Tuesday, September 09, 2008

Dari Avril ke Baybeats

Konsert Avril Lavigne
Stadium Merdeka KL
29 Ogos

Photobucket
Song list

Photobucket
Edar jangan tak edar, jangan segan2

Photobucket
15,000, kuasa rakyat yang boleh menenggelamkan PAS

Photobucket

Dua minggu yang lepas telah berlangsung konsert yang tidak menepati kehendak hiburan Islam seperti yang didakwa pemuda PAS dan gerombolan mereka. Abaikan sahaja mereka, aku memilih untuk pergi kerana aku tak pernah rasa gembira, insaf dan tenang apabila menonton konsert2 acuan mereka sejak di zaman sekolah lagi. Menonton hiburan cara mereka seolah2 kita ini manusia keji hina dan sang penyanyi dan pennganjur berlagak seolah2 Tuhan.

Aku ke sana bersama Nazahiyah, anak orang kuat UMNO Kedah yang tenggelam dalam tsunami Mac. Tiket didapati secara percuma kerana lobi melobi akhir2 minit telah berjaya. Kami duduk di zon yang dikhaskan untuk pengguna Hotlink,

Keseluruhan konsert Avril kali ini lebih baik daripada konsert pertama yang aku hadiri tiga tahun lepas di kota singa. Persembahan bersahaja dan vokal walau tidak semantap mana masih menyerlahkan suara comel dalam penentangan yang menyebabkan aku meminatinya.

Tidak seperti siri jelajah Best Damn Thing Avril di Eropah yang banyak memainkan lagu2 dari album terbaru, konsert di sini menggabungkan lagu2 hit dari ketiga2 album beliau. Sebelum masuk aku terserempak ngan Jen dari band Cassandra yang juga wartawan dari majalah Hype, lantas aku minta senarai lagu2 yang akan didendangkan. Mengikut urutan, Girlfriend, I Can Do Better, Complicated, My Happy Ending, I'm With You, I Always Get What I Want, When You're Gone, Innocence, Don't Tell Me, HOT, Losing Grip, The Best Damn Thing, Everything Back To You, I Don't Have To Try, Runaway, He Wasn't dan Sk8r Boi. Semua 17 lagu yang dipersembahkan di dalam masa hampir 80 minit. Cuma satu terkilan lagu 'Nobody's Home' tidak didendangkan.

Sebelum aku masuk ke dalam, aku sempat meninjau2 geng2 PAS yang mengedar risalah kepada orang ramai. Aku turut ambil dan aku memuji sikap mereka yang tidak berdemo dan buat2 benda ngarut di tempat yang salah. Sempat juga bertukar2 pandangan dengan beberapa geng yang aku kenal kerana keterlibatan kami di dalam agenda politik. Namun muzik tetap muzik dan harus dipertahankan.

Selesai acara, kami ke mamak Maulana di Pudu untuk menyantap sambil aku menunggu Bilut dan Termoz untuk bergerak ke Singapura jam 12 malam. Berpisah dengan Naza di sini dan perjalanan aku diteruskan ke kota Singa.

Baybeats 2008
Esplanade Singapura
29, 30 & 31 Ogos

Photobucket
Vokalis My Little Airport yang pemalu

Photobucket

Photobucket
Termoz si bakul sampah sang penyelamat

Photobucket
Thumb down untuk RSAF

Trip ke sini adalah bertujuan untuk berhibur di fiesta muzik independen serantau terbesar di sana, Baybeats yang sudah masuk edisi ketujuh sejak dimulakan pada 2002 dan ini merupakan kunjungan kedua selepas 2005.

Band The Otherside Orchestra yang beraksi pada malam Avril di KL dilaporkan mendapat sambutan hangat di sana, sori Angah aku tak dapat support masa tu sebab Avril memerlukan aku, hehe.

Sabtu malam yang menjadi tumpuan aku adalah band dari Indonesia Agrikulture, band Australia Lucksmiths, band US Joy Electric, band Filipina Fespitch yang muzik ala2 Love Me Butch (mereka kawan baik pun), band tempatan Singapura, Electrico dan Cardinal Avenue. Dalam banyak2 ni aku rasakan persembahan Agrikulture yang paling kelas dan mantap dengan showmanship cemerlang sang vokalis.

Malam esoknya pula aku nanti-nantikan band asal Bandung, Elemental Gaze yang beraksi setelah terlepas aksi mereka di Zouk tempoh hari kerana lewat masuk. Jelas tidak mengecewakan. Juga band dari Hong Kong, My Little Airport yang sebelumnya bermain di KL.

Kami berpecah2 di sini kerana masing2 ada agenda sendiri di mana Termoz banyak menghabiskan masa di perpustakaan yang mempunyai koleksi2 hebat buku,cd dan dvd sambil2 menonton filem2 pendek di ruang yang disediakan di atas. Bilut sibuk mengambil gambar. Bertemu dengan Fitrah dan anak2 band Elemental Gaze Lutfi, Fuad dan Bilfian serta Dynna ngomong2 dan nyampai salam Zul sebelum berpisah.

Sebelum ke Esplanade, sempat kami jalan2 di Orchard Road dan aku ambil tiket F1 yang dipesan di Suntec dan ahad kami ke Kem Udara Paya Lebar untuk menghadiri rumah terbuka Royal Singapore Air Forces.

Jelas kami tidak gembira ke sini kerana alat2 perang hanya untuk orang gila yang aku rasakan sangat sesuai para pengunjung2 ini dihantar ke Iraq dsb untuk melihat secara live.Tidak perlu pertunjukan2 bodoh seperti ini. Alasan utama ke sini adalah untuk bertemu teman Termoz yang menjual makanan di sini.

Habis santap di Makan Sutra yang bersebelahan, kami ke Golden Mile untuk pulang dan mengharungi puasa hari pertama esoknya.

No comments: