Monday, January 28, 2008

Anugerah Juara Lagu ke 22

Estranged @ MySpace
Blog Estranged

Photobucket
Siti dh pandai menari,tahniah!

Photobucket
Lagu 'Itu Kamu' Estranged yg memukau

Photobucket
Foto tipikal aku
(Foto kredit kpd Faisal)


-Terima kasih kepada Faisal yang memberi pas masuk kepada aku, Azif dan temannya
-Kali terakhir aku mengikuti dengan penuh minat AJL adalah pada tahun 2004 di mana lagu 'Rela Ku Pujuk' dendangan Spider telah muncul juara
-Selepas itu aku kekurangan masa dan komitmen untuk mengikuti AJL walaupun mengetahui siapa finalis dan pemenangnya
-Tahun ini aku ikuti dengan separuh minat dan beserta harapan agar lagu 'Berdiri' nyanyian Suki dan 'Destinasi Cinta'nyanyian CT akan berjaya ke final
-Nyata hasratku hanya separuh tercapai apabila hanya lagu nyanyian CT sahaja berjaya melangkah ke final
-Kerana CT dengan 'Destinasi Cinta'nya lah aku teruja untuk turun ke Stadium Putra di samping penampilan tak tersangka band alternatif 'Estranged' yang mana akhirnya muncul juara AJL ke 22. Macam fairy tale pulak untuk diorang ni, apapun tahniah dan diharap banyak lagi band2 alternatif & indie yg bagus dapat masuk ke mainstream dan memaknakan semula wajah muzik rock mainstream yang sudah jahanam setelah berakhirnya zaman rock kapak dan zaman di mana band dari negara jiran menjadi raja segala band di sini
-Kemenangan Estranged juga memberi petanda yang baik untuk muzik di Malaysia kerana mereka menyanyikan lagu ciptaan sendiri dan bukannya lagu orang lain. Aku mengharapkan di masa akan datang lebih ramai penyanyi di final AJL menyanyikan lagu mereka sendiri
-Aku mula tahu band 'Estranged' semasa pemain drum mereka, Andy menjadi tamu untuk bermain drum semasa rancangan Latte @ 8 bersama Jason Lo di 8TV yang popular beberapa tahun lepas
-Lagu 'Mahakarya' nyanyian Faizal yang aku suka juga kalah setelah pengganti beliau Fiq gagal mempersembahkannya sebaik Faizal. Kepada pihak penganjur anda tidak perlu menjadi kerajaan pulak dengan mengharamkan Faizal dek kerana insiden bukak baju tu. Mush ado about nothing. Kerajaan banned semua menggelabah, itu namanya Malaysia BN.
-Kepada CT, tahniah dengan persembahan yang mantap dan aku tetap akan menyokong kamu dalam dunia muzik sehingga ke akhir hayat. Dunia politik belum tentu lagi la, hehe.
-Jumpa lagi di AJL ke 23 tahun hadapan

No comments: