300,000 di Putrajaya?
Perarakan kemerdekaan yang dilangsungkan dengan skala yang amat besar di hadapan Boulevard Putrajaya telah berlangsung dengan amat meriah sekali.
Dengan dihadiri oleh seramai 300,000(UM,NST,The Star), 350,000(BH) yang sesungguhnya over estimate dan menggambarkan kelemahan yang amat jelas di kalangan wartawan(jika boleh) dalam menganggar kehadiran rakyat di dalam sesuatu acara.
Hal yang sama juga turut berlaku semasa berlangsungnya perhimpunan Aman Malaysia beberapa bulan yang lalu. Sindrom ini juga turut melanda pihak oposisi seperti mana kes Perhimpunan Rakyat di Lebuhraya KESAS penghujung 2000.
Wartawan yang menulis atau pihak-pihak yang berkepentingan untuk meletakkan angka yang sebegitu besar bertanggungjawab ke atas dosa membodohkan rakyat terbanyak.
Menghimpunkan rakyat sebegitu ramai adalah suatu tugas yang rumit dan jarang berlaku di sini. Jika angka sebegitu rupa hadir di Putrajaya, pasti akan kelihatan secara jelas akan suasana crowded di tepi kiri dan kanan jalan, pemandangan yang tidak dapat dilihat pada perarakan tersebut.
Walaupun isu penipuan angka ini tidak dianggap penting oleh sebilangan rakyat, pandangan aku terhadap hal ini adalah jelas iaitu aku tidak mahu melihat pihak media baik yang pro-kerajaan, pro-pembangkang dan bebas tidak sewenang-wenangnya menipu rakyat terbanyak. Anggarkan angka kehadiran yang relevan, ada apa dengan angka jika mereka yang membentuk sejumlah angka itu mempunyai otak udang?
Sambutan Kemerdekaan...Putrajaya atau Dataran Merdeka?
Sila baca berita yang tersiar di Utusan Malaysia hari ini berkenaan tempat acara sambutan Hari Kebangsaan yang kekal di masa akan datang. Putrajaya atau Dataran Merdeka? Untuk aku, masih dalam perbncangan.
No comments:
Post a Comment