Muzik Muzik
The S.I.G.I.T di Singapura
Kepada peminat band dari Bandung ini, jangan lupa menyeberangi Tambak Johor hujung minggu ini untuk menyaksikan band ini beraksi di Esplanade secara percuma. Selain itu Vox dan band tempatan, Couple juga akan turut serta.
Kepada sesipa yang hendak memesan CD-CD atau buku yang sukar diperolehi di sini, sila hubungi aku sebelum Jumaat 10 malam.
Kalau ada yang nak beli CD SIGIT juga boleh hubungi aku sebab ada stok lebih, siapa cepat dia dapat.
Rock Thy Neighbour
Couple, Vox, The S.I.G.I.T.
Singapore
11 Jan - 13 Jan 08, Fri - Sun,
7.30pm - 10.45pm
Stage@Powerhouse
Experience the sugary side of rock ‘n’ roll with bands from our neighbouring countries - Couple (Malaysia), The Super Insurgent Group of Intemperence Talent (The S.I.G.I.T.) (Indonesia) and The Adams (Indonesia).
Jostling for centre stage will be sounds reminiscent of The Beatles, Led Zeppelin, The Beach Boys, Teenage Fanclub and Weezer.
Club 8 di KLPAC
Manakala itu band indie dari Sweden ini akan tampil di KLPAC pada 25 Januari, hari Jumaat. Moh ke Sentul beramai-ramai.
Selain daripada gig-gig yang akan hangat berlangsung di merata tempat, band-band dan penyanyi antarabangsa akan menjengah bumi Nusantara dengan The Police akan mengadakan konsert di Singapura pada 4.2 diikuti oleh Santana pada 18.2. Bjork pula akan beraksi di Jakarta pada 12.2 dan kesempatan seperti ini sangat jarang diperoleh penduduk di rantau ini. Namun begitu aku belum membuat keputusan sama ada akan pergi atau tidak. Incubus pula akan beraksi juga di Singapura pada 7 Mac.
Nasib baik aku tak minat Switchfoot, jadi tak payah fikir untuk sediakan bajet ke konsert diorang. Satu lagi apa cerita Bangkok Rock yang sepatutnya diadakan awal bulan depan aku pun tak pasti. Dengar khabar akan ditangguh pada November walaupun aku masih berharap ia akan berlangsung seperti yang dirancang.
No comments:
Post a Comment