Sepuluh Tahun Tamat SMKAKS
Ketika bercuti di Lumut beberapa thn lepas
1998 - Tamat penjara asrama dan persekolahan
Tahun 1998 aku berumur 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima, SMKA Kuala Selangor. Makna tingkatan lima bagi yang bersekolah asrama adalah menjadi senior yang secara automatis menghalalkan segala bentuk penindasan yang pasti melanggari prinsip2 hak asasi manusia baik versi PBB mahupun Islam. Namun aku memilih untuk tidak melakukan hal2 sebegini kerana keangkuhan dan super power yang sedikit hanya bagi mereka yang gila kuasa dan memiliki sifat menunjuk-nunjuk. Aku sangat malu untuk melakukan hal sebegitu walaupun ada di kalangan rakan2 karib yang berlawanan sifatnya. Ya aku boleh setuju untuk tidak bersetuju walaupun namanya subahat.
Ada beberapa perkara yang aku memilih untuk buat dan tidak buat berdasarkan penilaian diri sendiri. Pertama aku tidak menghisap rokok dan juga ganja walau dikelilingi rakan2 perokok, alasan aku adalah menghisap rokok tidak memberi faedah dan nikmat selain membuang duit. Juga aku perhatikan ramai yang mencuba akan ketagih seterusnya dijustifikasi dengan alasan2 tidak merokok tiada ilham dsb. Lebih teruk ada yang menganggap dengan menghisap rokok sifat macho dan kelihatan hebat akan tertampil dengan sendiri tanpa tidak menyedari akar umbi masalah adalah sifat tidak yakin pada diri sendiri dan terikut2 tiada pendirian.
Ketika di sekolah aku telah dituduh yang macam2 walau aku tidak melakukannya seperti menghisap rokok. Premis aku dituduh menghisap rokok dan di dalam beberapa kes mengambil harta orang lain hanya disebabkan satu kes aku lari dari sekolah yang terjadi semasa di tingkatan 2. Sangat dangkal dan bodoh penilaian cikgu2 yang membuat tuduhan tersebut walau aku sudah maafkan. Oleh kerana itu jugalah aku terpaksa bertungkus lumus demi melawan ketidakadilan dunia sehingga sifat keras dan penentangan meresapi ke dalam jiwa. Pernah terjadi seorang ustaz yang sentiasa bersangka buruk disebabkan kes tingkatan 2 itu menuduh yang macam2. Hilang respek aku terhadap ustaz yang tidak layak dipanggil ustaz dan lebih hina dari orang yang tidak beriman dengan Allah. Memalukan, harap2 dah insaf. Ada satu kejadian bila mana ada spot check loker dilakukan dan kedapatan foto 3R wanita di dalam, langsung dikoyakkan dan disoal siasat seolah2 ustaz itu lebih Allah. Aku membentak dengan membalas, 'ini hak asasi saya', langsung dicekak leher aku lagak semacam gangster.
Apa yang aku ingin perkatakan di sini adalah lima tahun aku di sekolah agama memberikan imej agama Islam yang sangat kotor hanya kerana sikap beberapa manusia bertopeng agama. Nampak seperti aku sangat negatif, namun aku akui banyak yang positif yang aku pelajari seperti asas2 kefahaman Islam yang kukuh.
Hanya satu yang membuatkan aku gembira di sini iaitu teman2 seperjuangan yang sangat kuat ikatan ukhuwah sejak pertama kali menjejak kaki pada 1994 hingga tamat SPM 1998 dan diteruskan sehingga sekarang.
Tup tap tup tap sudah 10 tahun kami berpisah di atas kertas, tetapi tidak di alam realiti. Kami terutama yang pria sering bertemu, malah pernah beberapa ketika hampir setiap hari melepak bersama dengan wajah2 yang berselang seli. Aku ucapkan selamat berulang tahun di PD Disember ini kepada teman2 setia; Aran, Apai, Jibam, Siput, Ihsan, Kacap, Ajid, Megat, Yan, Ijam, Koyok, Litat, Labu, Asok, Pujan dll.
Teruskan persahabatan ini walau dilanda masalah seks, politik dan rumah tangga, hehe.
No comments:
Post a Comment