Kenyataan amaran yang dikeluarkan oleh Pak Lah kepada pemimpin kerajaan luar supaya tidak bertemu Anwar Ibrahim amat memalukan. Malaysia yang mengaku mengamalkan demokrasi telah secara tidak langsung menjatuhkan imej negara di mata dunia dengan tingkah laku yang keanak-anakan.
Apa salah Anwar untuk bertemu pemimpin luar? Bukankah beliau sudah bebas? Adakah pemimpin kerajaan asing begitu bodoh sehingga boleh bersikap menyokong Anwar membabi buta tatkala bertemunya sahaja?
Langkah pemimpin Indonesia untuk bertemu dengan Anwar harus dipuji kerana seperti yang disebut di dalam lidah pengarang Jakarta Post bahawa,
In the past, it was commonplace for mutually repressive political regimes in theTindakan Indonesia semakin menjadikan negara mereka sebagai sebuah model demokrasi terbaik yang perlu dicontohi walaupun masih tidak sempurna di rantau Asia Tenggara. Kenyataan Datuk Seri Najib yang mengkritik kenyataan Anwar dan masih beromantis dengan sistem demokrasi di Malaysia memperlihatkan sikap bodoh sombong kerajaan Malaysia di bawah BN.
region to shun politically blacklisted figures of neighboring countries. We, in
Indonesia, to some extent, are thankfully moving away from such practices.
Political opposition is part-and-parcel of democracy. To excise courtesy
simply because a visitor is a known-political opponent is a culture Indonesians
should reject.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan demokrasi yang diamalkan selama ini telah memberikan kemakmuran kepada penduduk bumi bertuah ini. Namun begitu, untuk bersikap berpuas hati hanya akan menyebabkan kelumpuhan kepada negara di dalam pelbagai segi. Apa salahnya untuk bersikap seperti jiran kita yang mengakui sejujurnya bahawa dasar dan amalan ekonomi mereka masih lemah yang mana berpunca salah satunya akibat amalan korupsi yang berleluasa. Apabila sudah mengakui kelemahan, mereka tanpa segan silu ingin belajar dengan negara kita tentang kelemahan ini. Adakah Malaysia sedia untuk mengaku kelemahan amalan demokrasi dan kongkongan media dan bertanya dengan jiran kita cara bagaimana untuk mempertingkatkannya?
No comments:
Post a Comment