Friday, May 20, 2005

PAS di ambang muktamar: Antara reformasi kepimpinan @ reformasi pemikiran

Aku cukup tertarik dengan komen seorang penulis yang menggelarkan dirinya sebagai Penulis Papan Batu di ruangan diskusi di laman web Ummah Online. Menurut kata beliau, komen itu ditujukan khas kepada kepada anak-anak muda PAS yang masih di Timur Tengah atau di kampus-kampus tempatan serta termasuk mereka yang sudah menamatkan pengajian & berumur di dalam lingkungan usia 30-an.

Berikut sebahagian daripada komen beliau;

Reformasi pemikiran PAS tidak susah. Kepada golongan berpendidikan bukan agama, dalami agama (dari beberapa aliran berfikir). Kepada golongan agama, dalami ilmu2 sains sosial kontemporari.

Mulakan dengan subjek2 yang dekat dengan kepentingan PAS (1) politik, (2) sosiologi, (3) kajian media & kajian budaya (dua bidang ini sekarang sudah bertindih, maka elok dikaji sekaligus), (4) asas-asas falsafah ilmu, bahasa, logik (mantiq) dan moderniti (termasuk pasca-moden)

Itu baru reformasi pengetahuan dan informasi, belum masuk bab berfikir lagi. Tetapi sangat penting untuk melincirkan proses reformasi pemikiran.

Reformasi pemikiran ini bukan soal pengetahuan tetapi sikap dan tabiat akal (habits of mind, kata Mat Saleh).

(1) Terbuka, mendengar, membaca pandangan orang lain (berbeza) dan berfikir, cuba cari apa maksud tersirat/lebih dalam. Jangan terburu-buru menolak sesuatu yang kelihatan 'bertentangan' dengan PAS,

(2) Sering berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan mendengar hujah2/rungutan mereka. Tadah telinga dulu, jangan gatal nak menjawab/menjelaskan.

Jika ada kebenaran dalam kata2 mereka (kritik pada kelemahan PAS, misalnya), akui sahaja. Tak perlu beri alasan/pembelaan berjela-jela.


Sila klik di sini untuk membaca komen beliau dan juga pembaca-pembaca lain

No comments: