Pelancong Arab menyerang KL
Kaifa haluka? Ana bikhair!
Jika ada di antara kita yang berkesempatan mengunjungi bandaraya Kuala Lumpur terutamanya di kawasan sekitar Bukit Bintang dan KLCC pada masa ini. Melihat kelibat pelancong Arab yang memakai pakaian tradisi chador berwarna hitam mereka dan juga sebahagian yang berwarna-warni berkeliaran dan memegang beg-beg berisi barangan merupakan suasana biasa.
Aku yang sering mengunjungi kawasan Bukit Bintang untuk pelbagai tujuan tidaklah terkejut dengan suasana ini kerana bermula daripada bulan Julai sehingga September adalah musim panas di sana yang menyebabkan kebanyakan orang Arab menggunakan masa ini untuk melancong ke luar negara dan Malaysia adalah destinasi pilihan utama mereka selepas berlakunya peristiwa 911.
Selain itu, kejayaan menarik pelancong Arab yang juga merupakan the highest per capita spenders adalah hasil usaha yang dilakukan sebelum ini oleh Dato' Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. (Kini dipecah kepada dua portfolio iaitu Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan Kementerian Pelancongan)
Mengikut statistik, setiap pelancong Arab membelanjakan purata sebanyak RM6765 yang mana mengikut turutan adalah pelancong dari negara UAE membelanjakan purata sebanyak RM 5036, Turki RM 4522, Syria RM 4203, Afrika Selatan RM 3774 dan lainnya.
Daripada pemerhatian aku minggu lepas, pelancong Arab memang sangat jelas gila shopping. Sebagai contoh, kita akan menemui pelancong Arab di mana-mana premis perniagaan baik di Starhill, Lot 10, KL Plaza, Sg Wang, BB Plaza, Times Square dan sebagainya. Tidak kira sama ada di butik mewah, kedai kasut Vincci, kedai kasut Jukebox, kelibat mereka akan kelihatan di mana sahaja.
Restoran-restoran dan kafe-kafe seperti Piccolo Mondo, Planet Hollywood, Starbucks juga dipenuhi oleh pelancong-pelancong Arab ini. Restoran yang menyediakan pelbagai makanan Arab seperti Restoran Tarbush, Restoran Lebanese dan sebuah restoran yang menyediakan makanan Iran juga dipenuhi oleh orang-orang mereka.
Pelukis-pelukis yang memperdagangkan kemahiran mereka juga bertambah seperti goreng pisang panas semata-mata untuk memenuhi obsesi orang Arab berbelanja. Alhamdulillah, rezeki bukan selalu datang seperti ini. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional! hehe
Selain daripada layanan buruk dan prejudis yang diterima jika ke negara-negara barat seperti Amerika dan negara-negara Eropah. Terdapat banyak faktor lain mengapa Malaysia menjadi destinasi pilihan utama. Di antaranya adalah faktor Malaysia sebuah negara Islam, kos yang lebih murah, keamanan, keramahan rakyat Malaysia, kepelbagaian destinasi pelancongan dan banyak lagi.
Apapun, diharap tren kedatangan pelancong Arab ini akan berlarutan sehingga bila-bila kerana ia sememangnya membawa banyak faedah kepada negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus mengambil kesempatan ini untuk cuba mempelajari budaya dan juga cuba mengkaji kompleksiti yang terdapat di dalam bangsa Arab.
Aku masih mengkaji mengapa budaya pemakaian chador yang di dalamnya dihiasi pakaian dan aksesori mewah menjadi pilihan golongan wanita dan adakah orang Arab begitu kaya dan macam-macam lagi persoalan ligat bermain di fikiran. Janganlah bersikap negatif seperti bersiul-siul dan berkelakuan sakai seperti memerli pemakaian wanita Arab seperti mana yang terjadi di hadapan aku semalam. Lebih mengecewakan si pelaku adalah orang Melayu Islam dan aku amat berharap ianya adalah kes yang terpencil.
Arab tourists shun terror-stricken US for Malaysia's charms
Arab tourists shun US for Malaysia's charms
No comments:
Post a Comment