Tuesday, September 02, 2003

Dapatkan The Edge Edisi 1 September!

The Edge keluaran terbaru menerusi sisipan Options telah menerbitkan edisi khas Merdeka yang mana sangat menarik dan amat bermanfaat untuk dijadikan bahan bacaan sempena menyambut kemerdekaan.

Kita akan dapat melihat pelbagai sudut pandangan yang diutarakan oleh individu-individu yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Terdapat Hishamuddin Rais, Rais Yatim, Tian Chua, Rafzan Ramli dan lain-lain yang secara amat jujur dan tidak berselindung dalam melontarkan pandangan untuk kita sama-sama menganalisa, berfikir, berbincang dan seterusnya sehingga ianya merungsingkan daya pemikiran kita.

Jika hari minggu kita dihabiskan dengan membaca sisipan khas Hari Kebangsaan yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia, Berita Minggu, New Straits Times dan The Star. Amat digalakkan untuk melengkapkannya dengan membaca edisi Merdeka Options yang terdapat di dalam akhbar mingguan perniagaan terulung ini.

No comments: