Di meja Megat bakal pensyarah tersohor
Ayam panggang Bugis yang terkenal di Labuan
Ingat nak ke refugee camp, hujan singgah pantai
Kampung Ayer Labuan
Saban tahun aku menanti bulan yang mulia ini untuk mengembara merasai pengalaman mengerjakan salah satu Rukun Islam di tempat orang. Baik di dalam negara atau di luar batas sempadan tanah air itu tidak menjadi kisah.
Jadi lokasi pertama yang dituju adalah WP LABUAN dan KOTA KINABALU jauh nun di bahagian timur dari Semenanjung Emas. Ini juga trip pertama aku ke sini dan sememangnya telah dirancang awal sambil dibantu oleh Air Asia, selaku penerbangan tambang murah Zulhabri Supian sejak 2004.
6 dan 7 September aku habiskan masa dengan berehat dan berbincang banyak hal dengan teman aku, Megat Azzad yang bermurah hati menyediakan tempat tinggal. Megat ini aku kenali tatkala menonton filem di pejabat Yasmin Ahmad beberapa tahun lepas. Kini mengajar Bahasa English di Kolej Matrikulasi Labuan dan sejujurnya Megat merupakan karakter yang diperlukan oleh seorang pengajar di Malaysia baik pensyarah mahupun guru. Kreatif, independen, rasional, kritis dan macam2 karakter bukan tipikal pengajar2 di Malaysia. Maaf kalau ada yang tersinggung. Seperti yang sedia maklum, pengajar2 di Malaysia majoritinya dari kalangan yang tewas dalam pertarungan kerja dan kreativiti lantas memilih profesion yang mulia ini untuk menutup kelemahan dan sifat putus asa mereka yang memalukan terutamanya kaum Melayu.
8 September aku menaiki feri menuju ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu atau nama glamer KK. Gambaran awal aku terhadap KK adalah positif, mesra untuk pejalan kaki dan mudah untuk dihadam tempat2 yang menarik. Malam pertama aku menginap di Borneo Backpackers yang menenakan caj semurah RM40. Tidak banyak yang aku lakukan pada hari pertama selain berbuka puasa di mamak yang bertaburan di sini. Makanan tempatan tak banyak yang dijual di restoran dan lebih tertumpu di bazar.
Puncak masih tidur, diselimuti awan putih
Kamar 202 berharga RM18
KK
9 September aku jalan2 melihat denyut nadi kehidupan warga KK. Singgah sebentar di Borneo Bookstores yang menjual banyak buku2 tentang Sabah serta alam sekitar yang sukar didapati di Semenanjung. Sempat berbincang sama tuan punya kedai yang juga penerbit buku untuk meneroka peluang2 perniagaan.
Naik bukit di belakang hostel untuk melihat pemandangan KK dari satunya puncak di kawasan bandaraya. Sedang menikmati keindahan panorama KK sejauh Tanjung Aru, peronda polis pelancong tiba untuk membuat pemeriksaan rutin di kawasan2 merah. Inspektor Nazri menjadi kawan dan banyak yang kami sembangkan dari perpaduan kaum, masyarakat Sabah, jenayah, institusi polis hingga ke Anwar Ibrahim. Satu persetujuan kami di sini adalah penolakan terhadap institusi polis yang diperkudakan pemerintah. Terima kasih juga kerana menumpangkan aku ke Warisan Square yang jauh juga untuk aku berjalan kaki setelah penat mendaki.
Dari Warisan Square aku menaiki bus perantara percuma ke One Borneo Mall yang mana aku akan menginap di Hotel Tune yang berjaya aku dapatkan pada harga RM18 sahaja tanpa penghawa dingin. One Borneo terletak di Likas, kira-kira 15 minit dari pusat bandar KK. Aku amat teruja dengan bilik Hotel Tune walaupun kompak pada saiz, namun sangat stylish dari segi dekorasi. Amat berbaloi jika membayar RM60 ke RM80 sekalipun kecuali bagi mereka yang cheapskate. Berbuka jam 6.15 di food court sebelum menonton filem Thailand, Ghost House sebelum pulang ke kamar melayari internet dan tidur.
Hari terakhir 10 September aku habiskan dengan mengikuti pakej tour ke Kota Kinabalu Park dan Poring Hot Spring yang berharga RM200 termasuk caj ke airport sesudahnya. Pemandangan sepanjang jalan yang melalui Banjaran Crocker sangat menakjubkan di selang seli dengan wajah makhkuk Gunung Kinabalu yang sangat gergasi sifatnya. Sangat indah!
Bersama aku 4 orang dari Selangor dan pemandu van, Joseph dari kaum Dusun beragama Kristian dan seorang penyokong kuat PKR di Sabah. Dalam perjalanan banyak yang kami sembang2 termasuklah kemungkinan pilihanraya kecil Pensiangan yang sedang dalam proses rayuan. Namun yang aku sangat jelek adalah beberapa kenyataan dangkal dari penumpang lain yang menampakkan sifat ambil tak tahu mereka tentang rakan2 Malaysia kita di Sabah. Bayangkan dia boleh tanya 'kamu suku asli Dusun mengundi tak? dan beberapa lagi. Aduhai nampak sangat Hari Malaysia harus dinasionalkan secepat mungkin.
Aku hampir pitam sesudah sampai di tempat permulaan jambatan gantung di Poring setelah dengan yakin dan pantas menyelusuri trek yang lumayan jauh dan sedikit tinggi, maklumlah tengah berpuasa. Sepantas mungkin aku berbaring setelah mengetahui aku mungkin pitam, alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku. Kemudian aku mandi air panas di bilik yang aku sewa selama sejam.
Selesai kami berhenti singgah makan tengah hari dan aku mendengar mp3 sebelum menuju ke Kinabalu Park menghirup udara segar dan nyaman sambil menikmati indahnya ciptaan Tuhan. Perjalanan pulang mengambil masa hampir 2 jam, hampir sama sewaktu pergi dan Joseph menghantar aku ke airport setelah menurunkan 4 orang tadi di Hotel Tune.
No comments:
Post a Comment