Tangguh pembelian kereta adalah pilihan terbaik
Setelah membaca dua keratan berita yang disiarkan di The Star dan Utusan Malaysia. Aku merasakan bahawa keputusan untuk menangguhkan pembelian kereta pertama aku sehinggalah AFTA dilaksanakan adalah sangat tepat.
Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Kamariah Hussain memperlihatkan apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir semasa pembentangan Bajet 2004 dan sidang akhbarnya selepas itu adalah sekadar kenyataan umum.
Aku cukup yakin bahawa Dr. Mahathir amat mengetahui tentang peri pentingnya kualiti dan beliau juga mahukan warga Malaysia yang berkualiti di dalam segenap bidang.
No comments:
Post a Comment