Pertahan toleransi walau superficial
Tradisi Rumah Terbuka Ceriakan Suasana Krismas - Bernama
Dialog Agama Perlu Digalak, Kata Najib -Bernama
Sikap toleransi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama selama ini adalah suatu konstruk budaya yang perlu dipertahan. Walaupun mungkin ianya bersifat superficial, kita tidak harus pesimis dan mesti bersikap optimis bahawa sesuatu yang lebih sejati sifatnya akan muncul jika kita mempunyai impian dan tindakan ke arah itu.Harus diketahui juga bahawa bersikap toleran saja masih tidak mencukupi jika tidak diikuti dengan rasa hormat, sayang menyanyangi dan sentiasa berbudi.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana rakyat bumi bertuah ini dapat hidup aman damai dan saling kenal mengenali. Nikmat seperti ini tidak mudah untuk diperolehi di negara multi kultural yang lain.
Walaupun begitu, anak-anak muda semua bangsa wajib untuk mempertingkatkan toleransi separa palsu ini kepada toleransi tulen dan sikap hormat sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama yang tinggi. Ini adalah jihad yang amat penting kepada kita semua!
No comments:
Post a Comment