AFTA diawalkan, hak memilih yang terbaik masih dinafikan
Di dalam ucapan Dr. Mahathir ketika membentangkan bajet untuk tahun 2004, beliau telah mengumumkan untuk membuka sektor automotif ke dalam AFTA setahun lebih awal. Namun apa yang sungguh mengecewakan adalah kerajaan akan mengenakan duti eksais untuk menggantikan pengurangan duti import. Beliau menjelaskan hal ini secara lebih lanjut di sidang akhbarnya selepas pembentangan.
``Kita akan kenakan duti eksais dalam cara yang tersendiri sehingga harga kereta (import) tidak akan berubah,'' katanya
Pelaksanaan AFTA di dalam sektor automotif sesungguhnya adalah suatu isu yang agak sensitif dan sering kali ditangani secara berhati-hati oleh kerajaan.
Rafidah berkata, dalam kedudukan sekarang sektor industri automotif wajar beroperasi bersandarkan fakta tersebut.
Bagaimana dan apakah suasana persekitaran serta kerangka cukai sektor automotif setelah dibuka masih menjadi persoalan baik di kalangan penganalisis ekonomi dan juga rakyat biasa. Senario yang jelas ketika ini adalah kerajaan berusaha sedaya upaya untuk melindungi kereta nasional terutamanya Proton dan juga mengelak penurunan ketara di dalam penjualan kenderaan.
Jikalau benar dikenakan duti eksais ini semasa AFTA, aku sesungguhnya adalah orang yang sangat kecewa dan protes pastinya akan dilipatgandakan. Penafian hak untuk memilih sesuatu yang baik pada kadar yang setanding adalah salah satu proses pembodohan teknologi dan citarasa rakyat Malaysia.
Sudahlah pilihan untuk media yang baik dan adil turut dinafikan? Ada apa akhirnya dengan Malaysia? Bercakap soal k-ekonomi, k-pekerja dan segala macam yang berkaitan dengan knowledge, namun apakah isi dan pengisiannya?
Yang pasti, aku akan tetap menangguhkan pembelian kereta sehinggalah pelaksanaan AFTA terlaksana dan jelas keadaannya. Tidak sanggup rasanya membayar sesuatu yang aku terpaksa membelinya, apatah lagi yang memerlukan wang yang banyak.
Aku amat berharap agar kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah nanti dapat memberi sinar harapan yang baru. Aku yakin kerajaan dan Dr. Mahathir tidak berniat untuk membodohkan rakyat secara langsung kerana sesungguhnya beliau telah memajukan negara ini dengan begitu pantas sekali sehinggakan aku menjadi aku yang sekarang ini. Namun di sebalik kejayaannya itu, hasil tidak langsung kerajaan dan Dr. Mahathir adalah pembodohan rakyat dalam banyak perkara.
Klik di sini untuk kenyataan DAP
Proton mungkin berkubur- Kee Soon
No comments:
Post a Comment