Famemas di Champions Trophy 2007
Go Malaysia Go!
Bersama Tamil yang tinggal di Klang, Mansor aka Tok Moh di belakang
Aku dan semua ahli Famemas yang terpilih menjadi pasukan sorak kontinjen Malaysia di Sukan Sea Korat telah hadir (wajib) pada perlawanan pertama pasukan hoki kebangsaan menentang Australia di kejohanan Trofi Juara 2007 yang terpaksa dipindahkan dari Lahore ke KL atas sebab-sebab keselamatan. Atas faktor ini jugalah pasukan negara bertuah dapat beraksi dengan pasukan handalan dunia yang lain kerana taraf kejohanan ini sangat berprestij di mana hanya pasukan terbaik dunia layak menyertainya. Klik di sini untuk penerangan lanjut.
Malaysia bermain cemerlang dengan aksi menyerang yang agak mengenyat, berbeza dengan aksi bertahan dan membosankan Malaysia sebelum ini. Tahniah kepada jurulatih Sarjit Singh yang memberikan nafas baru terhadap gaya permainan pasukan hoki negara. Walaupun tewas dua gol tanpa balas, pujian harus diberi kepada pasukan negara dengan aksi yang menyakinkan. Harus diingat kejohanan ini bukanlah tumpuan utama kerana kelayakan Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan tahun hadapan adalah segala-galanya.
Ayuh penuhkan Stadium Hoki Nasional dengan warna kuning Malaysia, sementara masih berbaki tiga perlawanan. Tiket masuk adalah percuma.
No comments:
Post a Comment