Friday, May 20, 2005

The Star plans online Malay edition

MALAYSIA: The Star plans online Malay edition


Alhamdulillah, jika berita yang dipetik daripada sumber media ini benar-benar menjadi kenyataan. Aku ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star dan diharap langkah yang diambil ini dapat meletakkan bahasa rasmi negara ini di tempat yang lebih baik. Lebih menarik jika The Star yang menjadi akhbar rasmi sejak aku di tingkatan 5 menggantikan NST dan BH dapat menerbitkan The Star(Bintang) edisi cetak di dalam Bahasa Malaysia.

Sememangnya aku cukup yakin kepada kemampuan Bahasa Malaysia untuk menjadi salah satu bahasa ilmu yang efektif selain daripada Bahasa English yang diguna pakai secara meluas selama ini. Aku amat berharap agar penerbitan-penerbitan buku di dalam Bahasa Malaysia dapat dipertingkatkan dan semeriah seperti di negara Jepun, China dan Indonesia.

Tetapi di dalam masa yang sama janganlah pula mengabaikan bahasa yang teramat penting di dunia iaitu Bahasa English. Terlalu banyak faedah yang boleh diperolehi dengan menguasai bahasa ini. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah dengan memberikan alternatif kepada mereka yang ingin memperolehi ilmu di dalam Bahasa Malaysia.

No comments: