Sunday, August 14, 2005

Arahan HEPUM Tidak Bertamadun



Sumber: Parti Keadilan Rakyat

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, begitu terperanjat dan kecewa dengan sikap anti-ilmu dan terburu-buru yang diperlihatkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Malaya. Berdasarkan laporan yang telah di keluarkan oleh portal berita malaysiakini.com bertajuk : Notices warn UM students from 'straying'‚ semalam, 10 Ogos 2005, telah mendedahkan notis yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti (HEP) melarang pelajar-pelajar mereka terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dan sebuah badan yang dikenali sebagai UMANY.

Kami melihat larangan yang dikeluarkan akan menghalang pembentukan mahasiswa yang cemerlang dan holistik. Sewajarnya aktiviti seperti seminar, perbincangan, bengkel dan forum yang membenarkan multi pandangan dan pendapat, menjadi aktiviti biasa di kampus. Pihak universiti juga sewajarnya mengalu-alukan program-progam keilmuan seperti yang dibuat oleh IKD.

Tetapi aktiviti tersebut telah lama tidak wujud dikampus kerana ugutan AUKU sebagimana yang digunakan oleh pentadbir UM dan universiti lain. Ini Menyebabkan mahasiswa/mahasiswi universiti seperti dipenjara minda dan fikiran mereka.

Kami kesal kerana seolah-olah pentadbir universiti yang kebanyakkanya juga merupakan cendikiawan merelakan diri menjadi aparat (alat) politik kerajaan untuk melumpuhkan suara-suara yang berbeza dari mereka.

Kami juga yakin mungkin halangan tersebut dibuat oleh kerana pihak IKD memanggil Dato` Seri Anwar Ibrahim sebagai pemberi ucaputama.

Bagi kami ini adalah perkembangan tidak sihat kerana pentadbiran UM telah dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian semata, Sedangkan pada kami Anwar merupakan orang yang layak kerana selain bergiat dalam politik negara beliau juga merupakan Professor jemputan di universiti ternama dunia.

Kami sarankan pihak HEPUM perlu memahami benar-benar mengunyah citra yang dilontarkan filasuf Alfred North Whitehead yang menyarankan kehidupan bertamadun itu seharusnya berdasarkan convince (daya pujuk) bukan undang-undang dan kekerasan.

Amirudin Shari
Exco Mahasiswa Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

No comments: