Apa nasib filem Sepet, LPF tak relevan!
Sila klik di sini untuk membaca rintihan Yasmin Ahmad tentang nasib filem terbarunya, Sepet.
Difahamkan terdapat 9 babak yang terpaksa dipotong oleh LPF, penjaga moral rakyat Malaysia di mana Kak Yasmin berpendirian tidak akan menayangkan filem ini jika pihak LPF tidak bertolak ansur. Jika itu terjadi, amatlah malang rakyat Malaysia kerana tidak berpeluang untuk menjamahnya kecuali mereka yang sempat menontonnya di Singapura beberapa bulan lepas dan melalui 'private screening' yang terhad.
Aku berharap agar Kak Yasmin tidak putus asa dan mengharapkan agar tindakan susulan dapat dibuat. Kita harus melawan LPF yang ketinggalan zaman ini dengan apa cara sekalipun. Jika kita duduk membisu, sampai bilapun LPF itu akan menjadi lembaga yang memundurkan pemikiran rakyat Malaysia. Malaysia boleh! LPF boleh blah!
No comments:
Post a Comment