Tuesday, August 03, 2004

Isu halal, suatu pemahaman semula

Isu makanan halal adalah suatu isu yang menarik dan jarang disentuh secara terbuka dan perdebatan hangat di sekitar isu ini di Malaysiakini amat dialu-alukan. Sering kali isu ini diangap sensitif dan jarang orang Islam dan bukan Islam sendiri ingin membicarakannya.

Namun isu ini menjadi hangat setelah sebuah sekolah mengeluarkan larangan kepada pelajar bukan Islam agar tidak membawa makanan tidak halal ke sekolah.

The Sunday Star melalui kolum Insight juga tidak ketinggalan untuk mengulas isu ini secara panjang lebar di dalam keluaran terbarunya.

Sikap dan pemahaman umat Islam sendiri terhadap definasi halal terkadang malah lazimnya amat mengecewakan dan lemah sekali. Malahan sikap dan pemahaman orang bukan Islam terhadap maksud halal itu juga amat sempit dan tidak meluas. Salah siapa?

Daripada mencari siapa yang bersalah di dalam hal ini, lebih baik kita fokuskan tumpuan kita untuk mencari maksud dan hikmah sebenar di sebalik maksud halal yang telah menjadi satu ikon umat Islam di dalam hal makanan di seluruh dunia.

Kepada umat Islam di luar sana, rajin-rajinkanlah untuk membuat pembacaan dan kajian lanjut tentang apa erti kata 'halal' yang sebenar supaya kita dapat menerangkan dengan terperinci kepada rakan-rakan bukan beragama Islam kita jika ditanya yang sekaligus dapat mengurangkan persepsi buruk di kalangan mereka seperti leceh dan sebagainya.

Halal bukan sekadar arak dan babi sahaja, ia adalah sesuatu yang holistik dan amat sempurna jika difahami sepenuhnya. Amat diharap agar isu makanan halal dan tidak halal tidak akan menyumbang kepada fragmentasi yang lebih meluas.

Namun di dalam masa yang sama, sikap umat Islam terhadap budaya pemakanan oang bukan Islam juga harus diubah. Contohnya kita hendaklah menghormati amalan dan tradisi makanan masyarakat yang bukan Islam seperti orang India, veggie dan sebagainya. Malah jangan dihina orang bukan Islam yang meminum arak kerana sememangnya budaya mereka membenarkannya. Jika hendakkan penghormatan dari orang bukan Islam, kita sebagai orang Islam juga perlu untuk menunjukkan rasa hormat kita tanpa perlu mengutuk depan dan belakang.

Hormat dan toleransi adalah dua sikap yang perlu dijadikan amalan jika kita menginginkan suatu sistem masyarakat dan ketamadunan yang unggul.

Surat-surat pembaca berkaitan isu halal di Malaysiakini:

Non-halal: Obscurantist Islam at work
Non-halal: Take it or leave it?
Parents question no ‘non-halal’ food in school order
Non-halal food issue a ‘discrimination,’ charges father
Non-halal: Tolerance should swing both ways
Halal food a question of tolerance
School’s non-halal order hard to digest
School’s non-halal rule: HM means well
No beef with non-halal rule for school canteen
Halal rule: Tolerance needed

Laman-laman web tentang 'Halal'

http://www.halaal.org/
http://www.themodernreligion.com/HalalHaram.htm
http://www.ifanca.org/halal.htm
http://www.eat-halal.com/
http://www.uh.edu/campus/msa/articles/halal.html
http://www.zabihah.com/
http://www.soundvision.com/info/halalhealthy/
http://www.albalagh.net/halal/

No comments: