Monday, December 10, 2007

Aku dan Famemas di Korat

Hari Pertama

8 Disember 2007


Photobucket - Video and Image Hosting
Dalam pesawat

Photobucket - Video and Image Hosting
Check-in awal

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba, tugasan penting menyorak untuk atlit Malaysia yang beraksi di dalam edisi ke 24 Sukan Sea tinggal beberapa jam sahaja. Untuk maklumat, penulis dan 42 orang yang lain telah terpilih mewakili kontijen pasukan menyorak rasmi negara, Famemas yang ditaja oleh Samsung yang baik hati. Famemas yang mula ditubuhkan khusus untuk Sukan Asia 2002 di Busan telah mendapat pengiktirafan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai kelab penyokong rasmi pasukan Malaysia. Sesiapa yang ingin menjadi ahli, jangan segan-segan untuk menghubungi Famemas.

Walaupun kejohanan telah bermula secara rasmi pada hari Khamis,6 Disember. Famemas hanya akan bertolak malam ini. Semua peserta diwajibkan hadir sebelum pukul 6 untuk sessi pendaftaran dan penerangan. Penulis tiba seawal jam 5.15 petang setelah rakan penulis, Asyran sudi menghantar ke KLIA dari Klang. Semasa menunggu psawat berlepas, kami menonton Buletin Sukan yang memaparkan episod duka berterusan skuad bola sepak negara. Setelah menjuarai Pestabola Merdeka dengan menyakinkan, seluruh rakyat mengharapkan sekurang-kurangnya skuad negara mampu menjejakkan kaki ke perlawanan Akhir di Korat. Namun impian hanya tinggal impian, mungkin desakan untuk rombakan besar-besaran terhadap FAM boleh dipertingkatkan dengan episode duka yang tidak berkesudahan ini.

Kami berlepas sekitar 10 malam, lewat setengah jam menaiki pesawat Lufhansa yang dalam perjalanan ke Frankfurt melalui Bangkok. Setelah hampir dua jam perjalanan, kami tiba di Bangkok sebelum menaiki bas yang disediakan untuk ke destinasi seterusnya, Korat. Perjalanan memakan masa tiga jam dan kesemua peserta kelihatan penat dan mengantuk walaupun semangat tetap berkobar-kobar. Tiba di hotel penginapan kami, Hermitage Resort & Spa Korat kira-kira pukul 4 pagi dan kami dihidangkan dengan hidangan bubur dan minuman oleh pihak hotel yang sudi menunggu ketibaan kami disusuli dengan sessi penerangan dan pengagihan bilik. Penulis berkongsi bilik dengan Idham, pelajar kejururawatan di Kolej Masterskill dan keadaan bilik sangat memuaskan, sangat luas.

No comments: