Yasmin berhenti buat filem?
Sila klik di sini untuk membaca artikel penuh yang ditulis oleh Noor Azam Shairi, seorang wartawan hiburan yang terbaik di negara ini.
Secara peribadi aku menghormati keputusan yang diambil oleh Kak Yasmin walaupun jauh di sudut hati aku amat mengharapkan agar beliau dapat melawan lembaga penjaga moral yang usang seusang ahli-ahli panelnya. Aku amat berharap agar aku dapat mempengaruhinya untuk berubah fikiran.
Sikap salah seorang ahli panelnya yang bergelar Senator, Dato' Jins Shamsuddin yang tertidur semasa sesi tayangan menyerlahkan lagi sikap tidak serius dan tidak bertanggungjawab. Apa yang pasti rasa hormat terhadap Dato' Jins yang selama ini amat tinggi (kecuali pembabitan beliau di dalam parti perkauman terbesar di Malaysia, UMNO) telah mulai menurun.
Tolak ketepi isu peribadi Dato' Jins, aku mengharapkan agar rakyat Malaysia serta badan-badan yang memperjuangkan hak asasi manusia seperti Suaram, Suhakam dan Amnesty International Malaysia dapat berbuat sesuatu untuk menjadikan lembaga yang bernama LPF itu bersikap lebih liberal terhadap pembikin filem di Malaysia atau lebih ekstrem lagi, diruntuhkan sahaja.
Jika anda ingin meluahkan kata-kata atau sebagainya terhadap Kak Yasmin, sila klik di sini dan di sini
No comments:
Post a Comment