Thursday, August 05, 2004

Syabas Pak Lah!



Aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Perdana Menteri kita, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dua kenyataan beliau iaitu kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Umat Islam dan Islam Pada Abad ke-21: Imej dan Realiti di sini dan ketika ucapan beliau semasa merasmikan Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia.

Berikut adalah beberapa kenyataan beliau di Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia yang seharusnya difikirkan oleh kita semua umat Islam;

Utusan Malaysia

1) ``Saya tahu ada orang Islam bertanggungjawab kepada beberapa kegiatan keganasan atas nama Islam tetapi mereka adalah minoriti dalam agama dan tidak mewakili Islam.

Sedangkan majoriti umat Islam di seluruh dunia yang pentingkan keamanan, kesederhanaan dan bertoleransi telah merasakan turut menjadi mangsa kempen antarabangsa (Barat) memusuhi Islam.

Agama mesti membawa penyelesaian terbaik bukan buruk kepada masalah kita. Perang atau aktiviti keganasan tidak boleh dilakukan atas nama agama sebaliknya agama mesti mendidik kita kepada keadilan dalam orde dunia,''


2) ``Marilah kita bincang soal yang memberi kesan kepada kemanusiaan seperti ketidakadilan dalam sistem perdagangan dan kewangan dunia, alam sekitar yang terancam, kemiskinan dan serangan wabak penyakit.

``Semua isu ini menimpa kita sama ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha atau Hindu,''


3) ``Satu pandangan bahaya yang dominan ialah bahawa ia merupakan perjuangan antara yang baik dan jahat. Pandangan ini berbahaya kerana ia wujud di kedua-dua pihak yang berpecah.

``Fundamentalis di kedua-dua pihak mempunyai pandangan sempit yang sama, menjadikannya sebagai perang agama ini, walaupun mereka tidak berkata mengenainya secara nyata,''


The Star

1) “What we need more than ever today is a concerted effort to initiate inter-faith dialogue,”

2) “I have a responsibility not just to my fellow Muslims, but also to Malaysians who profess other religions as well.

“It is my duty to ensure that their rights are protected, that they are free to practise their faith and that they are not pressured because they are not from the dominant majority.

“It is my duty to spread the message of tolerance among all, especially to the Muslim majority,” he said.

3) “I do not want to claim there are no latent tensions and frustrations. There are still very many things we need to work on.

“But if the world ever needed a lesson in diversity and making it work I am confident that Malaysia can be a showcase,”

4) “Religion must guide us towards conflict resolution, towards peace, towards a more just and equitable world order,”

Berikut adalah beberapa kenyataan beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Umat Islam dan Islam Pada Abad ke-21: Imej dan Realiti yang seharusnya difikirkan oleh kita semua umat Islam;

Utusan Malaysia

1) ``Kita tidak katakan fatwa (sebelum ini) itu tidak betul, sebab ia betul pada zamannya iaitu pada zaman ijtihad itu dibuat.

``Tetapi sama ada ia betul atau tidak pada zaman ini, itu perlu kita pertimbangkan dan kalau tidak sesuai maka adalah perlu kita mendapat pandangan ulama (untuk mengeluarkan fatwa lain) yang perlu mengambil kira keadaan semasa dan keperluan umat masa kini,''

2) ``Saya tidak berpegang kepada teori yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Ia tidak tertutup kerana ijtihad berubah dari semasa ke semasa, dari tempat ke tempat,''

Sebagai contoh, jelasnya, Imam Shafie sendiri pernah membuat fatwa berlainan iaitu di Basra dan di Kaherah bagi satu masalah yang sama yang menggambarkan bahawa situasi sesebuah negara itu perlu diambil kira.

``Inikan pula pada zaman moden yang beratus tahun (perbezaannya),''


Aku berasa amat lega apabila mendengar pandangan seperti ini daripada seorang pemimpin kita. Walaupun aku tidak bersetuju dengan beliau tentang pelbagai isu seperti penggunaan ISA, pengendalian kes Anwar, pengendalian perjalanan pilihan raya dan sebagainya, aku menganggap pandangan beliau terhadap isu yang melibatkan agama Islam lebih berpijak di bumi yang nyata dan aku amat bersetuju dengan beliau. Aku akan lebih setuju jika keadilan terhadap Anwar Ibrahim turut diberikan.

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Idris Omar yang berkata tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri, Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Majlis Gereja Sedunia sebagai tidak wajar amatlah menyedihkan aku.

Aku berasa amat bimbang dengan suasana yang berlaku di Malaysia di mana golongan ulamak yang mana aku amat bersimpati dengan mereka semasa berlakunya kes pemecatan Mufti Selangor, Ishak Baharom dilihat telah melebihkan usaha dan tenaga mereka kepada isu yang aku anggap bukan satu keutamaan pada ketika ini. Aku berdoa agar golongan agamawan kita akan dapat membuat satu ijtihad yang bermanfaat kepada umat Islam dan bukan Islam seluruhnya.

Kalau sayangkan agama Islam, janganlah lakukan perkara-perkara yang menyebabkan kebencian orang bukan Islam terhadap agama kita tetapi janganlah kita pula terlalu liberal sehingga kita yang ingin dianggap sebagai moderate ini dianggap tidak beragama seperti melakukan seks bebas, meminum arak dan sebagainya. Fikirkanlah!

Doa aku kepada Allah S.W.T;

Ya Allah! Ampunkan dosaku Ya Allah! Aku amat sayangkan agama kamu Ya Allah! Namun aku amat sedih dengan kegelojohan segolongan manusia dalam menangani hal agama yang menyebabkan agama kamu dan umat kamu ini yang masih ketinggalan dalam serba serbi ini yang mana ianya disebabkan sifat bodoh sombong dan dengki melulu terhadap umat yang maju di zaman ini dipandang hina dan keji Ya Allah!

Ya Allah! Aku tidak akan merintih begini jika saya dan seluruh umat Islam adalah peneraju dunia di dalam semua lapangan dan kami tidak lagi merintih simpati teknologi dan kewangan dari 'kuasa besar' Ya Allah!

Ya Allah! Berikanlah pemimpin-pemimpin kami seperti Pak Lah, Hadi Awang, Nik Aziz, Harussani dan sesiapa sahaja yang mengaku dirinya pemimpin kekuatan untuk cuba merungkai permasalahan yang dihadapi umat Islam zaman ini tanpa perlu menyebabkan anak-anak muda Islam memandang rendah pemikiran ulama dan tanpa perlu agama kami ini dianggap tidak relevan.

Ya Allah! Aku amat berharap agar Islam dan umatnya disanjung tinggi oleh seluruh manusia dan di dalam masa yang sama tidak akan ada orang bukan Islam yang menderita dan mati kerana agama keamanan kita ini Ya Allah! Amin!

Laman web rasmi World Council of Churches

Teks ucapan penuh Pak Lah

No comments: