Trip ke Port Dickson
-Gerakbudaya telah menganjurkan trip syarikat ke PD pada 4 hingga 6 Januari yang lalu
-Staf yang menyertai trip adalah aku, Chuan Boon, Haw Chit, Ms Ho serta ibu dan dua anaknya, Azizan dan isteri serta anak dan Rashri bersama isteri dan anak, jumlah semua 13 orang
-Menjemput Haw Chit di Kajang sambil makan Sate Kajang dulu sebelum bergerak ke PD
-Oleh kerana staf kami tidak ramai, tiada aktiviti khusus dirancang kecuali BBQ dan sekadar berehat dan berjalan-jalan di PD
-Menginap di bungalow di Batu 8 yang mempunyai 7 bilik dan lengkap dengan segala kemudahan untuk trip ala kem. Mampu memutkan 40 orang pada satu-satu masa
-Melawat Ladang Ostrich yang terletak berdekatan pada hari sabtu
-Malam Sabtu kami ke fun fair, sambutan penduduk di sini masih meriah tidak seperti di bandar-bandar di Lembah Klang
-Aku masih ingat fun fair menjadi tempat aku berhibur semasa kecil sama ada bermain permainan yang hadiahnya tak berbaloi, bermain video arked yang semestinya wajib atau menonton konsert XPDC
-Pantai Teluk Kemang kelihatan kotor jika dibandingkan dengan pantai di Bayu Beach dan juga pantai-pantai awam lain yang telah ditambak dengan pasir putih
-Hari Ahad kami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan untuk melawat Rumah Api sambil beriadah sedikit menuruni bukit untuk ke pantai
-Aku sempat mandi seketika di pantai yang terletak di bawah, air suam-suam kuku sebab tengahari menyebabkan nikmatnya tak terkata
-Menaiki semula bukit amat memenatkan setelah lama aktiviti panjat-memanjat ini ditinggalkan
-Keseluruhan trip pertama kali ini sangat meriah dan bermakna untuk kami semua, terima kasih kepada bos kami Pak Chong yang walaupun sibuk dengan urusan lain sempat hadir seketika semasa sessi BBQ bersama Khai Loon serta membiayai keseluruhan kos trip
Rumah Api Tanjung Tuan

Indah macam di Bali

Rumah api dari pantai

Aku mandi di sini


Saujana mata memandang

Bungalow LB

Staf dan keluarga Gerakbudaya
No comments:
Post a Comment