT, official merchandise
Kanak-kanak sekolah, pendedahan awal terhadap sukan
Gagah menuju ke dalam stadium
Mansor aka Tok Moh
Saya sayang Korat!
Kami tiba di Stadium Utama untuk menyaksikan acara olahraga sekitar pukul 1.15 petang dan diberikan masa selama sejam lagi untuk membeli belah atau nama lainnya aktiviti bebas. Penulis tidak melepaskan peluang ini untuk membeli cendera hati untuk kawan-kawan tetapi malangnya gagal untuk mendapatkan walau sehelai pun t-shirt untuk diri sendiri dek kerana ketiadaan saiz baju yang sesuai.
Sempat menonton aksi tenis yang melibatkan pemain dari Filipina dan Vietnam sebelum meninjau-ninjau pasar yang terdapat di bahagian belakang. Suasana tidaklah begitu meriah berbanding semasa di Manila 2005 dan cuaca yang panas membahang cepat meletihkan diri penulis.
Tepat 2.15 petang kami masuk ke stadium dan seperti kebiasaan, kami membuat kecoh dengan alunan kompang yang lantang dan bunyi hon yang membingitkan berselang seli. Namun begitu penonton-penonton di Korat amat peramah dan seperti teruja apabila dapat melihat orang luar serta turut terhibur dengan gelagat kami. Satu benda yang penulis perhatikan adalah ketiadaan mata-mata yang menjeling liar terhadap wanita seperti mana yang sering terjadi di stadium di Malaysia. Dengan lain kata penduduk Korat amat sopan dan menghormati orang lain.
Di stadium utama ini kami sempat menyaksikan beberapa acara seperti lompat kijang wanita di mana Ng Siew Mei, pemenang pingat emas edisi terdahulu terlepas kilauan emas kepada atlit Filipina di aksi lompatan terakhir. Wajah sugul Siew Mei tidak dapat disembunyikan walaupun kami memberikan slogan-slogan motivasi untuk beliau supaya tidak berasa terlalu kecewa. Kami pada mulanya seperti sudah yakin pingat emas akan digenggam beliau apabila diberitahu rekod kejohanan telah dipecahkan Siew Mei sebaik sahaja memasuki stadium. Acara lain yang melibatkan negara dan memberikan berita duka adalah acara 1500 meter menerusi V Mahnedran yang hanya berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas beberapa meter sebelum garisan penamat oleh pelari dari Vietnam. Sebagai rekod, Malaysia sering menguasai acara ini bermula dengan M Ramachandran dan diteruskan oleh A Munusamy sebelum kita kekosongan atiit yang berkemapuan buat seketika. Berdasarkan kenyataan-kenyatan di dalam media sebelum ini, acara ini merupakan salah satu prospek emas malah diarahkan oleh jurulatih, Hanapiah Nasir untuk tidak beraksi di dalam acara 800 meter untuk memastikan emas di dalam acara ini. Tetapi apa boleh buat nasib tidak menyebelahi beliau dan jangan patah semangat hanya kerana kekalahan ini. Mudah kata, tiada peluang menyanyikan lagu kebangsaan di stadium hari ini.
Lumba basikal
Josiah Ng
Atlit lumba basikal wanita yang comel-comel
Urecca Leow sekadar pingat perak
Memberi sorakan semangat
Setelah semua acara kecuali heptatlon berakhir, kami bergerak ke velodrom lumba basikal yang terletak bersebelahan untuk memastikan dua emas lagi berada di tangan Malaysia. Setiba di velodrom, suasana berubah seperti biasa dan ketibaan kami tepat pada masanya apabila upacara penyampaian hadiah untuk acara pecut berpasukan lelaki akan dilangsungkan dan peluang ini digunakan sebaiknya untuk mendendangkan lagu negaraku dengan kuat dan bersemangat. Walau begitu, dua aksi akhir yang berlangsung kemudian tidak memberi khabar gembira apabila kedua-duanya tewas dan ditambah lagi dengan sikap Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman yang enggan turun berjumpa kami dan sikap sombong Presiden MNCF, Naim yang membuatkan beberapa individu di dalam Famemas naik angin.
Renang
Tamat aksi yang yang melibatkan negara di velodrom, kami bergegas ke gelanggang akuatik untuk memastikan Malaysia boleh menambah sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas dan sebagai balasan perenang negara berjaya berbuat demikian menerusi acara 50 meter dan 200 meter gaya bebas, terima kasih Chui Lai dan Daniel Bego yang memberikan kami dua peluang untuk berkaraoke lagu yang sangat petriotik di stadium. Suasana di gelanggang akuatik bertambah meriah dengan kehadiran kami dan aksi-aksi 'ombak Mexico' berjaya dilakukan dengan kerjasama penonton-penonton dan pasukan sorak Thailand. Seperti semalam, kami di Famemas masih tetap dengan pendirian kami untuk menyuruh penonton senyap tatkala nama Singapura disebutakan dan walaupun ia memperlihatkan sikap tidak professional, tindakan ini terpaksa dilakukan apabila melihat telatah-telatah angkuh dan sombong beberapa pegawai dan penyokong dari Singapura. Itu tidak lagi termasuk polisi mengimport atlit dari negara China yang menyebabkan mereka memungut banyak pingat emas tidak seperi sebelumnya.
Sidang media
Habis di gelanggang akuatik tugas kami untuk menyorak pun berakhir dan hari ini juga adalah hari terakhir pemandu pelancong kami yang sangat baik hati, Ying melakukan tugasnya untuk kami dan akan digantikan dengan seorang lagi pemandu pelancong. Dalam perjalanan pulang kami dan Ying bertukar-tukar lagu perpisahan dengan Ying dan beberapa wakil kami menyanyikan lagu khas untuk dalam pelbagai bahasa dari Tamil, Cina, English, Thai, Jepun dan dialek Kelantan. Suasan sedih walaupun tetap ceria menyelubungi kami, tapi apa buat bertemu dan berpisah adalah sesuatu yang sentiasa akan dilalui.
Semasa makan malam, sessi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Menteri serta sesiapa sahaja baik pemimpin persatuan sukan atau pegawai-pegawai yang bersikap sombong dan angkuh diadakan di hadapan wakil-wakil media yang mengikuti kami.
Tuesday, December 11, 2007
Hari Ketiga
10 Disember
Hari ini merupakan hari ketiga penulis dan ahli Famemas lain di Korat dan wajah segar terlihat pada setiap peserta kerana mendapat rehat yang secukupnya semalam. Selepas bersarapan sambil membaca akhbar Bangkok Post untuk melihat pungutan pingat terkini pasukan negara, kami bergerak sekitar pukul 9 pagi menuju ke Plaza Klang sekali lagi untuk menonton aksi separuh akhir perseorangan wanita di antara pemain negara Ng Soke Khim dan Thailad.
Kami tiba awal dan masih yang ada digunakan untuk dijadikan sessi fotografi dan bertukar-tukar pin dan sebagainya. Sebelum aksi bermula, pasukan Famemas seperti biasa menjadi jagoan dalam bersorak sehingga slogan kami ‘China Best’ yang ditujukan kepada atlit Singapura ditegur oleh seorang pegawai teknikal dari Singapura dan sebagai pengganti ditukar kepada ‘Singapore Import’. Untuk pengetahuan, pasukan Singapura sering mengimport atlit dari negara China untuk memantapkan skuad mereka dan sering kali tindakan ini mengundang kontroversi.
Ping Pong
Sukarelawan yang cantik
Aksi Soke Khim di separuh akhir (kiri)
Menyaksikan aksi permainan pantas permainan ping pong sememangnya mendebarkan dan perlawanan ini tidak terkecuali. Setelah kedua-dua pemain kejar mengejar set, permainan akhirnya menjadi milik pemain Malaysia dengan kemenangan 4 set berbalas dua. Kemenangan ini merupakan satu kejutan kerana pemain Thaland ini merupakan pemain pilihan untuk mara ke perlawanan akhir bertemu pilihan kedua dari Singapura, Wang Yuegu yang juga pemain nomnor 8 dunia. Sebelum itu Soke Khim telah melakukan kejutan terbesar apabila muncul juara kumpulan setelah menewaskan pemain nombor 6 dunia dari Singapura, Li Jiawei. Malaysia Boleh tanpa mengambil pemain import. Namun begitu Beliau tewas kepada pada aksi akhir , walaubagaimanapun Tahniah Ng Soke Khim!
Wushu
Selesai aksi menarik tersebut, kami menuju ke gelanggang wushu di mana satu lagi kumpulan kami berada di situ. Setibanya di sana kami diberitahu bahawa pingat emas telah dimenangi oleh Malaysia melalui acara nanquan wanita menerusi Diana Bong Siong Lin, tahniah!. Kami menikmati makanan tengahari kami di luar gelanggang dan seperti semalam menu kami adalah Burger McFish McDonalds.
Bola Keranjang
Malaysia menentang Singapura
Gelanggang seterusnya adalah Dewan Universiti Teknolgi Suranaree untuk menyaksikan perlawanan pertama negara di dalam aksi bola keranjang menentang Singapura. Malaysia sememangnya pasukan pilihan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi di Sukan Sea Vietnam 2003 setelah tidak dipertandingkan di Manila 2005 akibat perbalahan dalaman persatuan sukan bola keranjang di Filipina. Seperti dijangka, Malaysia menang mudah ke atas pasukan lawan dengan mata jaringan 60 berbalas 43.
Olahraga dan Gimnastik
Famemas di samping lautan rakyat Thailand
Emas untuk Malaysia
Bersama Yuan Yufang
Sekitar pukul 3 petang, kami dalam dua kumpulan menuju ke lokasi pertandingan yang berbeza iaitu satu di Stadium Utama untuk menyaksikan acara olahraga dan satu lagi ke Dewan Tertutup di mana berlangsungnya acara gimnastik.
Penulis telah diarahkan untuk menyaksikan acara olahraga yang membuatkan ramai di antara kami mengantuk kerana senggang setiap acara yang panjang dan ketiadaan maklumat terkini terhadap apa yang sedang berlaku di dalam acara balapan. Namun begitu kami sempat merasa bangga di bumi asing apabila sebanyak dua kali berpeluang menyanyikan lagu Negaraku semasa penyampaian hadiah kepada pemenang dari Malaysia iaitu Teoh Boon Lim untuk acara jalan kaki semalam dan juga 110 meter berpagar menerusi Rayzam Shah Wan Sofian. Kami hanya sempat menyaksikan beberapa acara sahaja iaitu 10,000 meter lelaki, 4 x 100 meter lelaki dan wanita serta lompat jauh lelaki dan lempar cekera.
Gadis comel
Semangat waja, hehe
Renang
Ready to go
Tamat sessi olahraga hari ini, kami berkumpul di luar stadium menanti kumpulan Gimnastik sambil bergambar kenang-kenangan dengan penduduk Korat yang teruja menyaksikan kehadiran kami yang penuh warna-warni dan keceriaan.
Kami tiba di gelanggan renang agak awal dan kesempatan ini digunakan untuk sorak menyorak bersama penonton Thailand dan juga kami, Famemas. Sikap sporting kami yang membantu penonton Thailand di bahagian kami menyorak 'Thailand soso' amat dihargai dan sebagai balas pasukan sorak rasmi Thailand beberapa kali menjerit slogan 'Malaysia Boleh' dan 'Malaysia Sangat Bagus' . Perasaan muhibbah ASEAN amat dirasai kecuali Singapura yang seperti lazim, kelihatan kurang mesra dan agak sombong. Manakan tidak cubaan kami untuk membuat ombak dari sebelah tepi di mana kami duduk tidak disambut segerombolan penyokong Singapura yang duduk di tengah-tengah walaupun penonton Thailand telah memberi kerjasama.
Aksi renang hari ini tidak memberikan sebarang pingat emas dan kekalahan Siow Yi Ting di beberapa meter terakhir amat mengecewakan. Apapun tahniah kerana telah memberikan aksi yang terbaik!
Pengaruh Famemas
Selesai acara renang, kami pulang ke hotel untuk menikmati hidangan makan malam. Di dalam perjalanan, Encik Lee memberikan sedikit taklimat dan keputusan-keputusan terkini yang melibatkan atlit Malaysia sambil diselang selikan dengan sessi memperkenalkan diri bagi ahli Fameas yang baru. Kami juga diberitahu oleh bapa kepada atlit negara Chan Sau Wah bahawa kehadiran kami di gelanggang gimnastik amat dihargai kerana sememangnya ia sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepada juri untuk tidak bersikap bias dalam membuat penghakiman.
Sukan Sea memang terkenal dengan politik sukan negara-negara yang bertanding yang sering kali berfikiran singkat semata-mata untuk meraih pingat emas di peringkat serantau tanpa memikirkan impak jangka panjang . Tidak menghairankan pasukan tuan rumah sering kali muncul juara dan acara sukan subjektif seperti gimnastik, karate do, silat, taekwando dan sebagainya sering menjadi tajuk kontroversi saban kali Sukan Sea diadakan.
Urut
RM10 untuk sejam, murah gila
Menaiki van pulang ke hotel beramai-ramai
Semasa menikmati makan malam, Timbalan Pengerusi Famemas, Encik David telah membuat satu pengumuman penting di mana kami diberikan sedikit masa untuk membeli belah keesokan hari kerana jadual kami di sini sememangnya penuh dan jarang dapat menjenguk-jenguk cenderahati yang dijual. Pengumuman ini disambut gembira kerana ramai ahli-ahli Famemas ingin membeli buah tangan dari Korat untuk keluarga, rakan-rakan, saudara mara dan yang tersayang jarang berpeluang berbuat demikian.
Selepas makan adalah aktiviti bebas dan penulis bersama-sama rakan yang lain membuat keputusan untuk berurut di pasar malam ala-ala Uptown yang terletak kira-kira 2 kilometer dari hotel penginapan. Terdapat banyak rumah dan khidmat urut di sini dan kadar yang ditawarkan sangat murah, penulis hanya dikenakan bayaran sebanyak 100 bhat (RM10) untuk khidmat urut kaki dan badan selama sejam. Jumpa lagi esok dari bandar kucing, Korat!
Monday, December 10, 2007
Hari Kedua
9 Disember
Penulis hanya sempat lena kira-kira tiga jam sebelum terpaksa bangun awal untuk bersarapan sebelum memulakan hari Pertama menyorak dengan menaiki bas yang disediakan pada pukul 9 pagi. Sepanjang kami di sini, pihak hotel akan menyediakan makanan halal dan juga satu bilik khas untuk Famemas. Perjalanan keseluruhan Trip Famemas ke Korat ini diuruskan oleh Mayflower Acme Tours Sd. Bhd. Tambah menarik, wartawan dari The Star dan juga ibu bapa kepada pemain badminton wanita negara, Anita turut menginap di hotel penginapan kami ini.
Wushu
Malaysia Boleh!
Pelajar sekolah Thailand
Atlit wushu Malaysia dan penonton
Atlit Malaysia sedang khusyuk beraksi
Jurukamera RTM
Gelangang pertama yang dituju adalah Institut Teknologi Chanapolkhan, tempat di mana berlangsungnya acara Wushu dan Karate Do yang akan berlangsung kemudian. Sebelum tiba di gelanggang, Presiden Famemas En. Lee memberikan perkembangan-perkembangan terkini atlit Malaysia dan kami diberitahu bahawa atlit jalan kaki negara, Yuan Yufang dan Teo telah memenangi emas. Berita ini menaikkan semangat kami untuk mengharungi hari yang masih panjang. Turut dilakukan adalah pengagihan peranan setiap peserta dan penulis telah diberikan peranan untuk bermain kompang bersama tujuh orang yang lain.
Setibanya di lokasi, kami memulakan riuh rendah kami dengan menyanyikan lagu ‘Barisan Kita’ sebelum memasuki stadium. Kehadiran kami disambut meriah oleh warga petugas dan juga pasukan sorak Thaland yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah yang comel-comel. Kami sempat menyaksikan beberapa atlit Malaysa beraksi di dalam acara taijiquan dan beberapa lagi dan kami diberitahu bahawa emas acara taijiquan adalah milik Malaysia semasa dalam perjalanan lokasi lain. Tahniah Chai Fong Ying! Menonton acara wushu tdak seperti menonton badminton yang mana riuh-rendah adalah kemestian. Penonton harus berdisiplin dan tidak menjerit-jerit agar tumpuan peserta tidak terganggu.. Namun begitu jika diarahkan oleh ‘leader; dari pasukan wushu negara untuk menyorak slogan dan memukul gendang atau kompang, kami dengan rela hati akan mengikut.
Ping Pong
Korat
Bersama Chai Kian Beng
Klang, Korat bukan Selangor
Atlit gimnastik Thailand
Setelah berada di gelanggang hampir sejam, kami terpaksa menukar ke gelanggang lain yang memerlukan kami dan gelanggang itu adalah Plaza Klang di mana acara ping pong dilangsungkan. Namun perjalanan kami ke lokasi tersebut tergendala sebentar sementara menanti escort dari pihak polis Thailand. Escort ini memudahkan kami melepasi jalan-jalan utama yang sesak dengan mudah. Terima kasih kepada polis Thailand yang memberikan layanan VIP kepada kami.
Untuk pengetahuan, turut bersama kami adalah wakil dari media seperti dari RTM, TV3 dan Kosmi serta dua para pemenang melalui Radio Traxx FM, Encik Mohd Nordin dan Raja Azuan. Selainnya adalah ahli-ahli lama dan juga ahli-ahli baru yang terpilih setelah berjaya melepasi sessi temuduga yang dilangsungkan setelah dipilih melalui peraduan kuiz dan slogan yang telah diiklankan di media arus perdana.
Kehadiran kami di Plaza Klang telah menukar suasana di pusat membeli-belah tersebut dengan bunyi bising kami dan seperti biasa, penduduk Korat menyambut dengan mesra. Acara dilangsungkan di tingkat 7 pusat membeli belah tersebut dan gelanggang pertandingan bertukar wajah apabila gendang dan kompang kami dipalukan dan diiringi sorakan Malaysia Boleh dan bunyian hon yang membingitkan.
Sukan ping pong juga merupakan sukan kegemaran penulis dan sempat bermain sehingga ke peringkat negeri Selangor semasa bersekolah dahulu. Oleh kerana itu peluang menonton aksi Malaysia di depan mata merupakan impian menjadi kenyataan penulis. Malangnnya atlit negara yang beraksi, Shakirin Ibrahim yang merupakan juara kebangsaan Pertama yang bukan berbangsa Cina tewas 0-3 kepada pemain Thailand yang diberitahu oleh gandingan beregu beliau yang duduk di sebelah, Chai Kian Beng sebagai pemain pilihan di dalam kumpulan tersebut. Perlawanan walaupun tidak berapa sengit, namun penyokong kedua-dua negara bersaing sengit dalam bersorak dan pastinya dimenangi juga oleh Thailand yang jumlahnya lebih ramai. Penulis juga sempat berbual dengan pegawai Malaysia, Pah Cheng Yip tentang perkembangan sukan ping pong di Malaysia.
Badminton
Penyokong Singapura
Malaysia tumpas kepada Singapura, berpasukan lelaki & wanita
Lydia Cheah
Setelah tamat perlawanan, tibalah masa untuk makan tengah hari dan bertukar ke gelanggang lain iaitu acara tarian dan juga badminton yang dilangsungkan di Universiti Vongchavalitkul. Berlaku sedikit salah faham apabila kami ingin memasuki gelanggang sukan tari dan setelah pimpinan tertinggi berbincang, kumpulan kami dipecahkan kepada dua, satu kumpulan menonton sukan tari dan satu lagi sukan badminton. Penulis memilih sukan badminton dan seperti biasa suasana bertukar meriah dengan kehadiran kumpulan kami yang tidaklah begitu besar, sekitar 25 orang.
Pasukan wanita Malaysia sedang beraksi menentang Singapura dan Thailand menentang Indonesia ketika kami hadir. Pertentangan di antara Thailand da Indonesia sangat sengit dan kami di Famemas akan secara spontan menyokong Thailand sekiranya pemain Malaysia belum atau rehat beraksi. Tambah mengharukan apabila penonton memberikan kerjasama apabila kami membuat inisiatif memulakan ombak Mexico untuk menceriakan stadium dan cuba membawa budaya badminton di Malaysia ke jiwa rakyat Korat. Keputusan bukanlah segala-galanya kerana apa yang lebih penting semangat melawan yang jitu di samping semangat kesukanan yang tinggi. Harus diingatkan bahawa Sukan Sea bukanlah sasaran yang tersangat penting untuk negara-negara Asia Tenggara kerana tumpuan harus lebih diberi kepada sukan yang berprstij seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Mungkin Sukan Sea di masa akan datang adalah medan yang sesuai untuk atlit-atlit muda dan meningkat naik untuk meraih pengalaman sekiranya atlit senior sesuatu acara itu sudah bertaraf dunia seperti yang dilakukan Malaysia melalui Nicol David, pasukan hoki, Lee Chong Wei dan lain-lain.
Renang
Selepas Malaysia menang beregu kedua, kami terpaksa berpindah gelanggang ke lokasi acara renang yang memungkinkan kilauan emas melalui Daniel Bego. Tiba sahaja di lokasi, suasana menjadi hiruk pikuk dan sangat meriah dengan aksi tarian penyokong Thailand diiringi dengan bunyi drum dan Pakaian badut yang mudah menarik perhatian media. Aksi sorak menyorak sesama Thailand dan Malaysia yang memperlihatkan semanagat setia kawan yang tinggi berlangsung agak lama dan berjaya menarik perhatian banyak pihak media merakam aksi kami. Kegembiraan jelas terbayang di wajah setiap orang.
Walaupun tidak dapat duduk setempat dek kerana kehadiran penonton yang ramai, ia tidak mematahkan semangat kami untuk melihat kilauan emas di kolam renang dan Daniel Bego memang tidak menghampakan apabila telah menghadiahkan pingat emas melalui acara 100 meter kuak lentang.
Oleh kerana beberapa hal yang penting, kami terpaksa pulang ke hotel sebelum sempat menyanyi bersama-sama lagu keramat, Negaraku di celah-celah ribuan rakyat Thailand. Apa yang pasti esok, Isnin 10 Disember kami akan menjanjikan yang terbaik untuk atlit negara dalam memberi sokongan dan kami berharap atlit Malaysia dapat memberikan persembahan terbaik agar matlamat 64 emas berjaya diraih. Malaysia Boleh!