Tuesday, September 09, 2008

Hidup muzik!

MusicForum

SIRI 6

Akan menganjurkan satu Dialog dan Bengkel Asas Produksi Muzik.

PADA : 13 Sept. 2008 Sabtu.
TEMPAT : Tangjung Studio, No 55B, Jln PU 7/4, Pusat Bandar Puchong Utama, Jalan Puchong, Selangor.
MASA : 9 mlm.

PENYAMPAI : Roslan Aziz.

Dengan itu, MF menjemput teman-teman, pemuzik-pemuzik serta pengkritik muzik untuk bersama-sama hadir berdialog dan berkongsi pengetahuan dari latar yang berbeza.

Latar MusicForum

Ditubuh pada tahun 2007, berorientasikan muzik aktivisme. Prihatin pada asas, pembangunan dan pencerahan dalam bidang muzik, meliputi aspek teknikal, pengurusan, apprisiasi dan penerbitan karya muzik.Menumpukan usaha pada golongan junior yang berbakat, berminat dan serius dalam bidang muzik. MF berperanan sebagai inkubator ( pool of knowledge ) bagi melahirkan generasi muzik yang baru. MF tidak bernaung dengan mana-mana pihak. Bergerak atas kapasiti indipenden. Program MF menumpukan pada asas kefahaman dalam konteks berkarya seperti Dialog Terbuka, Klinik, Komentar Tulisan/Analisis isu dan membantu penerbitan karya muzik. MF - musicforum..ianya music forensic.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi aku di zulhabri@gmail.com atau Mazir di mazir_ibrahim@yahoo.com

Mazir Ibrahim
MF Organiser

Zulhabri
MF Publisiti



Photobucket

No comments: