AFTA lagi
Nampaknya polemik isu duti eksais yang akan dikenakan terhadap kereta import semasa AFTA menjadi topik hangat di kalangan penganalisis ekonomi dan juga rakyat biasa. The Star di dalam laporan perniagaannya semalam melaporkan kenyataan Pengarah Cukai KPMG Tax Services Sdn Bhd. bahawa kereta buatan tempatan berkemungkinan akan mengalami kenaikan kos.
Semasa melihat kereta Chevrolet Aveo yang dipamerkan di Alpha Angle 3 hari yang lepas, topik perbualan yang kerap aku curi-curi dengar adalah tidak lain tidak bukan adalah berkenaan AFTA.
Ada yang baik dan berwibawa pandangannya apabila berbicara soal ini sehinggakan CEPT dijadikan sumber utama perbualan, dan ada juga yang sebaliknya. Namuan walau apapun, kebanyakan yang saya temui mengatakan sikap tunggu dan lihat adalah alternatif terbaik.
Ex-Proton owner di dalam surat pembacanya di Malaysiakini mempersoalkan jikalau tiada perbezaan yang ketara semasa AFTA dan sebelumnya, mengapa kerajaan masih tidak mengeluarkan garis panduan yang muktamad?
Namun sesuatu yang mengecewakan adalah sukarnya mendengar pandangan dan luahan rakyat Malaysia berkenaan AFTA di media cetak dan elektronik seperti UM, BH, RTM dan TV3. Lebih malang lagi, parti pembangkang utama, PAS juga kelihatan tidak mengambil peduli.
Proton has been mollycoddled for too long
No comments:
Post a Comment