Bila cakap ikut suka
Konsert Inul dingin, hanya warga asing penuhi stadium
Membaca kenyataan-kenyataan yang dibuat jurucakap Kempen Ekspedisi Dakwah III yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen menyerlahkan lagi sikap naif dan melulu sebahagian pimpinan PAS.
Walaupun terdapat pimpinan dan juga pendokong PAS yang berlawanan sifatnya. Namun berdasarkan pengalaman terhad penulis selama ini, penulis berani untuk membuat kesimpulan awal bahawa inilah sifat-sifat lazim yang dimiliki oleh pimpinan dan pendokong PAS, malah mungkin sebahagian daripada rakyat Malaysia.
Penulis menyambut baik tujuan dan niat penganjur selaras dengan konsep "Amar Makruf Nahi Mungkar". Tetapi penulis tidak mampu untuk menanggung derita apabila membaca kenyataan-kenyataan naif seperti ini.
"DPPWP berharap pihak penganjur dan Inul memahami mesej yang cuba disampaikan rakyat Malaysia yang kini sudah bosan dengan konsert-konsert artis dari negara luar"
Mana asas kenyataan ini? artis dari negara luar? Bagaimana dengan aris-artis dari Hong Kong dan Taiwan yang saban kali mengadakan konsert di KL dan Genting, bagaimana pula dengan artis dari Barat yang lazimnya sentiasa mendapat sokongan peminat tanahair? dan apa cerita pula dalam kes Peterpan. Tolong buat study sedikit dan kalau mampu banyak sebelum berkata-kata.
Katanya ini kerana,golongan artis pada hari ini telah gagal menjadi teladan yang baik pada masyarakat.
"Cukuplah dengan wujudnya isu artis - artis yang menagih dadah, sumbang mahram, bergaduh di kelab malam dan sebagainya.
"Kedatangan Inul pula, hanya sekadar memanjangkan lagi plot kebobrokan golongan artis yang kini sudah tidak releven dengan apa yang diingini rakyat,"katanya.
Bagaimana pula dengan pak imam-imam dan guru-guru agama yang melakukan kejahatan seperti merogol dsb? Adakah itu bermakna agamawan juga golongan yang bobrok dan tidak relevan? Sila semai sikap menghormati manusia yang lain, jika tidak boleh jangan hairan jika golongan muda tidak lagi menghormati golongan agama di masa depan.
No comments:
Post a Comment