Thursday, August 12, 2004

Siti berlakon filem?

Berita Harian 12 Ogos melalui ruangan hiburan telah melaporkan penyanyi paling popular, Siti Nurhaliza Taruddin sedang menimbang untuk menerima tawaran berlakon filem Indonesia, berjudul Tiga Dara.

Menurut Siti, tawaran itu diterima dari pengarah dan pelakon terkemuka negara itu, Christine Hakim ketika beliau berada di Jakarta awal tahun ini. Jika beliau menerima tawaran filem ini, ia akan menyaksikan Siti Nurhaliza bergandungan dengan hero dan heroin filem Ada Apa Dengan Cinta?, Dian Sastro Wardoyo dan Nicholas Saputra.serta Krisdayanti. Ini adalah impian saya selama ini, mungkinkah ia akan menjadi kenyataan?

Sebagai seorang peminat Siti Nurhaliza, saya secara peribadi beranggapan bahawa beliau sebenarnya mempunyai bakat dan kebolehan untuk berlakon. Ini terbukti ketika beliau berlakon di dalam video klip 'Debaran Cinta' bersama Nicolas Saputra.

Selama ini juga saya membuat anggapan bahawa Siti amat memilih dan berhati-hati untuk berlakon di dalam filem supaya tidak tersalah pilih. Ini supaya filem yang dibintanginya nanti tidak akan menjejaskan nama baiknya sebagai seorang artis yang popular dan berkaliber. Namun begitu, tidak dapat dipastikan pula apakah tema utama dan jalan cerita filem Tiga Dara ini.

Apapun, saya amat berharap agar Cik Siti dapat menimbang dan sekaligus menerima tawaran ini sekiranya filem ini dirasakan tersangat bagus. Selain itu, jika Siti yang amat popular di Indonesia bersetuju untuk membintangi filem ini, saya merasakan ia akan dapat merapatkan hubungan di antara Malaysia dan Indonesia terutama di kalangan generasi muda yang semakin lupa tentang hubungan sejarah dua negara ini.

Siti berlakon- Harian Metro

Laman-laman web tentang Siti Nurhaliza

Laman web rasmi Siti Nirhaliza
Ctnurhalizaonline

No comments: