Monday, April 28, 2008

Belanja, Gig & Seks di Temasek

Sanchu & Yi Jian

Photobucket - Video and Image Hosting
UNKL, dari Bandung ke Singapura

Photobucket - Video and Image Hosting
Bertemu Sanchu

Setiba di Tanjong Pagar, aku dan abang aku bersama rakan yang baru dikenali di tren iaitu Eugene bersarapan sebelum meneruskan haluan masing2. Eugene ada tugas yang harus dilaksanakan di Perpustakaan NUS dan kami mencari hotel atau guesthouse untuk menginap. Cari punya cari jumpalah Hotel YES di Chinatown dengan kadar SGD65.

Selesai mandi dan segalanya, kami ke Peninsular Plaza mencari kaos2 band, Bras Basah untuk bertemu Sanchu dari Mary Martin Booksellers sebelum ke kedai kaos UNKL 347 di Golden Landmark dan seterusnya bertemu Yi Jian, ex-Borderians di BTS yang kini mengaji di NUS di Borders Wheelock Place.

Sembang2 politik dan masa depan negara sambil makan di Far East Plaza sebelum kami berpisah di persimpangan jalan menuju ke HMV.

Gig

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersemangat vokalis MUCK, Dak toi

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Sembang2 sebelum melahap

Photobucket - Video and Image Hosting
Macam serius je

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Laila's Lounge

Pekan yang lepas, aku berkunjung ke Temasek yang kini dikenali dengan nama Singapura. Tujuannya adalah untuk menyokong rakan2 dari band Ipoh, Muck yang turun membuat persembahan di Esplanade aka Durian.

Buat pengetahuan, Esplanade melalui program On the Waterfront memberikan hiburan percuma kepada khalayak yang membanjiri dan melepakkan diri di Esplanade hampir setiap minggu. Minggu sesudah band2 dari Siam didatangkan dan untuk bulan hadapan tibalah pula giliran band2 dari Indonesia. Kali terakhir adalah persembahan dari SIGIT dan VOX pada Januari lepas.

Selain Muck, band2 Malaysia yang turut beraksi adalah OAG yang mendapat sambutan hangat pada malam pertama iaitu hari Jumaat, Laila's Lounge dari JB dan Azmyl Yunor & The Sigarettes. Ikut hati nak jugak aku tengok OAG perform kat Singapura, tapi apakan daya tuntutan kerja lebih utama. Azmyl dan bandnya yang akan perform pada hari ahad juga aku terpaksa lupakan dek kerana ingin pulang menonton Peterpan di KL malam tersebut.

Apapun persembahan MUCK amat bertenaga walaupun tak ramai yang menonton, nasib baik MUCK dapat berkongsi tuah OAG pada malam sebelumnya yang menarik hampir 1000 manusia muda Singapura. Laila's Lounge yang baru pertama kali aku tontoni juga tidak mengecewakan walaupun aku rasa vokalisnya tidak mempunyai karakter yang menarik.

Tamat persembahan aku dan abang aku menjamu selera di Makan Sutra yang terletak bersebelahan bersama teman2 dari MUCK, MC Emir dari Taman Tun yang kini belajar di SMU dan dua rakan DJ dari Singapura.

Pesta Muzik Alternatif Selangor?

Sembang punya sembang aku, abang aku dan Meor berbincang tentang program Independent Day Out yang dirancangkan pada bulan Ogos nanti. Aku mengesyorkan agar program kali ini dibuat dengan skala yang sedikit besar dan diadakan di Dewan Sivik PJ. Hari ini aku kemukakan idea ini kepada SUK pada Ronnie Liu untuk dipertimbangkan agar kerajaan PR Selangor dapat menyokong dan memberi sumbangan.

Meor tiada tentangan dan Aidil Couples juga agak tertarik dengan idea ini di mana muzik digabungkan dengan buku, bazar seni dan aktiviti2 yang dapat memperkasakan minda anak2 muda. Senang kata counter pada Jom Heboh dan yang seirama yang hanya berperanan memberi hiburan kosong semata. Harap2 program yang dirancang ini akan berjaya dan PAS tidak menghalang.

Belanja

Seperi biasa setiap kunjungan ke negara yang diperintah PAP ini, aku akan meluangkan masa untuk cuba2 melihat dan mungkin membeli barang2 yang mungkin sukar didapati di KL. Hasilnya aku terbeli kasut Macbeth dab abang aku juga terbeli CD Radio Department & The Album Leaf yang akan ku copy ke MP3. Radio Dept pada masa CD ini dibeli sedang berada di Bandung untuk beraksi pada malamnya.

Seks

Jangan salah tanggap, aku tidak melakukan sebarang aksi seks walaupun Geylang menawarkan meal whoresale yang bagi aku tak menyelerakan. Sebaliknya aku dan abang aku menonton filem komedi seks Korea yang bertajuk Sex is Zero 2 yang sangat kelakar dan tak bosan menontonnya walau kepenatan dan mengantuk.

Sebagai rekod aku juga menonton Sex is Zero yang pertama juga di Singapura bersama Shin beberapa tahun lepas sebelum menonton ulang berbelas2 kali bersama member2 yang tak sama dan sama. Tak pernah jemu.

Untuk meneruskan tradisi, aku akan menganjurkan tayangan terhad filem Sex is Zero 2 yang akan dihoskan oleh Aran di rumah beliau pada 10 Mei, pukul 8 malam. Kepada rakan2, sila RSVP secepat mungkin kerana tempat adalah terhad dan amaran tiada pesta seks pada malam tersebut.

Thursday, April 24, 2008

Trip ke Sukhirin, Islam Melayu Komunis

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama Abu Samah

Photobucket - Video and Image Hosting
Hariati dan isteri Abu Samah

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama kawan Suriani Abdullah & Abdullah C.D

Photobucket - Video and Image Hosting
Masjid tanda keIslaman

Photobucket - Video and Image Hosting
Bakal2 komunis, hehe

Photobucket - Video and Image Hosting
Biasalah bergambar kenangan

Photobucket - Video and Image Hosting
Abu Samah dan Pak Chong

Photobucket - Video and Image Hosting
Komrad (kawan) dari Raub dan isterinya AWAS Temerloh

Photobucket - Video and Image Hosting
Bulat pakar IT dan Fahmi Reza

Photobucket - Video and Image Hosting
Ketenangan abadi

Photobucket - Video and Image Hosting
Akan dijual di kedai2 buku di Malaysia x lama lagi

Photobucket - Video and Image Hosting
Abdullah CD & Suriani bersama Chin Peng

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama Mark Teh & Norman mengharungi kepanasan

Klik di sini untuk gambar2 lain

catatan sederhana pendek akan menyusul

Trip ke Kelate (Islam Melayu Bukan Komunis)

Photobucket - Video and Image Hosting
Tipikal gambar poskad

Photobucket - Video and Image Hosting
Masjid Muhammadi

Photobucket - Video and Image Hosting
Pantai Cinta Berahi atau moralnya Cahaya Bulan

Photobucket - Video and Image Hosting
Berkibar bendera di angkasa

Photobucket - Video and Image Hosting
PUTIK kebanggaan PAS Kelantan

Photobucket - Video and Image Hosting
Tesco dan jawinya

Photobucket - Video and Image Hosting
KB Mall

Sila klik di sini dan di sini untuk gambar2 lain

Catatan pendek akan menyusul kemudian

Sunday, April 20, 2008

Dr. Faiz Oh Dr. Faiz…

Oleh Ahli Pas Seumur Hidup

Salam ...

Dah macam Faisal Akademi Fantasia (AF) musim ke 6 pulak.. Tapi kali ni bukan pasal AF yang aku nak cerita, tapi bagaimana kerajaan di bawah pemerintahan Pak Lah ini menipu rakyat jelata terutama sekali Dr. Faiz bakal angkasawan negara.

Adakah Dr.Faiz akan jadi angkasawan yang ke 2? Pelbagai pertanyaan hinggap di dalam kotak fikiran aku sebab aku ada terbaca keratan akhbar Kosmo (sebab tu saja akhbar yang murah) yang Dr. Faiz naik hangin dengan kenyataan Dr. Syeikh Muzaffar Shukuor supaya menghentikan dahulu penghantaran angkasawan.

Sebelum tu aku ada jumpa boss lama tempat aku kerja. Bertanyakan perkembangan dirinya dan keadaan politik di Malaysia ini. Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat dalam politik ni, dan taklah sangat tahu tetapi aku dalam proses pembelajaran ilmu industri politik ni.

Kenapa aku katakan industri politik?

Masa aku sembang dengan ex-boss aku ni ada kenalannya yang tahu serba sedikit dengan ‘industri angkasa’ berkata bukan Syeikh Muzaffar yang menjadi calon utama angkasawan Malaysia-yang-pertama. Terkedu jugak aku apabila ex-boss aku cakap macam tu. Aku pun tanya dia balik siapa sebenarnya dan dia jawab pilot MAS yang sepatutnya naik.

Sebenarnya Syeikh Muzaffar ni calon no. dua atau tiga saja. Dari segi ketahanan mental, fizikal dan survivor, pilot MAS ni yang paling layak, tapi d sebabkan dia pernah buat operation di kaki secara otomatik dia tak layak. Di sini ada satu persoalan dalam kepala otak aku, dah tau tak layak yang ambik masa selection apa kejadah nya.

Buang masa saja. Dan yang paling utama buang duit rakyat. Terang terang dia dah operate kaki takan pertengahan jalan tak layak. Sebenornya dalam pemilihan ni pon ader main politik jugak. Apa ketidaknya berebut-rebutlah Syeikh Muzaffar dan Dr. Faiz melobi untuk naik ke angkasa. Untuk naik ke angkasa seseorang itu mesti tidak ada penyakit kronik (semput, darah tinggi, lemah jantung dll) dan orang itu juga mestilah tak ada sejarah dalam melakukan operation

Sebab apa tak boleh?

Sebab masa kita syot nak mendarat ke bumi, tarikan graviti terlalu kuat dan dada kita akan jadi sendat, ketat dan sukar bernafas. Kalau kite ader buat operation maka jahitan kita akan terbuka dan darah akan membuak-buak keluo. Tu sebab pilot MAS tu tak dapat terpilih untuk naik ke angkasa.

Ooo.. baru aku paham. Dalam kes ni sama jugak dengan kes Dr.faiz, dia kempunan untuk naik ke angakasa lepas. Sebab baru-baru ni ‘kan terjadi kes dia kena tetak dengan parang masa orang nak merompak dia. Dan Dr faiz telah menerima 12 jahitan maka dengan ini apa yang diucapkan Pak Lah dan Najib untuk menyambung projek angkasawan cuma cakap-cakap kosong.

Cukup-cukuplah mengkome tipu rakyak dan tipu duit rakyat. Untuk pengetahuan semua Jamaludin Jarjis digugurkan pun sebab kes angkasawan yang sudah over budget. Inilah yang dikatakan industri politik. Mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Kalau dibiarkan Pak Lah dan Najib berkuasa, tak mustahil kita akan sama seperti keadaan di India dan Indonesia.

Aku bukan mereka-reka cerita tapi kome sendiri ada kepala otak untuk piker. Gunakan akal. Pikirlah sendiri.

Ahli Pas Seumur Hidup adalah cuma salah seorang pemerhati politik tanah air. Beliau mengambil berat terhadap segala macam isu politik tanah air. Seorang anak muda, menguruskan syarikat besar dan terkenal milik kelurganya.

*pertama kali tersiar di dalam kolum Khabonyer, di http://republikkata.blogspot.com Ditulis oleh Ahli PAS Seumur Hidup.

Wednesday, April 16, 2008

Buku baru Hishamuddin Rais

Photobucket


Terhangat dan masih panas. Baru sampai di kantor (opis) gua. Buku bertajuk Keganasan, penipuan & Internet ini adalah kumpulan tulisan-tulisan Hishamuddin Rais a.k.a Isham yang pernah disiarkan di kolum Surat Tanpa Alamat dalam harian akhbar Oriental Daily berbahasa Mandrin. Dalam kumpulan ini juga termasuk tulisan kolum Dari Brickfield dalam Berita Keadilan dan Dari Jelebu, blog Isham di Malaysia Today.

Buku ini wajib dimiliki oleh pembaca2 dan peminat2 Isham yang taat setia.

Ulasan2 atas karya agung ini;

Setuju 1000% dengan Hisham. Dahlah si tua bangka tu memporakperandakan negara selama 22 tahun, kemudian diwariskannya pula negara ini kepada si lembik yang suka tidur, jahanamlah kita.

Pekanpahang -22.10.2005

Anyway, aku salute dengan persembahan Hisham dlm tari dan lenggok kritisnya yg terkadang buat kita berfikir sekali lagi walaupun keputusan telah kita buat sebelum ini.

Itulah kelebihan dia

Dan dia sering berselindung di sebalik kelebihan itu

Sadin Marina 1 Februari 2006

Menarik sekali cerita Hisham ini, sungguh kagum dengan sentence ‘…. Ditengah kehebatan pop yeah yeah dan The Beatles..’

Hisham buat apa di kamunting? Jaga atau tetamu?

Stephen Bennit 6 Oktober 2006

Sesiapa yang tak sabar nak menghadam tulisan di dalam buku ini, sila beli secara online di laman web Gerakbudaya atau Kinibooks. Akan menemui orang ramai di kedai2 buku utama sedikit hari lagi.

Sementara menunggu hari2 itu, kamu semua boleh memesan terus melalui saya dengan nelpon 019-308 3804 atau emel kepada zulhabri@gmail.com

Harganya cukup berbaloi dengan hasil karya Isham iaitu RM30. Cepat dapatkannya!

Hishamuddin Rais aka Isham dilahirkan di Kampung Tengkek, Kuala Pilah. Membesar di Jelebu Negeri Sembilan. Sekolah awal di Jelebu dan kemudian di Malay College Kuala Kangsar sebelum memasuki Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada tahun 1971/74.

Belajar Bahasa Perancis di University Katholik Louvainla-Neuve 1982. Mengikuti Asasi Seni di Brixton College London. Mendapat Sarjana Muda Filem dari University Westminster London.

Pernah menjadi wartawan BBC, penyunting filem, pelakon, penulis skrip. Memberi kuliah falsafah di Universiti Bangsar Utama - UBU dan Annexe Pasar Seni. Juga memberi kuliah filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan-ASWARA.

Pengasas, pengembang dan penganut Mazhab Ngi - non govermental individual

Tuesday, April 15, 2008

Ketuanan Rakyat

Photobucket
Ihsan KLPOS

Photobucket
Tayangan klip video reformasi, makcik ikon perjuangan

Photobucket
KLCC sentiasa melatari gambar perjuangan rakyat

Photobucket
Anwar mengecam UMNO & Ketuanan Melayunya

Photobucket

Puas dan gembira.Itulah dua kata yang boleh aku gambarkan setelah pulang dari perhimpunan Black 14 yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kg.Baru malam tadi. Lokasi perhimpunan ini juga amat personal kerana tidak sampai 100 meter dari padang ini adalah rumah teman rapat aku, Pujan yang sentiasa menjadi port aku menyesatkan diri dengan kehidupan kota di zaman remaja.

Puas kerana setelah berjuang secara langsung & tidak langsung di dalam gerakan Reformasi sejak 1998, akhirnya kejayaan yang walaupun belum sepenuhnya berjaya dihasilkan. Siapa sangka 5 tahun lepas tatkala ramai yang menyindir perjuangan reformasi yang telah gagal menyaksikan keadaan yang berbeza sama sekali.

Gembira akhirnya apabila melihat slogan baru dinaikkan menggantikan slogan 'Ketuanan Melayu' yang sering digunakan UMNO untuk mengkhianatinya dan menjadikan rakyat2 bawah Melayu sebagai hamba 'Ketuanan UMNO dan suku-sakat'. 'Ketuanan Rakyat' yang dilaungkan Anwar harus menjadi paksi perjuangan yang mesti dipacu untuk negara tercinta ini maju ke hadapan. Tiada lagi pengkhianatan nama Melayu atas nama Melayu. Bangsa Melayu yang miskin harus dibela, begitu juga Cina,India & lain-lain. Bangsa Melayu yang mampu dan berjaya harus berdiri sendiri tanpa mengharap subsidi atas nama Melayu & jadilah Melayu yang bermaruah.

Hidup Malaysia!

Untuk video & gambar, sila ke blog Anwar Ibrahim

Catatan Black 14 pada tahun 2003, sila klik di sini

Black 14 & aku

-terhilang video kamera member aku, Aran semasa Malam Saksi 14 April yang diadakan di Taman Melawati pada tahun 2005, tak pasal2 duit melayang
-tahun ni handset (murah) member aku, Pilus pulak hampir terhilang
-Black 14 2001 di Suhakam, muka aku dan member, Pujan keluar muka depan akhbar berbahasa Cina. Malangnya keratan akhbar tu dah hilang.

Friday, April 11, 2008

Bandung & Jogja


Photobucket - Video and Image Hosting
Borobodur, mengkagumkan

Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama Bung Nusram dari Penerbit Ombak

Photobucket - Video and Image Hosting
Jogja awal pagi

Photobucket - Video and Image Hosting
Bakso, makan di tepi jalan lebih gurih

Photobucket - Video and Image Hosting
Bung Indro di tengah direktur Resist Books

Photobucket - Video and Image Hosting
Ghairah belanja

Photobucket - Video and Image Hosting
Propaganda

Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan dari keretapi ke Jogja

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket
LA Indie Fest di ITB Bandung

Photobucket - Video and Image Hosting
Pisang goreng bersalut stroberi (ejaan Indonesia)

Klik di sini untuk lebih foto2 menarik di Bandung & Jogja

Coretan perjalanan masih tidak mampu ditulis akibat mental diri yang masih capek. Namun aku bisa ngomong2 jika kalian mahun mendengar dari gue. Apapun trip pertama kali ke Bandung & Jogja sangat menyeronokkan.

Melihat sendiri kemusnahan kawasan sekitar akibat letusan Gunung Merapi dan monumen agung Borobodur merupakan highlight trip kali ini. Selain itu keramahan dan kecantikan cewek2 Bandung serta peka fesyen mereka juga membuatkan Bandung berbeza dari masyarakat di kota-kota lain.

Banyak juga duit abis disalurkan ke dalam ekonomi Indonesia dengan item2 dari distro yang bertaburan di Bandung dan juga buku & kaos perjuangan atau propaganda.

Makanan dan snek yang pelbagai yang terdapat di tepi2 jalan membuatkan mulut aku tak habis-habis mengunyah. Aku menyarankan jika sesiapa ke Indonesia, cuba makanan2 di tepi2 jalan daripada membuang duit dan menolak pengalaman dengan mengunjungi gerai2 di mall yang tak seberapa enaknya.

Juga terima kasih kepada Susanne dan Pika yang sudi menjadi pemandu pelancong di Bandung serta teman2 seperjuangan Bung Indro & Soles dari Resist, Nusram dari Ombak dan Ratih & Yoshi dari Yayasan Pondok Rakyat .Tidak lupa juga sopir kami di Jogja, Aris yang ramah dan baik hati.

Kepada Yoshi, jika diijinkan Tuhan aku akan ke Festival Kesenian Yogyakarta dan Pesta Buku Jakarta akhir Juni nanti sebelum kamu ke sini nanti.

Jika ada rejeki, aku juga ingin mencari abang bondaku yang alamat terakhirnya di Jawa Tengah. Semoga berjumpa satu hari nanti, mana tau kalau anak2nya atau sedara maranya pelakon2 sinetron di sana, hehe.

Saturday, April 05, 2008

Pakatan Rakyat bertembung sesama sendiri?

Photobucket
Selangor FC

Perlawanan ke 20 dari 24,
Selangor melawan Kedah,
Stadium Shah Alam,
8.45 malam,
tiket RM10, RM5 kanak2



P M S K Jaringan Beza Mt.
1 Kedah 19 15 2 2 50 : 20 30 47
2 Selangor 19 13 3 3 39 : 24 15 42
3 Perak 20 12 2 6 41 : 26 15 38
4 Terengganu 19 10 6 3 33 : 19 14 36
5 N Sembilan 20 10 6 4 37 : 27 10 36
6 Johor FC 19 9 4 6 29 : 22 7 31
7 Perlis 20 8 5 7 30 : 23 7 29
8 Pahang 20 6 4 10 24 : 31 -7 22
9 MyTEAM 20 5 4 11 24 : 34 -10 19
10 DPMM FC 19 2 9 8 19 : 25 -6 15
11 PDRM 19 4 2 13 24 : 45 -21 14
12 Sarawak 19 4 2 13 20 : 51 -31 14
13 P Pinang 19 2 3 14 19 : 42 -23 9
(kedudukan terkini liga)

Belum apa2 Kerajaan PR di Selangor dan Kedah sudah mencetuskan kegusaran di kalangan penyokong skuad bola sepak (bukan penyokong parti politik) kedua-dua negeri apabila peminat amat menantikan hasil keputusan perlawanan malam ini memihak kepada pasukan negeri mereka.

Walaupun dari segi politik kedua-duanya aku sokong, namun apabila masuk bab bola, hanya satu pilihan aku dulu, kini dan selamanya iaitu Merah Kuning Selangor Darul Ehsan walau di ketika Selangor berada di bawah cengkaman penguasa angkuh, BN.

Bercakap tentang bola sepak tempatan, Selangor, Kedah dan Perak merupakan pasukan yang mempunyai sejarah pencapaian gemilang baik skuadnya dan penyokongnya. Selangor lebih unggul di masa lalu dan dicabar sama hebat oleh Perak, Kedah dan tidak ketinggalan Terengganu serta N.Sembilan selepas memasuki era pro pada 1994 hingga sekarang.

Keputusan malam ini amat penting bagi kedua2 pasukan untuk menuju ke puncak juara Liga Super yang berbaki beberapa perlawanan sahaja. Ayuh seluruh rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik memenuhkan Stadium Shah Alam agar pasukan kesayangan kita menempuh kejayaan.

Photobucket

Lupakan seketika EPL walaupun Arsenal akan bertembung dengan Liverpool di dalam perlawanan hidup mati bagi pasukan yang aku sokong sejak 1990 sejam lebih awal sebelum sepak mula di Shah Alam. Ketika inilah prioriti kita sebagai peminat bola sepak Malaysia dan global yang seimbang akan teruji kecuali mereka yang losers dan menjadikan EPL sebagai escapism dengan berbilion alasan dari orang2 yang tiada harapan untuk perkembangan bola di Malaysia.

Lagu Merah Kuning

Friday, April 04, 2008

Gerakbudaya @ Pesta Buku KL 2008

Kuala Lumpur International Book Fair 2008 ( KLIBF 08)

The Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) made its debut 27 years ago and is now the premier event for the Malaysian book industry.

It has since become an annual affair, attracting publishers from the USA, UK and other European and Arab countries, Australia, China, India and the ASEAN community.

It has also become the market place to service librarians of Malaysian universities and colleges.

The KLIBF 2008 will be held from 4 to 13 April 2008 at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia. The year's festival will exhibit the latest publications, including educational materials, published and produced locally and abroad. It will also be a meeting point for publishers, book traders and readers from around the globe.

Apart from the exhibition there will also be workshops, seminars, book launches, cartoon drawing demonstrations and loads more!

Date: 4th - 13th April 2008
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Free Admission

GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd will have booth with KOPERASI KEDAIBUKU UNIVERSITY MALAYA BERHAD at Tun Razak Hall 4, B 01- B 03.

http://klbookfair.com/

Lost in Transition: Malaysia Under Abdullah

Photobucket

“This is a significant collection of essays on recent tumultuous political developments in Malaysia written by scholar who is proving to be one of the most perceptive observers of the intricate politics of the country and the cmplex intermeshing of social, cultural and economic issues with political events and happenings.” Dr Lim Teck Ghee, Director, Centre for Public Initiatives “Shifting with ease between politics, economics and history, Ooi has drawn a clear picture rich with facts as one would expect from an analysis that has both the impassioned plea of the insider and the academic detachment of the outsider.” Dr Azmi Sharom, Faculty of Law, University Malaya
Semalam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina telah diadakan majlis pelancaran rasmi buku terbaru Dr. Ooi Kee Beng yang sebelumnya meraih populariti melalui buku bertajuk 'The Reluctant Politician". Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri 2 PP, Profesor Dr P.Ramasamy yang menggantikan MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang tidak dapit hadir pada saat akhir atas sebab2 tertentu.

Photobucket
Prof

Photobucket
Panelis

Photobucket

Selepas pelancaran disusuli diskusi sekitar buku dan PRU12 yang mana panelis adalah Lim Teck Ghee dan Stevan Gan, juga penulis buku Ooi Kee Beng. Terima kasih kepada Faisal Mustaffa yang menjadi moderator yang cemerlang.

Photobucket
Faisal sebagai moderator

Photobucket

Buku ini diterbitkan oleh SIRD sejurus sebelum PRU12 dan kandungannya amat relevan dengan apa yang terjadi kepada Pak Lah dan Malaysia kini. Hampir semua kedai buku utama di Malaysia memiliki judul buku ini di stor mereka. Jika tidak terjumpa, sila hubungi langsung aku melalui e-mel ke zulhabri@gmail.com dan harga senaskhah adalah RM30